Wednesday, September 28, 2011

Fenomena Emas dan Perak

Minggu lepas dan juga pada awal minggu ini nilai emas dan perak di niagakan dengan keadaan menurun di pasaran dunia. Alhamdulillah. Saya telah pun menambah beberapa stok saya.

Dan dimasa inilah ramai masyarakat membuka mata tentang kelebihan emas keluaran kami ( PUBLIC GOLD ) kerana harganya yang berubah mengikut harga antarabangsa. Jika dikedai emas atau emas keluaran syarikat lain masih lagi menggunakan harga lama dan tidak berubah.

Justeru memang tidak dinafikan lagi fenomena menyimpan emas masih lagi releven dikala ekonomi semasa yang tidak menentu serta krisis ekonomi eropah yang semakin meruncing.Bayangkan jika ringgit malaysia yang jatuh, apakah kesan terhadap diri anda ?. harga barang keperluan semakin tinggi. jadi kuasa membeli anda semakin berkurang bukan ?.

bagi orang kaya sudah tentu tidak merasai sangat impak ini, tetapi bagi golongan pertengahan dan juga bawahan. sangat-sangat saya memahami beban yang mereka lalui kerana saya juga dari golongan ini. jadi untuk mengatasi masalah ini, segera tukarkan kepada emas dan sandarkan kewangan anda terhadap emas. Alasan seperti tiada wang untuk membeli emas bukan sesuatu masalah.

Saya bagi contoh mudah :

Dengan membuat loan interest sebanyak 11% setahun selama 25 tahun jika dibandingkan dengan kenaikan emas sebanyak 20% -35% setahun anda masih lagi untung minimum 9% setahun. dan jika anda menggunakan teknik pajakan, anda menambah lagi aset anda dengan membeli emas, anda akan mengaut keuntungan lagi 20%-35% kenaikan emas ditangan anda. Disamping itu. komisen yang diberikan oleh Public gold menambahkan lagi keuntungan anda.

Jadi adakah tidak berbaloi?

Kebanyakan yang saya dapat "feedback" mengatakan mereka takut untuk membuat loan. Namun jika dikaji, ramai orang-orang kaya mereka memang membuat loan untuk membeli aset.kajilah orang-orang kaya malaysia dan juga dunia.

Ya emas juga aset, kita tidak mampu membeli aset seperti tanah, rumah, dan ladang kerana nilainya yang
telah tinggi tetapi aset yang paling mudah yang kita mampu milik sekarang ini adalah emas dan perak. Rebutlah peluang ini sebelum ia mencecah lebih tinggi.

Namun suka saya ingatkan :

Saya tidak memaksa anda untuk membeli emas dengan membuat loan,terpulang kepada anda. jika perlu, buat kira-kira yang sewajarnya. membuat plan dan kaji terlebih dahulu apa yang saya katakan ini betul atau tidak sebelum bertindak.
Saya sudah pun melalui fasa itu dan saya telah pun merasai kenikmatan yang Allah kurniakan ini.
Pilihan ditangan anda, jika anda mahu berubah,ambillah jalan ini. jika tidak mahu dan ingin "playsafe"teruskan dengan kehidupan "work for money" anda dengan makan gaji dan dunia pelaburan bukan lah untuk anda. mencegah lebih baik dari mengubati.

Jika mahu bimbingan kewangan tentang emas boleh menghubungi saya 019-2788729, saya akan mengajar anda secara percuma.

Tuesday, September 20, 2011

Income Orang kaya.

Alhamdulillah Entry pada kali ini saya ingin membincangkan tentang bagaimana orang kaya menjadi kaya melalui skop pendapatan ataupun income mereka.

Ramai manusia didunia mengatakan bahawa.kerjaya atau pekerjaan mereka sekarang yang akan memberikan "income" dan seterusnya menjadi kaya, tetapi pada hakikat rahsia sebenar bahawa orang kaya menjadi kaya adalah kerana "money work for them not them work for money".

Contoh seperti Ray Kroc , pengasas McDonald's, beliau menjadi kaya-raya bukan menjual Hamburger semata-mata tetapi beliau menjual franchise hamburger dan  hasil daripada setiap pembelian hamburger akan menjadi hak beliau walaupun beliau tiada dikedai itu. dan Franchise itulah Aset beliau.

Ya benar, jika anda mahu menjadi kaya, maka simpan lah aset dan lakukan seperti diatas. walaupun anda dapat melakukan RM20 sebulan. namun anda harus berbangga kerana telah memulakan apa yang orang kaya lakukan iaitu anda tidak bekerja untuk duit TETAPI duit bekerja untuk anda,

setiap kejayaan bermula dengan selangkah yang pertama, mungkin pada bulan ini anda telah generate RM20, lama kelamaan anda mungkin telah men "generate" RM20,000.dan kaya bukanlah suatu perlumbaan.
Tugas saya menyedarkan anda betapa pentingnya menyimpan aset untuk masa hadapan. andai kata jika berlaku apa-apa contoh anda dibuang kerja, maka aset-aset inilah yang akan menjadi sumber untuk anda terus hidup.

orang pertengah atau miskin akan membeli liabiliti dahulu seperti kereta, rumah dan sebagainya,
tetapi orang kaya, mereka membeli aset kemudian keuntungan dari aset itu barulah mereka membeli liabiliti.
jadi usah tunggu lagi. kumpul aset anda sekarang sebelum terlambat. hubungi saya untuk pengurusan kewangan yang effiesen dengan emas fizikal.

Thursday, September 15, 2011

Cara-Cara Membuat Online Order

Alhamdulillah

Terima kasih saya ucapkan kepada para pembaca sekalian. diharap agar anda dapat manfaat dari blog saya ini. Ok bagi yang telah menjadi Dealer bawah rangkaian saya. tahniah saya ucapkan. teruskan usaha anda menyebarkan ilmu yang bermanfaat terhadap rakan-rakan yang lain.

Baiklah disini saya ingin mengajar cara-cara untuk mneggunakan online order.

1) Pergi ke website Public gold . klik sini. kemudian cari "login" dan paparan seperti dibawah akan tertera. Masukkan Username serta Password anda. ( Pihak public gold akan menghantar Username dan password anda ke email anda setelah anda menjadi Dealer ). Jika tiada sila klik "Register" dibahagian bawah 



2) Setelah anda menekan "Register" , paparan seperti dibawah akan  terpampang. Isi segala maklumat yang diperlukan dan tekan "Send Registration".

3) Setelah pendaftaran dibuat anda sudah boleh login menggunak Username dan Password yang diberikan.Klik pada perkataan "Order" dan paparan seperti dibawah akan kelihatan.


4) Pilih Item yang ingin dibeli., masukkan kuantiti belian didalam kotak yang tertulis "Qty". Kemudian pilih branch mana anda mahu buat pengambilan di bahagian "Collection Option".cara bayaran dibahagian "Payment Type" dan bank mana yang anda akan gunakan dibahagian "Payment Throught". Setelah selesai klik pada butang "Update Order" dan akan keluar bahagian "Comment". Isikan bahagian komen ini jika anda mahu lock utk customer atau mendaftar Dealer yang baru.


5) Setelah Selesai klik butang "Submit Order" dan akan keluar paparan seperti dibawah. Klik pada bulatan yang tertulis "I Agree" dan klik "Confirm Order".


6) Kemudian apabila order berjaya dibuat, paparan seperti dibawah  akan keluar dan anda boleh menggunakan no CSOxxxx sebagai rujukna Online Order. 


7) Dah selesai, anda juga boleh menyemak order anda serta sebagai. di Bahagian "Menu" diatas  Mudah bukan jika anda sebarang pertanyaan or bantuan. bleh contact saya di 019-2788739

Wednesday, September 14, 2011

Berubah Demi Masa Depan

Alhamdulillah

Masih diberi kesempatan untuk menulis.


Emas Jongkong 250 gram - Aura ditangan nikmat tak terkata


Sebenarnya emas telah menjadi bahan pelaburan semenjak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isacc Newton. Pada tahun 1971 emas tidak lagi terikat dengan dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas.

Dalam masa 5 tahun, telah mencapai kenaikan sehingga 152 %. dan keuntungan pasaran saham sendiri tidak
dapat menandingi keuntungan seperti ini. tidak ramai yang sedar akan keuntungan pelaburan emas. cara yang terbaik untuk pelaburan emas ialah dengan membeli emas dalam bentuk syiling emas, jongkong emas selain daripada barang kemas.

Dunia kembali memperkatakan tentang emas ini. tetapi adakah anda mengambil kisah tentang ini. Semenjak Presiden Richard Nixon telah mengampungkan Dollar Amerika dan tidak lagi menyandarkan kepada emas pada tahun 1971. Maka adalah tidak wajar bagi kita menyimpan ringgit lagi.

Dan sekarang Ekonomi Global tidak menentu. Ringgit Malaysia juga tidak terlepas dari krisis ini. walaupun ekonomi negara semakin baik, matawang semakin kukuh berbanding dollar, namun hakikatnya kuasa beli oleh ringgit tidak pernah meningkat. malahan semakin menyusut disebabkan ringgit turut disandarkan kepada nilai Dollar.

Buktinya. kita masih tetap membeli barang keperluan dengan harga yang sama, tiada ada perbezaan bahkan semakin naik hari demi hari.

jadi saya menyeru kepada anda supaya kembali sandarkan kepada emas. dan tukarkan simpanan anda kepada emas fizikal.pelajari teknik manipulasi emas dan lakukan yang terbaik terhadap kewangan anda.
kita tidak mampu mengubah kewangan negara tapi anda mampu megubah kewangan anda.



"Like Liberty, gold never stays where it is undervalued - Karl Marx

Monday, September 12, 2011

Financial Freeodom Bahagian II

Bertemu lagi kita,

Kali ini saya ingin bercerita tentang apa kunci utama bagi mencapai kearah financial freedom.

Bagi saya kunci UTAMA untuk menjadi financial freedom adalah pengurusan kewangan. kerana dengan pengurusan kewangan ini anda dapat melihat bagaimana kewangan anda sekarang anda dapat mengenal pasti kelemahan kewangan anda seterusnya mengatasi kelemahan itu.
saya bagi contoh mudah.

Andaikan anda dari KL mahu pergi ke Melaka. jadi pelbagai jalan anda boleh pilih, dan setiap jalan yang anda pilih telah ada risiko yang sedia ada. Highway (kena bayar Tol tapi cepat) , jalan persekutuan (banyak kereta dan lambat) dan sebagainya.cepat atau lambat anda masih lagi boleh sampai ke Melaka.

Begitu juga Financial freedom ia bukanlah suatu perlumbaan ada yang ambil masa 5 tahun, 10 tahun malah 30 tahun untuk mencapai financial freedom. Jadi bukannya BERAPA LAMA anda perlu risau, tetapi BILA anda mahu bermula itu yang lebih penting.

kerana jika anda tidak mula bergerak dan bertindak, anda tidak akan sampai ke destinasi langsung. kenapa tidak mencuba langsung sedangkan dengan mencuba anda telah membuka peluang anda daripada 0% kepada 50/50 ?.

Dan dengan "real money" sahaja cara  yang ada bagi menstrukturkan kewangan anda, real money iaitu emas dan perak ini sebagai kenderaan anda dari "KL ke MELAKA" tadi, kerana dengan salah memilih kenderaan
pasti halangan yang anda bakal tempuhi bakal menyukarkan anda, dan seterusnya destinasi anda tidak tercapai.

Jika anda menggunakan wang fiat @ wang kertas sebagai kenderaan anda maka, saban tahun INFLASI serta "bad debt" akan memakannya seterusnya membantutkan usaha anda untuk ke "MELAKA".
saya mengharapkan anda berfikir sejenak dan kajilah perkara ini, serta cepat lakukan sesuatu terhadap kewangan anda demi masa depan keluarga anda.

"Anyone who has never made a mistake has never tried anything new." - Albert Einstein

Tuesday, September 6, 2011

cepat !! Nilai emas bakal mencecah $2000/oz dalam masa terdekat

Perkara yang mustahil tidak lagi menjadi mustahil bagi emas. dijangkakan kenaikan emas tidak la begitu tinggi. namun melihat dari trend pada hari ni, berkemungkinan besar nilai emas akan mencecah ke paras tertinggi dari sebelumnya iaitu $2000/oz.

Semasa entry ini ditulis, nilai emas dunia berlegar pada paras $1898/oz. dan sudah 2 kali paras emas berlegar pada tahap ini.pada kali pertama adalah pada penghujung bulan julai 2011. Ini membuktikan nilai emas tetap menjadi pilihan untuk insuran kewangan serta pelaburan. Jika pendakian ini berterusan, maka $2000/0z bakal dicapai dalam masa terdekat ini.

Bagi yang ingin memulakan pelaburan emas. silalah lakukan sekarang, dan bagi yang ingin menyimpan emas untuk melindungi matawang anda juga perlu bertindak sekarang kerana nilai emas tidak akan menunggu anda, percaya atau tidak kenaikan nilai emas dari 2 July 2011 sehingga ke hari ini, telah mencecah sebanyak 23.9%. dalam masa 2 bulan, ini fakta dan bukan auta.


Jadi..usah buang masa, lakukan apa yang patut anda lakukan, anda mampu mengubahnya..

Monday, September 5, 2011

Sistem Bretton Woods

Sistem Bretton Woods adalah sistem urustadbir matawang antarabangsa yang menetapkan peraturan peraturan hal ehwal kewangan dan komersil diantara negara-negara industri utama dunia pada pertengahan abad ke-20. Dengan sistem ini setiap negara perlu mempunyai dasar monetari bagi sistem pertukaran nilai matawang yang ditetapkan yang ditambatkan dengan nilai emas.Sistem ini adalah contoh pertama rundingan aturan dan seliaan matawang yang bertujuan untuk mentadbir hal-ehwal kewangan di antara negara-negara merdeka.

Di bawah Sistem Bretton Woods, setiap negara hendaklah mewujudkan dasar kewangan yang mengekalkan kadar pertukaran matawang dalam nilai yang tetap dengan kelonggaran unjuran tidak melebihi 1 peratus negatif (-1%) atau positif (+1%) yang ditambat dengan nilai emas dan kemampuan IMF sebagai penyelesaian sementara ketidakseimbangan bayaran.

Dalam menghadapi peningkatan kekangan kewangan, sistem ini runtuh pada 1971,selepas Amerika Syarikat secara bersendirian menamatkan kebolehtukaran dolar kepada emas. Tindakan Amerika ini mewujudkan keadaan dimana dolar Amerika Syarikat menjadi satu-satunya mata wang jaminan dan mata wang sandaran untuk negara-negara ahli.

IMF dan Bank Dunia hari ini adalah warisan sistem Bretton Woods yang roboh pada era 1970

Rekabentuk Sistem Bretton Woods memaksa negara-negara di dunia hanya boleh melaksanakan penukaran emas kepada "matawang utama" iaitu dolar AS. Negara-negara dunia boleh untuk tidak menukarkan dolar kepada emas, dan sebaliknya hanya menyimpan dollar.

Secara amalinya, bagaimanapun, oleh kerana "matawang rizab" utama ialah dollar AS, ini bermakna matawang negara-negara lain ditambat kepada dolar AS, dan akan membeli atau menjual dolar AS bagi memastikan pasaran tukaran matawang tidak melebihi perbezaan 1% dari kadar yang ditetapkan.
Demikian itu, dolar AS mengambilalih peranan yang dimainkan emas dibawah standard emas dalam sistem kewangan antarabangsa.

Dengan terciptanya Bretton Woods, dengan Amerika Syarikat menghasilkan separuh dari barangan perusahaan dan separuh dari simpanan emas dan matawang, AS memainkan peranan sebagai pemacu utama ekonomi dunia.Washington Mengekalkan defisit pembayaran dalam usaha untuk membiayai pinjaman, bantuan dan askar untuk rejim-rejim sekutu.

Bagaimanapun,akibat penglibatan Amerika dalam Perang Vietnam, negara itu mengeluarkan jumlah wang kertas melebihi simpanan emasnya. Oleh itu, Pada tahun Ogos 1971, Presiden AS ketika itu, Richard Nixon telah menceraikan tambatan dolar kepada emas. Tindakan ini diambil bagi mengelakkan negara-negara yang menandatangani perjanjian Bretton Woods daripada menuntut jumlah emas yang setara dengan dolar AS yang berada dalam rizab mereka kerana jika itu berlaku, Amerika Syarikat tidak akan dapat menunaikan janjinya dan berkemungkinan jatuh muflis.

Akibat daripada tindakan ini, dolar Amerika Syarikat menjadi satu-satunya matawang sandaran dan juga matawang rizab kepada negara-negara yang terlibat dalam perjanjian tersebut.

Jadi mengapa anda mahu menyimpan wang kertas lagi ?. segeralah berubah dan meyimpan emas dari sekarang sebelum ekonomi Dunia menjejaskan kehidupan anda. Bila ekonomi AS jatuh, secara automatiknya nilai matawang RM juga turut terjejas, dan hanya ada satu penyelesaian sahaja lagi iaitu EMAS DAN PERAK.bertindak sekarang sebelum terlambat dan nilai emas semakin meningkat.

Anda juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...