Sekarang ni ramai orang perkatakan tentang pelaburan emas
menguntungkan dan bermanfaat,tetapi tidak bertindak. setelah saya bertanya kepada
kebanyakan orang.
Rata-rata dari mereka memberikan 3 alasan utama iaitu :
1) Malas dan takut nak mencuba.
2) Kekurangan Modal.
3) Nak tunggu Harga Jatuh.
Baiklah saya kupaskan sedikit bagaimana mahu mengatasi segala masalah ini
1) Malas dan takut mencuba.
Kita telah dididik dari kecil bahawa supaya mengelakkan segala risiko tidak kira
dari segi pendidikan mahupun didalam kehidupan seharian.dan lagi heran kita tidak diajar
bagaimana mahu mengatasi risiko itu sendiri.
Saya bagi contoh mudah. kita telah diajar dan disuruh supaya belajar rajin-rajin,
masuk U, kemudianmencari kerja yang elok-elok supaya dapat menjadi kaya. dan profession seperti Doktor, Engineer dansebagai nya menjadi pilihan.
memang kita mendapat gaji yang tinggi, tetapi kita tidak boleh membuat sebarang kesilapan. kerana jika berlaku kesilapan kita akan dihukum sama ada dibuang kerja
atau pun dipotong gaji.
tetapi didalam dunia pelaburan kesilapan itu adalah suatu proses pembelajaran,semakin anda gagal,semakin banyak anda belajar dan seterusnya menjadikan anda seorang yang kaya serta bebas. doktor atau engineer mungkin kaya tetapi tidak bebas dek terikat dengan kerja.
Jika anda takut mencuba bermakna anda memang tidak mahu untuk berubah kewangan anda,tiada siapa yang dapat menolong anda kalau bukan diri anda sendiri. Jika anda pandang10 tahun akan datang, PASTI anda akan tidak takut serta ragu-ragu lagi bagi memulakanpelaburan emas fizikal ini sekarang.
Warren buffet, Bill gates, Robert T. Kyosaki, Syed Al-bukhari semua mereka memulakan dari satu titik iaitu semangat ingin mencuba serta sikap tidak putus asa. mungkin anda tidak mahu ini semua tetapi apabila kadar barangan keperluan semakin tinggi, inflasi meningkat dan juga minyak naik dan juga gaji yang semakin susut nilai, barulah dimasa itu anda mengetahui betapa pentingnya menyimpan emas fizikal,
dan percayalah ,,, sedikit masa lagi, akan sampai ke arah itu, dan yang paling penting
bersediakah anda ????
(akan bersambung)
No comments:
Post a Comment