Masih diberi kesempatan untuk menulis.
Emas Jongkong 250 gram - Aura ditangan nikmat tak terkata
Sebenarnya emas telah menjadi bahan pelaburan semenjak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isacc Newton. Pada tahun 1971 emas tidak lagi terikat dengan dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas.
Dalam masa 5 tahun, telah mencapai kenaikan sehingga 152 %. dan keuntungan pasaran saham sendiri tidak
dapat menandingi keuntungan seperti ini. tidak ramai yang sedar akan keuntungan pelaburan emas. cara yang terbaik untuk pelaburan emas ialah dengan membeli emas dalam bentuk syiling emas, jongkong emas selain daripada barang kemas.
Dunia kembali memperkatakan tentang emas ini. tetapi adakah anda mengambil kisah tentang ini. Semenjak Presiden Richard Nixon telah mengampungkan Dollar Amerika dan tidak lagi menyandarkan kepada emas pada tahun 1971. Maka adalah tidak wajar bagi kita menyimpan ringgit lagi.
Dan sekarang Ekonomi Global tidak menentu. Ringgit Malaysia juga tidak terlepas dari krisis ini. walaupun ekonomi negara semakin baik, matawang semakin kukuh berbanding dollar, namun hakikatnya kuasa beli oleh ringgit tidak pernah meningkat. malahan semakin menyusut disebabkan ringgit turut disandarkan kepada nilai Dollar.
Buktinya. kita masih tetap membeli barang keperluan dengan harga yang sama, tiada ada perbezaan bahkan semakin naik hari demi hari.
jadi saya menyeru kepada anda supaya kembali sandarkan kepada emas. dan tukarkan simpanan anda kepada emas fizikal.pelajari teknik manipulasi emas dan lakukan yang terbaik terhadap kewangan anda.
kita tidak mampu mengubah kewangan negara tapi anda mampu megubah kewangan anda.
"Like Liberty, gold never stays where it is undervalued - Karl Marx
No comments:
Post a Comment