Perubahan harus dibuat bagi kehidupan yang lebih sempurna. Tidak dinafikan masih ramai lagi tidak berani untuk memulakan pelaburan emas ini, dan benarlah Robert T. Kyosaki ada menyebut tentang " jalan untuk menjadi kaya ada dan jelas tetapi ramai yang tidak memilih ". dan barulah saya faham apa yang dimaksudkan oleh beliau.
Seperti yang kita tahu, setiap kejayaan tidak semudah seperti yang kita sangkakan, dan perlu menempuh cabaran barulah kita dapat merasai kenikmatan kejayaan. Begitu juga dalam dunia pelaburan dan lebih khusus lagi didalam pengurusan kewangan.
Kenapa saya setiap kali saya tekankan pengurusan kewangan ini ? ini kerana inilah kunci permulaan untuk anda menjadi seorang jutawan. Dan jika pengurusan kewangan anda tidak kuat maka anda tidak akan sama sekali nampak jalan untuk menjadi jutawan, dan anda perlulah bekerja sehingga anda pencen bagi menampung kehidupan yang sama dan tiada perubahan selama-lamanya.
"Thing Big" itulah ayat Donald trumph, seorang bilionair yang disegani, jadi kita juga perlu untuk memikirkan sesuatu yang besar.Beliau pada awalnya tiada apa-apa tetapi dengan pemikiran itu beliau buktikan tiada yang mustahil. malahan beliau pernah bankrap sebanyak 10 kali sebelum menemui jalan yang betul menuju kejayaan. jadi bayaran yang beliau perlu tempuh bagi mencapai akan datang adakah tidak berbaloi ?
Kita diberi hak untuk memilih tetapi mengapa kita tidak memilih ? sedangkan pilihan kita itu mungkin akan merubah kita dimasa hadapan untuk selama-lamanya. mengapa kita tidak mahu memilih ?.
"Takut Gagal" adalah sesuatu yang sangat anda perlu atasi. didalam dunia pelaburan istilah takut gagal perlu anda buang jauh-jauh. anda perlu tukarkan kepada "bagaimana mengatasi kegagalan ". Itu lebih penting. kerana sudah tentu dalam pelaburan ada untung rugi kalah dan menang. jadi kita perlu bersedia kearah itu dan memanipulasi kekalahan menjadi suatu kemenangan.
Justeru carilah guru dan juga sumber bagi menambah ilmu, kerana dengan ilmu inilah anda dapat mencari pengalaman dan seterusnya anda dapat mengatasi kegagalan dengan keuntungan, bukan dengan "takut gagal"dan terus tidak mencuba langsung dan seterusnya berharap menjadi kaya, pasti itu tidak akan berlaku. Usaha dahulu baru Tuhan berikan kejayaan.
D.U.I.T - Doa , Usaha , Ikhtiar , Tawakkal
Jika kita berjawatan besar di kilang ataupun dipejabat kerajaan sekalipun namun kita tidak boleh memberi kepada anak kita jawatan itu apabila kita sudah tiada nanti tetapi sebaliknya ASET , kita boleh memberikan kepada mereka dan bersambung dari 1 generasi ke 1 generasi,even kita sudah tiada nanti.
Disebabkan niat itulah saya memulakan pelaburan emas ini. Demi isteri tercinta serta anak-anak telah menyemarakkan semangat saya setiap kali saya gagal. saya akan berusaha mengubah kehidupan saya. nah hasil nye setiap langkah yang saya lalui amat bermakna sekali.dan sekarang saya mengutip hasil dari kegagalan yang lepas-lepas. gagal sekali bukan gagal selama-lamanya.
Saya tidak boleh membeli sekaki tanah setiap bulan bagi menyimpan aset saya walaupun kita tahu Tanah adalah aset, jadi saya tukarkan "mind set" dan menukarkan aset tanah kepada aset emas dengan membeli emas setiap bulan yang lebih mudah murah serta senang apabila ingin memerlukan "cash". walaupun saya tidak mampu pada awalnya, namun berkat dari Allah serta ilmu dan pengalaman saya, kini saya sudah pun mengubah dari tidak mampu kepada mampu.
Apa yang ingin saya tekankan disini adalah. pengorbanan bukan dibayar dengan wang ringgit, tetapi dari segi masa dan segala-galanya. Dan Wang tidak menyelesaikan masalah kewangan sebaliknya ilmu kewanganan yang menyelesaikan masalah kewangan.
Simpan lah ASET , ASET dan ASET bermula dari sekarang.
"tukarkan segera simpanan wang fiat anda kepada emas fizikal sekarang dan selamatkan kewangan keluarga anda untuk selama-lamanya.
Ikhlas dari hati
yang benar
SHAHRIL AZHAR AHMAD SHAH
No comments:
Post a Comment