Monday, September 5, 2011

Sistem Bretton Woods

Sistem Bretton Woods adalah sistem urustadbir matawang antarabangsa yang menetapkan peraturan peraturan hal ehwal kewangan dan komersil diantara negara-negara industri utama dunia pada pertengahan abad ke-20. Dengan sistem ini setiap negara perlu mempunyai dasar monetari bagi sistem pertukaran nilai matawang yang ditetapkan yang ditambatkan dengan nilai emas.Sistem ini adalah contoh pertama rundingan aturan dan seliaan matawang yang bertujuan untuk mentadbir hal-ehwal kewangan di antara negara-negara merdeka.

Di bawah Sistem Bretton Woods, setiap negara hendaklah mewujudkan dasar kewangan yang mengekalkan kadar pertukaran matawang dalam nilai yang tetap dengan kelonggaran unjuran tidak melebihi 1 peratus negatif (-1%) atau positif (+1%) yang ditambat dengan nilai emas dan kemampuan IMF sebagai penyelesaian sementara ketidakseimbangan bayaran.

Dalam menghadapi peningkatan kekangan kewangan, sistem ini runtuh pada 1971,selepas Amerika Syarikat secara bersendirian menamatkan kebolehtukaran dolar kepada emas. Tindakan Amerika ini mewujudkan keadaan dimana dolar Amerika Syarikat menjadi satu-satunya mata wang jaminan dan mata wang sandaran untuk negara-negara ahli.

IMF dan Bank Dunia hari ini adalah warisan sistem Bretton Woods yang roboh pada era 1970

Rekabentuk Sistem Bretton Woods memaksa negara-negara di dunia hanya boleh melaksanakan penukaran emas kepada "matawang utama" iaitu dolar AS. Negara-negara dunia boleh untuk tidak menukarkan dolar kepada emas, dan sebaliknya hanya menyimpan dollar.

Secara amalinya, bagaimanapun, oleh kerana "matawang rizab" utama ialah dollar AS, ini bermakna matawang negara-negara lain ditambat kepada dolar AS, dan akan membeli atau menjual dolar AS bagi memastikan pasaran tukaran matawang tidak melebihi perbezaan 1% dari kadar yang ditetapkan.
Demikian itu, dolar AS mengambilalih peranan yang dimainkan emas dibawah standard emas dalam sistem kewangan antarabangsa.

Dengan terciptanya Bretton Woods, dengan Amerika Syarikat menghasilkan separuh dari barangan perusahaan dan separuh dari simpanan emas dan matawang, AS memainkan peranan sebagai pemacu utama ekonomi dunia.Washington Mengekalkan defisit pembayaran dalam usaha untuk membiayai pinjaman, bantuan dan askar untuk rejim-rejim sekutu.

Bagaimanapun,akibat penglibatan Amerika dalam Perang Vietnam, negara itu mengeluarkan jumlah wang kertas melebihi simpanan emasnya. Oleh itu, Pada tahun Ogos 1971, Presiden AS ketika itu, Richard Nixon telah menceraikan tambatan dolar kepada emas. Tindakan ini diambil bagi mengelakkan negara-negara yang menandatangani perjanjian Bretton Woods daripada menuntut jumlah emas yang setara dengan dolar AS yang berada dalam rizab mereka kerana jika itu berlaku, Amerika Syarikat tidak akan dapat menunaikan janjinya dan berkemungkinan jatuh muflis.

Akibat daripada tindakan ini, dolar Amerika Syarikat menjadi satu-satunya matawang sandaran dan juga matawang rizab kepada negara-negara yang terlibat dalam perjanjian tersebut.

Jadi mengapa anda mahu menyimpan wang kertas lagi ?. segeralah berubah dan meyimpan emas dari sekarang sebelum ekonomi Dunia menjejaskan kehidupan anda. Bila ekonomi AS jatuh, secara automatiknya nilai matawang RM juga turut terjejas, dan hanya ada satu penyelesaian sahaja lagi iaitu EMAS DAN PERAK.bertindak sekarang sebelum terlambat dan nilai emas semakin meningkat.

No comments:

Anda juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...