Bila menyebut simpanan kewangan pasti ramai yang memilih untuk menyimpan wang fiat .Memetik dari Wikipedia adalah seperti berikut
Wang fiat
Wang fiat adalah wang yang nilainya ditentukan oleh undang-undang dan bukan adanya barangan dan perkhidmatan. Wang fiat, contohnya wang kertas, merupakan simbol komoditi atau janji kerajaan. Walaupun dipanggil dan dianggap wang, wang kertas bukanlah wang yang sebenar. Nota wang kertas
adalah berasaskan janji untuk membayar wang sekiranya dituntut.
Wang fiat menyelesaikan beberapa masalah wang komoditi. Wang kertas lebih
mudah disimpan dan diangkut berbanding ketulan emas dan perak. Buku cek
dan urus niaga elektronik memudahkan lagi pertukaran. Namun kegagalan besar wang kertas (dan syiling) adalah sebagai nilai simpanan. Dolar Amerika Syarikat (atau Nota Simpanan Persekutuan) telah kehilangan 95% daripada nilainya sejak 1913. Wang kertas sering kehilangan nilainya melalui inflasi, kerana wang kertas sentiasa diisukan atau
dikeluarkan.
Wang kertas turut mempunyai kekusutan apabila pengeluar wang kertas tidak boleh membuat pertukaran dengan janji untuk membayar dengan emas atau perak. Kekusutan pertama Nota Simpanan Persekutuan adalah pada 1933 apabila rakyat Amerika tidak boleh lagi menebus atau menukar dolar kepada emas pada $20 per auns. Kegagalan kedua pula pada adalah pada 1971 apabila orang luar yang ke Amerika tidak boleh menebus nota untuk emas pada kadar $35 per auns. Pada 2006, nilai dolar telah merudum kepada lebih kurang $700 per auns.
Satu lagi kelemahan wang kertas adalah ia bergantung kepada sistem undang
-undang (kerajaan) yang mengeluarkannya. Sekiranya kerajaan tersebut
jatuh, mata wang yang bergantung padanya akan turut serta.
Kesimpulan
Apa yang anda simpan setiap hari adalah anda menyimpan wang fiat yang pada suatu masa akan menjadi tiada nilai. Adalah langkah yang kurang bijak jika kita menyimpan fiat money ini sebanyak-banyaknya, kerana mengapa anda menyimpan benda yang tiada nilai dan berlambak dipasaran.
Berbanding pula "Real Money" (emas dan perak). semakin hari semakin sikit jadi anda patut berubah dan menyimpan emas dan perak ni sebanyak-banyaknya kerana ia semakin sikit didalam dunia ini dan nilainya semakin tinggi.jadi segera tukarkan simpanan wang fiat anda kepada emas fizikal dan alami kalis inflasi ini sendiri. menyimpan nilai bukan menyimpan berapa banyak.
renungkan dan mulakan langkah pertama anda dari sekarang.
No comments:
Post a Comment