Tuesday, July 17, 2012

Bagaimana Bayar Hutang dengan cepat dan pantas

Terima kasih kepada para pembaca blog saya sekalian. Apa khabar anda semua, harap berada didalam keadaan selamat dan dimurahkan rezeki hendaknya.

Baiklah seperti biasa, saya ingin berkongsi beberapa ilmu tentang pelaburan. Moga-moga kita sama-sama dapat manfaat daripadanya.


Entry pada ketika ini saya ingin menyentuh tentang pengurusan hutang.Saya tahu semua orang ada utang, malah ada yang hutang keliling pinggang. Saya faham keadaan mereka. Kerana saya juga pernah alui seperti mereka, jadi saya ingin berkongsi teknik yang amat berkesan jika anda mempunyai hutang yang banyak bagaimana nak selesaikan dengan cepat.

Diharap agar dapat membantu rakan-rakan diluar sana. Namun ini hanya dapat dilakukan dengan 2 syarat. Iaitu Disiplin serta ilmu.

Saya berikan kajian kes. Anda mempunyai hutang seperti berikut (Jadual dibawah). Dan anda hanya membuat bayaran minima setiap bulan namun ia mengambil masa yang agak panjang untuk selesai. Bila Hutang lambat selesai Maka peluang untuk pelaburan adalah rendah.

Jadi  bagaimana caranya supaya anda dapat selesaikan hutang anda dengan cepat dan dapat memulakan pelaburan ?



Caranya adalah
1) susun hutang daripada paling sikit kepada paling banyak
2) Kena cari extra duit RM200 setiap bulan. Tak kira la daripada mana pun, janji mesti ada extra ni. Nak kje part time ke. Itu terpulang kepada anda. nak potong ASTRO ke, itu idea masing-masing ok.

Dengan extra RM200 tadi buat bayaran kepada hutang rakan anda. Dahulu anda bayar RM200 je. Sekarang anda bayar RM400 pula.



Jadi dalam masa setahun, hutang anda kepada rakan anda dapat dibayar sepenuhnnya.

Selepas selesai hutang kepada rakan maka anda lebihan wang RM400 setiap bulan hasil daripada peruntukan untuk membayar hutang rakan anda tadi, maka buat pula pembayaran untuk hutang yang ke 2 iaitu kredit kad.Dan ia juga hanya mengambil masa 1 tahun untuk diselesaikan.

Selepas kredit kad selesai anda mempunyai lebihan wang RM600 setiap bulan. Dan anda ulang lagi seperti yang saya tunjukkan tadi untuk membayar hutang-hutang yang lain pula.

Jadi jika anda buat pasti hutang anda cepat untuk dilangsaikan.

Sekarang anda boleh keluar daripada masalah hutang dengan lebih pantas dan cepat.

Nak lagi cepat kaya ?? boleh combine dengan pelaburan emas.. ini kena jumpa saya atau beli emas daripada saya sahaja akan saya ajar hehehe.


Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739 CEO solid profit enterprise

2 comments:

Gold Beetle said...

Applikasi percuma untuk peniaga emas

kalkulator pinjaman ah rahnu


harga emas gcp
http://www.appsgeyser.com/489817

harga emas PG gold
http://www.appsgeyser.com/489845













Gold Beetle said...


kalkulator pinjaman ah rahnu free download

http://www.appsgeyser.com/490119

Anda juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...