Monday, October 10, 2011

Silver is future Gold

Alhamdulillah. masih diberi peluang untuk menulis.

Hari ini saya ingin mengupas tentang silver atau dalam bahasa melayu nya perak. Seperti yang kita tahu. Silver adalah komoditi kedua berharga selain dari pada emas. namun masih ramai tidak mengetahui  kelebihan silver  berbanding emas.

Walaupun spread silver agak besar jika dibandingkan dengan spread emas iaitu lebih kurang 20%, namun kenaikannya juga agak pantas dan tinggi jika dibandingkan dengan emas. bahkan keuntungan silver pernah dicatatkan  mencecah sebanyak 100% setahun. jadi tidak hairanlah ramai diluar sana menjadikan silver sebagai pelaburan selain daripada emas.

Jika dilihat dari segi instrinsik value, silver juga memainkan peranan penting. didalam matawang islam seperti yang kita ketahui dinar adalah emas. dan perak pula adalah dirham jadi menyimpan perak juga perlu dibayar zakat.

Didunia ini, hampir 90% silver telah habis dikorek, dan kini hanya tinggal 10% lagi dan silver yang ada hanya "dicirculate" untuk diniagakan. dan ia byk diguna pakai didalam perindustrian dan juga pelbagai lagi sektor penting didalam dunia. jadi tidak hairan, silver semaikn tingginya nilainya.

Untuk mendapat keuntungan pelaburan silver. saya syorkan ambilah masa diantara 1 ke 1.5 tahun. simpan silver sikit dan emas sedikit. dengan kenaikannye yang tinggi saya pasti anda akan merasai kehebatan silver ini.

No comments:

Anda juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...