Thursday, August 4, 2011

Emas melonjak $1650 akibat kewangan US yang meruncing

Alhamdulillah

Sekarang ini, harga emas telah melonjak dengan begitu drastik sekali. secara ringkas apa yang saya dapat kupaskan bahawa sekarang ini US telah menaikkanparas hutang (ceiling debt) bagi negara itu.

Dalam beberapa minggu yang lalu, keadaan ekonomi US telah menarik perhatian ramai pihak.Ini kerana hutang mereka yang terlalu banyak sehingga USD 14.3 trillion. Jadi pihak Obama (democrat) dan pihak republikan di Amerika sedang memikirkan bagaimana mengatasi masalah ini. Ada cadangan naikkan tax untuk curb deficit, dan satu pihak pula tidak mahu  menaikkan tax, tetapi mahu memotong goverment spending beserta dengan menaikkan kadar hutang jangka pendek.

Jadi ada satu jalan terbaik bagi US bagi mengatasi masalah kewangan ini adalah dengan menaikkan debt ceiling dari paras sekarang. dan jika tiada persetujuan untuk menaikkan ceiling debt ini antara republikan dan Democrat sebelum 2 Ogos 2011 maka US didalam keadaan bahaya.Perbendaharaan Amerika tidak dapat lagi menegeluarkan sebarang pinjaman kepada kerajaan.

Jika US menaikkan debt ceiling akan berlaku seperti negara Greece, pelabur tidak lagi ingin menyimpan bond kerajaan Greece, dan Greece terpaksa meminjam dari IMF untuk mendapatkan bebilion suntikan kewangan untuk membayar hutang bond kepada pelabur dan memastikan dana yang cukup unutk meneruskan operasi kerajaan. akibatnya negara Greece menjadi huru-hara.

Pada 2 ogos 2011. US telah membuatkan kenyataan akan menaikan paras hutang, dan ini membuatkan harga emas naik dengan luar biasa, kepada penyimpan emas pasti tersenyum dengan kenaikan ini.

Apa impak ekonomi US ini kepada Malaysia, mungkin Bank negara Malaysia telah menyediakan jalan bagi mengatasi masalah ini, tapi bagaimana dengan anda. jika anda menpunyai simpanan didalam Bank dari US atau Bank yang berhubungkait dengan negara lain yang bergantung dengann US maka saya syorkan buatlah sesuatu.

Mungkin sedikit masa lagi kita akan merasai impak ekonomi itu, jadi belilah emas sekarang belilah walaupun 1 dinar sekalipun. belilah.kalau bukan dengan saya pun. tak kisah. janji beli emas untuk simpanan. Kerana ia dapat menyelamatkan keluarga anda  kelak. bak kata pepatah "mencegah lebih baik dari mengubati" dan janganlah "terantuk baru nk terngadah"

hubungi saya segera 019-2788739 untuk maklumat lanjut.

No comments:

Anda juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...