Disebabkan ramai yang bertanya tentang teknik keuntungan pajakan di ar- rahnu ini jika harga emas tengah turun, maka saya akan cuba untuk mengupas topik ini sebaik mungkin.
contoh mudah
Katakan anda mempunyai emas sebanyak 20 gram bernilai sekarang katakan RM2000 (1 gram = RM100). bagaimana mahu mengandakan emas anda ?
Baik, dengan emas 20gram tadi anda pajakan dan mendapat cash sebanyak RM1500. dan kemudian anda membeli lagi emas sebanyak 15gram dengan duit RM1500 tadi. jadi emas anda sudah pun ada 35gram ( 20gram didalam pajakan manakala 15gram didalam tangan).dan bila harga emas melambung kembali (1 gram = RM110), anda jualkan 15 gram didalam tangan tadi kemudian anda tebus kembali emas 20gram didalam pajakan. dan anda akan mendapat duit extra secara automatik.
Jika melihat dari ilustrasi untuk pemahaman anda,
Jika dilihat dari pengiraan
15gram x RM110 = RM1550
RM1550 - RM1500 = RM50.
jadi anda sudah pun mendapat keuntungan RM 50. mudah bukan. itu jika RM2000. Jika RM20k.anda sudah pun mendapat keuntungan RM500.
Saya lakukan begini setiap kali nilai emas turun dan menjana pendapatan yang sangat berbaloi tanpa mengurangkan aset saya berulang kali . menarik bukan, aset emas tak kurang, malah dapat duit tambahan lagi. Segeralah menyimpan emas dan lakukan teknik ini dan rasai kehebatannya.
1 comment:
sekadar utk maklumat pihak yg minat nak download tool kalkulator dan update harga emas di android . free download sahaja.
http://www.appsgeyser.com/490119
http://www.appsgeyser.com/489845
http://www.appsgeyser.com/489817
tq tuan tanah
Post a Comment