Alhamdulillah.
Bersyukur saya dengan nikmat Allah dengan reseki dari Nya.
Permulaan harga emas pada pembukaan minggu ini amat baik sekali, pada hari ini harga emas telah mencecah $1700/oz , kenaikan mendadak sejak dari minggu lepas. Dan ternyata tidak perlu sehingga hujung minggu ini bagi mencecah ke paras ini.
Baru minggu lepas nilai emas pada paras $1650/oz dan hari ini telah menjadi $1700/oz.Bagi yang telah membeli pada minggu lepas pada nilai $1650/oz bolehlah tersenyum sekarang.
Bagi anda yang belum meyimpan emas. mulakan sekarang, lagi2 nak dekat raya ini. insurankan kewangan anda secepat mungkin dan dapatkan manfaat dari kenaikan nilai emas sebelum emas mencecah pada $1800/oz.
Menurut kajian emas bakal mencecah sehingga $1800/oz pada hujung tahun ini, tapi melihat dari trend kenaikan emas semenjak dua tiga minggu kebelakangan ini tak mustahil sebelum hujung tahun ini emas sudah pun boleh mencecah $1800/oz.
Ini kerana demand emas dari seluruh dunia semakin meningkat akibat kesan dari Ekonomi Amerika yang tidak menentu. Ambil ikhtibar ini, dan mula tukarkan wang kertas anda kepada emas. memang sangat berbaloi. dan beraya tahun ini tanpa rasa takut lagi,
No comments:
Post a Comment