Monday, September 12, 2011

Financial Freeodom Bahagian II

Bertemu lagi kita,

Kali ini saya ingin bercerita tentang apa kunci utama bagi mencapai kearah financial freedom.

Bagi saya kunci UTAMA untuk menjadi financial freedom adalah pengurusan kewangan. kerana dengan pengurusan kewangan ini anda dapat melihat bagaimana kewangan anda sekarang anda dapat mengenal pasti kelemahan kewangan anda seterusnya mengatasi kelemahan itu.
saya bagi contoh mudah.

Andaikan anda dari KL mahu pergi ke Melaka. jadi pelbagai jalan anda boleh pilih, dan setiap jalan yang anda pilih telah ada risiko yang sedia ada. Highway (kena bayar Tol tapi cepat) , jalan persekutuan (banyak kereta dan lambat) dan sebagainya.cepat atau lambat anda masih lagi boleh sampai ke Melaka.

Begitu juga Financial freedom ia bukanlah suatu perlumbaan ada yang ambil masa 5 tahun, 10 tahun malah 30 tahun untuk mencapai financial freedom. Jadi bukannya BERAPA LAMA anda perlu risau, tetapi BILA anda mahu bermula itu yang lebih penting.

kerana jika anda tidak mula bergerak dan bertindak, anda tidak akan sampai ke destinasi langsung. kenapa tidak mencuba langsung sedangkan dengan mencuba anda telah membuka peluang anda daripada 0% kepada 50/50 ?.

Dan dengan "real money" sahaja cara  yang ada bagi menstrukturkan kewangan anda, real money iaitu emas dan perak ini sebagai kenderaan anda dari "KL ke MELAKA" tadi, kerana dengan salah memilih kenderaan
pasti halangan yang anda bakal tempuhi bakal menyukarkan anda, dan seterusnya destinasi anda tidak tercapai.

Jika anda menggunakan wang fiat @ wang kertas sebagai kenderaan anda maka, saban tahun INFLASI serta "bad debt" akan memakannya seterusnya membantutkan usaha anda untuk ke "MELAKA".
saya mengharapkan anda berfikir sejenak dan kajilah perkara ini, serta cepat lakukan sesuatu terhadap kewangan anda demi masa depan keluarga anda.

"Anyone who has never made a mistake has never tried anything new." - Albert Einstein

No comments:

Anda juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...