Alhamdulillah Bertemu lagi kita,
Hari demi hari saya berasakan semakin gembira. Ini kerana saya telah pun menyedarkan pelbagai lapisan masyarakat tentang betapa pentingnya menyimpan emas fizikal berbanding wang kertas. walaupun ada diantara mereka tidak membeli emas tetapi sekurang-kurangnya saya telah berjaya menyampaikan ilmu apa yang saya tahu dan diharap agar mereka boleh menggunakannya dimasa hadapan kelak amin...namun,
masih banyak yang keliru tentang pelaburan emas fizikal yang saya lakukan ini. Ini kerana rata-rata masih lagi tidak menyediakan minda mereka sebagai pelabur.Ada yang mahu untung cepat dan apabila dah beli emas kemudian selepas 2 minggu harga emas tak naik-naik terus,kemudian terus cakap pelaburan emas ini rugi dan lebih parah lagi menyalahkan agen anda.
Disini suka saya ingin mengingatkan bahawa, saya menyampaikan ilmu bagaimana menguruskan kewangan dengan Emas fizikal serta bagaimana menjana keuntungan dengan emas public gold ini melalui teknik-teknik yang saya praktikan.
KEUNTUNGAN SESUATU PELABURAN DIKIRA APABILA ANDA KELUAR BUKAN BILA ANDA MASUK.
Ini kerana jika anda mempunyai emas namun tidak tahu menggunakan teknik yang betul maka, saya rasa berkemungkinan besar keuntungan anda akan perolehi agak "lambat" dan tiada istilah "rugi".
contoh : Jika anda membeli emas hari ini dan jika harga emas jatuh pada besok hari, kemudian anda berkata anda sudah rugi. Sebenarnya anda silap,kerana emas masih lagi ditangan anda dan pada hakikatnya anda masih lagi tidak rugi apa-apa sebab anda belum melepaskan emas fizikal anda.
Disebabkan itu Minda pelabur perlu ada pada anda sebelum memulakan pelaburan emas fizikal ini dan anda membuat untung dengan teknik pelaburan emas ini dan minda pelabur adalah seperti berikut.
1) Sifat harga emas adalah turun naik, namun dalam jangka masa yang panjang harganya akan bergerak naik. Disebabkan itu , emas sesuai untuk pelaburan jangka masa sederhana dan panjang.
2) Pelabur hendaklah mengetahui tempoh masa yang perlu dibuat bagi pelaburan ini dan megambil keuntungan apabila cukup tempoh masa. Kesabaran diperlukan kerana proses menunggu harga emas turun dan naik.
3) Pelaburan emas yang sebenarnya tidak melibatkan skim-skim pelaburan. jika skim amatlah berisiko tinggi, sudah banyak syarikat yang melibatkan skim emas dan menjanjikan keuntunga yang lumayan,janganlah anda terjebak. pilihlah pelaburan emas yang anda dapat pegang emas itu dan bukan bukti kertas semata-mata.
4) Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan, jadi bagaimana untuk menjana pendapatan setiap bulan ? tak lain dan tidak bukan ialah anda perlu membuat perniagaan emas. dengan Public Gold anda boleh buat 3 dalam 1.
a) Perniagaan emas fizikal (Membeli dan menjual emas + komisen)
b) Pelaburan emas fizikal (Membeli dan gunakan teknik manipulasi emas)
c) Menyimpan emas fizikal (membeli untuk tujuan penyimpanan).
***JIKA ANDA LAKUKAN KETIGA-TIGA INI SEKALIGUS, FINANCIAL FREEDOM BAKAL MENJADI MILIK ANDA.
5) tambahkan "investment" dalam ilmu pengetahuan anda terlebih dahulu. carilah rakan-rakan serta dealer-dealer yang dapat membimbing anda dan bukan mencari keuntungan sahaja.Rajin membaca dan bertanya. dan jika anda sebarang masalah boleh menghubungi saya.
"Tiada siapa yang dapat mengubah diri kita sendiri melainkan kita sendiri."
Setelah anda menyiapkan diri dengan kelima-lima minda pelabur ini barulah anda dapat memasuki dunia pelaburan emas dan mempelajari teknik-teknik menjana keuntungan max secara efisyen, low risk dan juga selamat bersama saya.
No comments:
Post a Comment