Monday, October 31, 2011

Emas Bakal Meningkat Naik Kembali !!

Dijangkakan pada minggu ini harga akan memgukuh  lagi bagi logam emas ini.

Daripada survey yang telah dibuat oleh pihak kitco yang terdiri daripada ""bullion dealer" , investment trader , futures traders dan juga orang-orang yang arif didalam pembacaan chart telah menghasilkan keputusan seperti berikut



Kenaikan ini adalah disebabkan beberapa faktor penting  yang telah diumumkan oleh pihak Eropah terutamanya tentang krisis hutang ekonomi di Eropah.

Justeru pada jangkaan saya. nilai emas ini akan cuba mencapai paras tertinggi yang pernah dicapai dan sekarang ini adalah proses menuju kearah itu



Jadi sebelum terlambat, inilah masa yang terbaik bagi memulakan fortpolio pelaburan anda sebelum emas mencecah harga dengan lebih tinggi lagi. Anda buat anda dapat. hubungi saya segera untuk menempah emas fizikal anda sekarang dan lakukan pelaburan emas fizikal ini sekarang juga.

Friday, October 28, 2011

Bertindak Sebelum terlambat.

Dalam dunia pelaburan, "Masa" adalah amat penting. Jika anda terlepas peluang maka anda perlu
mencari peluang-peluang yang lain bagi mengaut keuntungan.
Begitu juga didalam pelaburan emas dan perak fizikal. masa adalah sangat-sangat penting. justeru jika andatidak bertindak mulai sekarang maka anda akan ketinggalan.

Pelaburan emas dan perak fizikal adalah melibatkan 'capital gain'. Contoh bermaksud jika anda membeli emas 1gram pada hari ni RM100 dan jika kenaikan emas secara capital gain adalah 25% setahun maka ini bermakna emas anda telah menjadi RM125 pada tahun hadapan.

Dalam kajian saya, saban tahun kita tidak dapat lagi menjumpai kembali nilai emas yang kita beli selepas setahun walaupun trend  penurunan emas berlaku didalam tahun yang sama.

contoh mudah

sila lihat carta emas selama 1 tahun bermula oct 2010 sehingga oct 2011.

Nilai emas dalam masa 1 tahun


Andaikan anda membeli emas pada bulan feb 2011 (titik A). Graf menunjukkan penurunan nilai emas pada bulan july 2011 (titik B) dan pada bulan Oct 2011 (titik C).

Kesimpulannya anda masih lagi untung jika anda menjual emas anda walaupun emas berlaku pada trend penurunandititik B dan juga C.kerana penurunan emas B dan C masih lagi tinggi berbanding dengan pada masaanda membeli di titik A. inilah yang dikatakan naik ke turun nilai emas anda tetap untung.


baiklah mari kita lihat carta emas dalam 10 tahun pula.

Nilai emas dalam masa 10 tahun

Katakan anda membeli emas pada tahun 2006. Pada tahun 2009 dan juga 2010 juga mengalami penurunan nilai emas, namun nilai penurunan emas masih lagi tidak dapat menandingi nilai emas yang anda beli pada 2006. dan anda masih lagi untung walaupun pada waktu penurunan tersebut.


Berbaloi bukan... sebab itu saya katakan pelaburan emas ini adalah pelaburan jangka panjang diantara 1 hinga 2 tahun anda sudah boleh mengaut keuntungan. lagi lama anda simpan lagi berganda keuntungan anda.

jadi apa tunggu lagi segera menempah beberapa ketul emas anda sekarang ya.. :) dan pelajari teknik manipulasi emas  secara percuma dengan saya.

Tuesday, October 25, 2011

Alhamdulillah, semakin ramai orang yang ingin berjaya didalam pelaburan emas
ini bersama saya.

Saya telah banyak dapat feedback positif dari dealer-dealer rangkaian saya tentang plan pelaburan yang saya lakukan dan rata-rata Alhamdulillah mereka bersetuju teknik-teknik pelaburan ini adalah selamat dan dapat menjana keuntungan maksimum kepada mereka.

Anda bila lagi? saya pasti setelah anda mengetahui teknik pelaburan emas ini,pasti tidur anda tidak lagi lena selepas itu. sebab saya pun begitu dahulu.
lakukan sendiri dan buktikan kepada saya betul atau tidak. Yang best nye. Saya ajar ini secara PERCUMA sahaja kerana saya dapat ilmu ini untuk disebarkan. Namun sebelum anda memulakan pelaburan emas ini, silalah mencari ilmu serba sedikit tentang emas.adakah betul dan atau salah apa yang katakan di blog ini.Dan timbang tara sama ada anda betul-betul ingin lakukan ataupun tidak.

Harga emas Public gold pada bulan Jan 2011

Setiap pelaburan akan ada untung dan rugi. tiada 1 pun pelaburandalam dunia ini menjanjikan keuntungan sahaja.Dan saya pun tidak kata pelaburan emas ini selalu untung sahaja, saya mengajar bagaimana kita dapatmengelakkan kerugian tadi dapat kita menjana keuntungan yang lebih lagi. ia dipanggil "Risk Management".

Seumpama kita bermain badminton. 1st kita menang, 2nd set kita kalah, dan 3rd set kita menang, secarakeseluruhan kita tetap pemenang, Begitu juga pelaburan emas, apabila RUGI tak bermakna kita kalah.Ini kerana kita rugi untuk mengambilkeuntungan yang berlipat kali ganda pada masa tertentu.

Harga emas Public Gold pada bulan Ogos 2011


Itulah yang saya akan ajar anda secara eksklusif jika anda menjadi dealer dibawah rangkaian saya. jadi apa lagi. mulakan dengan membeli emas dari saya sekarang. Saya akan membimbing anda ke arah kewangan yang lebih stabil. InsyaAllah..

"Orang kaya akan mencari jalan, Orang miskin akan mencari alasan"

Wednesday, October 19, 2011

Minda pelabur emas

Alhamdulillah Bertemu lagi kita,

Hari demi hari saya berasakan semakin gembira. Ini kerana saya telah pun menyedarkan pelbagai lapisan masyarakat tentang betapa pentingnya menyimpan emas fizikal berbanding wang kertas. walaupun ada diantara mereka tidak membeli emas tetapi sekurang-kurangnya saya telah berjaya menyampaikan ilmu apa yang saya tahu dan diharap agar mereka boleh menggunakannya dimasa hadapan kelak amin...namun,



masih banyak yang keliru tentang pelaburan emas fizikal yang saya lakukan ini. Ini kerana rata-rata masih lagi tidak menyediakan minda mereka sebagai pelabur.Ada yang mahu untung cepat dan apabila dah beli emas kemudian selepas 2 minggu harga emas tak naik-naik terus,kemudian terus cakap pelaburan emas ini rugi dan lebih parah lagi menyalahkan agen anda.

Disini suka saya ingin mengingatkan bahawa, saya menyampaikan ilmu bagaimana menguruskan kewangan dengan Emas fizikal serta bagaimana menjana keuntungan dengan emas public gold ini melalui teknik-teknik yang saya praktikan.

 KEUNTUNGAN SESUATU PELABURAN DIKIRA APABILA ANDA KELUAR BUKAN BILA ANDA MASUK.

Ini kerana jika anda mempunyai emas namun tidak tahu menggunakan teknik yang betul maka, saya rasa berkemungkinan besar keuntungan anda akan perolehi agak "lambat" dan tiada istilah "rugi".

contoh : Jika anda membeli emas hari ini dan jika harga emas jatuh pada besok hari, kemudian anda berkata anda sudah rugi. Sebenarnya anda silap,kerana emas masih lagi ditangan anda dan pada hakikatnya anda masih lagi tidak rugi apa-apa sebab anda belum melepaskan emas fizikal anda.

Disebabkan itu Minda pelabur perlu ada pada anda sebelum memulakan pelaburan emas fizikal ini dan anda membuat untung dengan teknik pelaburan emas ini dan minda pelabur adalah seperti berikut.

1) Sifat harga emas adalah turun naik, namun dalam jangka masa yang panjang harganya akan bergerak naik. Disebabkan itu , emas sesuai untuk pelaburan  jangka masa sederhana dan panjang.


2) Pelabur hendaklah mengetahui tempoh masa yang perlu dibuat bagi pelaburan ini dan megambil keuntungan apabila cukup tempoh masa. Kesabaran diperlukan kerana proses  menunggu harga emas turun dan naik.


3) Pelaburan emas yang sebenarnya tidak melibatkan skim-skim pelaburan. jika skim amatlah berisiko tinggi, sudah banyak syarikat yang melibatkan skim emas dan menjanjikan keuntunga yang lumayan,janganlah anda terjebak. pilihlah pelaburan emas yang anda dapat pegang emas itu dan bukan bukti kertas semata-mata.


4) Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan, jadi bagaimana untuk menjana pendapatan setiap bulan ? tak lain dan tidak bukan ialah anda perlu membuat perniagaan emas. dengan Public Gold anda boleh buat 3 dalam 1.


 a) Perniagaan emas fizikal (Membeli dan menjual emas + komisen)
 b) Pelaburan emas fizikal (Membeli dan gunakan teknik manipulasi emas)
 c) Menyimpan emas fizikal (membeli untuk tujuan penyimpanan).


***JIKA ANDA LAKUKAN KETIGA-TIGA INI SEKALIGUS, FINANCIAL FREEDOM BAKAL MENJADI MILIK ANDA.


5) tambahkan "investment" dalam ilmu pengetahuan anda terlebih dahulu. carilah rakan-rakan serta dealer-dealer yang dapat membimbing anda dan bukan mencari keuntungan sahaja.Rajin membaca dan bertanya. dan jika anda sebarang masalah boleh menghubungi saya.



 "Tiada siapa yang dapat mengubah diri kita sendiri melainkan kita sendiri."

Setelah anda menyiapkan diri dengan kelima-lima minda pelabur ini barulah anda dapat memasuki dunia pelaburan emas dan mempelajari teknik-teknik menjana keuntungan max secara efisyen, low risk dan juga selamat bersama saya.

Monday, October 17, 2011

Emas Purity 999 atau 916 ?

Soalan yang sering ditanya kepada saya emas jenis purity apa nak dibeli ?  999 atau 916 ? .
Bagi saya kedua-dua juga baik,tetapi kita kena tahu kegunaannya.Pada pendapat saya, saya pecahkan kepada dua bahagian iaitu emas pelaburan dan juga emas untuk disimpan.

EMAS SIMPANAN

Emas untuk simpanan saya akan syorkan kepada anda untuk membeli ber-purity emas 999 atau pun silver 999 keluaran Public gold. Kenapa saya berkata begitu. baik saya bagi contoh mudah.
Ahmad berumur 30 tahun, dan beliau ingin menunaikan haji pada umur 40 tahun.Simpanan wang fiat beliau didalam ASB sekarang mempunyai RM10000. Jadi beliau mengeluarkan duit ASB tadi dan dia menukarkan simpanan RM10k tadi kepada emas 999 .

Dan jika dikira purata kenaikan emas sebanyak 25% setahun. maka selepas 10 tahun emas beliau telah menjadi 250%.setahun purata kenaikan emas adalah 25

10 tahun = 25% x 10 = 250%
maka emas beliau telah menjadi = RM10k x 250% = RM25000 dalam masa 10 tahun.
Dan beliau boleh menunaikan haji dengan hanya menyimpan emas yang bernilai RM10k sahaja.



EMAS PELABURAN.

Bagi emas pelaburan pula saya syorkan membeli i-jewellery 916 ataupun dinar 916 keluaran Public Gold.
Kenapa saya berkata begitu. baik saya bagi contoh mudah untuk pemahaman anda.

Karim ingin memulakan pelaburan emas. Jadi beliau membuat pinjaman bank sebanyak RM100k untuk membeli emas fizikal.

Dengan 100k tadi beliau membeli 1 dinar kesemuanya supay mudah untuk ditukarkan cash apabila perlu. ilustrasi adalah seperti berikut

loan = 100k
installment bulanan = RM 1100/month



nilai 1 dinar semasa beliau membeli adalah RM692 sekeping. maka beliau mendapat
100k / 692 = 144 keping dinar.

Jadi apa yang perlu dilakukan adalah seperti berikut.

setiap bulan beliau menjual kembali ke PG beberapa keping dinar emas beliau bagi menampung bayaran loan tadi iaitu sebanyak RM1100/ month.

Jadi selepas 5 tahun,
beliau telah membayar loan beliau sebanyak seperti berikut
RM1100 x 12 bulan x 5 tahun = RM66,000.

dan andaikata kenaikan emas sebanyak 25% setahun.maka jika 5 tahun
maka emas beliau telah menjadi 100k + ( 100k x 125%) = RM225,000

dan ditolak dengan nilai loan beliau telah bayar selama 5 tahun
Rm 225,000 - RM66,000 = RM 159,000

maka beliau masih ada emas ditangan beliau yang bernilai RM 159k selepas 5 tahun.
kemudian beliau langsaikan baki loan beliau iaitu RM74,000 (termasuk interest berkemungkinan loan anda perlu bayar RM 130k)

beliau sudah ada emas sebanyak lebih kurang  didalam tangan bernilai
RM159k - RM74K = RM85k 

beliau mempunyai RM 85k selepas 5 tahun dan hutang juga telah habis dibayar. lagi best lagi RM85k  beliau masih lagi didalam bentuk emas dan kenaikan nya meningkat saban tahun.


KESIMPULAN

Kesimpulannya, walau apa pun yang penting ialah ilmu pelaburan itu sendiri, jadi tidak kira sama ada purity 999 ataupun 916 sekalipun  jika anda tahu cara untuk memanipulasikannya maka anda masih lagi didalam posisi keuntungan.

Saya sekadar memberitahu apa yang saya lalui, jadi jika anda rasa tidak betul, sila kaji dahulu sebelum memulakan pelaburan emas ini. Ada banyak lagi teknik manipulasi yang ingin dikongsi bersama-sama anda secara percuma. hubungi saya untuk nasihat kewangan dan bermula dengan emas dan perak sekarang.

Friday, October 14, 2011

Erti Sebuah Pengorbanan

Perubahan harus dibuat bagi kehidupan yang lebih sempurna. Tidak dinafikan masih ramai lagi tidak berani untuk memulakan pelaburan emas ini, dan benarlah Robert T. Kyosaki ada menyebut tentang " jalan untuk menjadi kaya ada dan jelas tetapi ramai yang tidak memilih ". dan barulah saya faham apa yang dimaksudkan oleh beliau.

Seperti yang kita tahu, setiap kejayaan tidak semudah seperti yang kita sangkakan, dan perlu menempuh cabaran barulah kita dapat merasai kenikmatan kejayaan. Begitu juga dalam dunia pelaburan dan  lebih khusus lagi didalam pengurusan kewangan.

Kenapa saya setiap kali saya tekankan  pengurusan kewangan ini ? ini kerana inilah kunci permulaan untuk anda menjadi seorang jutawan. Dan jika  pengurusan kewangan anda  tidak kuat maka anda tidak akan sama sekali nampak jalan untuk menjadi jutawan, dan anda perlulah bekerja sehingga anda pencen bagi menampung kehidupan yang sama dan tiada perubahan selama-lamanya.

"Thing Big" itulah ayat Donald trumph, seorang bilionair yang disegani, jadi kita juga perlu untuk memikirkan sesuatu yang besar.Beliau pada awalnya tiada apa-apa tetapi dengan pemikiran itu beliau buktikan tiada yang mustahil. malahan beliau pernah bankrap sebanyak 10 kali sebelum menemui jalan yang betul menuju kejayaan. jadi bayaran yang beliau perlu tempuh bagi mencapai akan datang adakah tidak berbaloi ?

 Kita diberi hak untuk memilih tetapi mengapa kita tidak memilih ? sedangkan pilihan kita itu mungkin akan merubah kita dimasa hadapan untuk selama-lamanya. mengapa kita tidak mahu memilih ?.

"Takut Gagal" adalah sesuatu yang sangat anda perlu atasi. didalam dunia pelaburan istilah takut gagal perlu anda buang jauh-jauh. anda perlu tukarkan kepada "bagaimana mengatasi kegagalan ". Itu lebih penting. kerana sudah tentu dalam pelaburan ada untung rugi kalah dan menang. jadi kita perlu bersedia kearah itu dan memanipulasi kekalahan menjadi suatu kemenangan.

Justeru carilah guru dan juga sumber bagi menambah ilmu, kerana dengan ilmu inilah anda dapat mencari pengalaman dan seterusnya anda dapat mengatasi kegagalan dengan keuntungan, bukan dengan "takut gagal"dan terus tidak mencuba langsung dan seterusnya berharap menjadi kaya, pasti itu tidak akan berlaku. Usaha dahulu baru Tuhan berikan kejayaan.

D.U.I.T - Doa , Usaha , Ikhtiar , Tawakkal

Jika kita berjawatan besar di kilang ataupun dipejabat kerajaan sekalipun namun kita tidak boleh memberi kepada anak kita jawatan itu apabila kita sudah tiada nanti tetapi sebaliknya ASET , kita boleh memberikan kepada mereka dan bersambung dari 1 generasi ke 1 generasi,even kita sudah tiada nanti.

Disebabkan niat itulah saya memulakan pelaburan emas ini. Demi isteri tercinta serta anak-anak telah menyemarakkan semangat saya setiap kali saya gagal. saya akan berusaha mengubah kehidupan saya. nah hasil nye setiap langkah yang saya lalui amat bermakna sekali.dan sekarang saya mengutip hasil dari kegagalan yang lepas-lepas. gagal sekali bukan gagal selama-lamanya.

Saya tidak boleh membeli sekaki tanah setiap bulan bagi menyimpan aset saya walaupun kita tahu Tanah adalah aset, jadi saya tukarkan "mind set" dan menukarkan aset tanah kepada aset emas dengan  membeli emas setiap bulan yang lebih mudah murah serta senang apabila ingin memerlukan "cash". walaupun saya tidak mampu pada awalnya, namun berkat dari Allah serta ilmu dan pengalaman saya, kini saya sudah pun mengubah dari tidak mampu kepada mampu.

Apa yang ingin saya tekankan disini adalah. pengorbanan bukan dibayar dengan wang ringgit, tetapi dari segi masa dan segala-galanya. Dan Wang tidak menyelesaikan masalah kewangan sebaliknya ilmu kewanganan yang menyelesaikan masalah kewangan.

Simpan lah ASET , ASET dan ASET bermula dari sekarang.

"tukarkan segera simpanan wang fiat  anda kepada emas fizikal sekarang dan selamatkan kewangan keluarga anda untuk selama-lamanya.

Ikhlas dari hati
yang benar
SHAHRIL AZHAR AHMAD SHAH

Thursday, October 13, 2011

Website Public Gold on Maintenance



Dear Valued Dealer/Customer,


Please be informed that Public Gold is currently experiencing the dispute with the web administrator, hence we are unable to access and receive any online booking detail starts from 7/10/2011, 6.30pm. Please resubmit your order made on this period.


From now onwards, kindly DO NOT make any (BUY or SELL) price booking thru www.publicgold.com.my; www.publicdinar.com; and www.publicjewellery.com.my. 


Prices listed in these 3 websites and SMS service (32828) will be all invalid. 


For price reference, please login to:
1. www.publicdinar.com.my
2. http://www.publicdinar.com.my/liveprice.html


For price booking, please make thru:
1.Call-in to PG branches during office hour.
2.SMS to PG mobile phones.


Branch Office No. Mobile No.
SP, Kedah 04-4232999 012-4836916 
BJ, Penang 04-6449999 012-5282916 
Bishop, Penang 04-2619999 012-4298916 
Ipoh, Perak 05-2428999 012-4398916 
PJ, Selangor 03-56348999 012-7082916
Malacca 06-3175499 012-3876916 
JB, Johor 07-2358999 012-4308916 
KB, Kelantan 09-7462999 017-4859916 
KT, Terengganu 09-6263999 017-6756916 
Kuantan 09-5678916 017-6528916 
Kuching 082-259916 017-6788916 
Seremban 06-6782916 012-3495916
AlorSetar 04-7344916 012-4890916




3.Email to order@publicgold2u.com.my .
Ordering format:
Existing customer:
Name:
PG code:
IC No.:
H/P No.:
Email address:
Booking item:
Booking price:
Booking quantity:
Booking date:
Booking time:
Payment Method: EPP/Full Payment
Collection at/Preferred Branch:




New customer/dealer:
Name:
PG code:
IC No.:
H/P No.:
Email address:
Bank A/C no.:
Introducer:
Booking item:
Booking price:
Booking quantity:
Booking date:
Booking time:
Payment Method: EPP/Full Payment
Collection at/Preferred Branch:


Sorry for any inconvenience caused.

Monday, October 10, 2011

Silver is future Gold

Alhamdulillah. masih diberi peluang untuk menulis.

Hari ini saya ingin mengupas tentang silver atau dalam bahasa melayu nya perak. Seperti yang kita tahu. Silver adalah komoditi kedua berharga selain dari pada emas. namun masih ramai tidak mengetahui  kelebihan silver  berbanding emas.

Walaupun spread silver agak besar jika dibandingkan dengan spread emas iaitu lebih kurang 20%, namun kenaikannya juga agak pantas dan tinggi jika dibandingkan dengan emas. bahkan keuntungan silver pernah dicatatkan  mencecah sebanyak 100% setahun. jadi tidak hairanlah ramai diluar sana menjadikan silver sebagai pelaburan selain daripada emas.

Jika dilihat dari segi instrinsik value, silver juga memainkan peranan penting. didalam matawang islam seperti yang kita ketahui dinar adalah emas. dan perak pula adalah dirham jadi menyimpan perak juga perlu dibayar zakat.

Didunia ini, hampir 90% silver telah habis dikorek, dan kini hanya tinggal 10% lagi dan silver yang ada hanya "dicirculate" untuk diniagakan. dan ia byk diguna pakai didalam perindustrian dan juga pelbagai lagi sektor penting didalam dunia. jadi tidak hairan, silver semaikn tingginya nilainya.

Untuk mendapat keuntungan pelaburan silver. saya syorkan ambilah masa diantara 1 ke 1.5 tahun. simpan silver sikit dan emas sedikit. dengan kenaikannye yang tinggi saya pasti anda akan merasai kehebatan silver ini.

Pemberitahuan Penting !!!!

Dimasa ini, Website public gold dilanda masalah teknikal. jadi segala price telah di "reset" dan didalam proses baik-pulih.

Jadi Kepada Dealer-Dealer  rangkaian Solid Profit Group serta customer yang dihormati, untuk maklumat mengetahui harga terkini emas dan perak  public gold terkini sila layari

www.publicdinar.com.my/liveprice.html atau klik sini.

Kesulitan amat dikesali dan saya akan update dari masa ke semasa tentang masalah ini.

Sila foward kan this message to all members. saya dapat this message from public gold itself.

terima kasih. untuk maklumat lanjut hubungi saya 019-2788739

Tuesday, October 4, 2011

Teknik Averaging

Alhamdulillah, dapat juga meng-update blog ini bagi memberi info -info terkini mengenai pelaburan emas dan perak walaupun sibuk dengan tugasan harian. Selamat datang juga saya ucapkan kepada Dealer-dealer baru dibawah rangkaian saya, solid profit group. dan saya berbangga anda sudah mula membuka mata anda dan diharap anda dapat mencelikkan lagi ramai rakyat Malaysia yang sedang "tidur" dan tidak sedar kewangan mereka berada ditahap kritikal sekarang ni.


Hari ini saya ingin menberitahu anda 1 lagi rahsia bagaimana saya menjana pendapatan dengan emas dan perak ini.

harap dapat membantu ada dalam membuat keputusan sama ada mahu memulakan pelaburan emas atau menunggu lagi lama dan tidak bertindak.

Konsep membeli emas 1 dinar 1 bulan.

Katakan anda mula membeli 1 dinar emas pada bulan pertama, dimasa itu nilai 1 dinar emas ialah RM550.
kemudian anda membeli lagi 1 dinar pada bulan ke-dua, dimasa itu nilai 1 dinar emas ialah Rm600.
Kemudian anda membeli lagi dinar emas pada bulan ke-tiga, dimasa itu nilai 1 dinar emas ialah RM660.
Dan kemudian anda membeli lagi pada bulan ke-4, dimasa itu nilai emas 1 dinar telah pun mencecah RM720.

JADI anda sudah ada 4 keping 1 dinar. jadi purata anda membeli emas ialah

( RM550 + RM600 + RM660 + RM720 ) / 4 = RM632.

dan pada bulan ke-5 nilai 1 dinar emas telah pun mencecah RM812.

jadi jika anda menjual emas anda, anda sudah memperoleh keuntungan

RM812 - RM632 = RM180

mudah bukan, anda sudah pun mencetak duit sebanyak RM180, berbanding jika anda menyimpan wang fiat.
dan lagi lama anda simpan dan lakukan, maka berlipat kali ganda lah keuntungan anda. Inilah yang dikatakan. emas naik pun anda untung. emas turun pun anda tetap untung kerana anda dapat membeli lagi banyak emas dengan harga murah.

Itu jika anda membeli 1 dinar setiap bulan, jika anda membeli goldbar, silver  dan gunakan teknik pajakan, maka makin bertambah aset anda bukan.

Adakah anda rugi dengan menyimpan emas. kaji dan lihat sendiri hasilnya, dan bermulalah sekarang menyimpan emas fizikal.

pelbagai lagi teknik manipulasi emas yang saya ingin kongsikan kepada anda, hubungi 019-2788739 untuk maklumat lanjut. dan rasai sendiri kehebatan emas fizikal ini.

"Anda bila Lagi"

Anda juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...