Tuesday, March 19, 2013
Pelaburan - Rugi itu pasti !!
Baru tadi saya terbaca di salah sebuah blog menceritakan tentang seorang pemuda yang terjebak didalam bisnes ( Multi level Marketing) MLM. Nama syarikat saya rahsiakan untuk kepentingan umum.
Dengan menggunakan modal loan sebanyak RM20k beliau "dipaksa" membeli produk syarikat tersebut serta dijanjikan keuntungan yang berlipat kali ganda. ditambah pula upline beliau yang menggunakan kereta mewah sentiasa berjanji akan menolong beliau sehingga menjadi seperti mereka.
Dan kini akhirnya beliau terpaksa membayar loan beliau dan dalam masa yang sama, barang tidak terjual.
Saya lihat juga komen-komen dientry tersebut, ada yang menyalahkan pihak syarikat itu, dan ada juga yang menyalahkan diri pemuda itu kerana inginkan jalan mudah untuk menjadi kaya.Masing-masing mempunyai pendapat dan hujah yang bernas.
Soalan saya, siapakah yang bersalah didalam kisah ini ??? anda ada jawapannya.
Kebanyakan jurujual mereka hanya akan menceritakan kebaikan produk mereka sahaja, namun tidak pula menceritakan keburukan. Ini kerana mereka hanya perlu me"laku"kan barangan mereka. Jual barang mereka walau apa cara sekalipun, sebab tu sentiasa bercerita yang manis sahaja.
Begitu juga seperti kisah diatas, bagi saya tiada yang mustahil jika anda berusaha dan anda perlu tahu apa yang anda usahakan. tiada yang mudah didalam dunia ini.bahkan didalam pelaburan emas dan perak juga ada risiko yang perlu dilalui.
Pernah harga emas tidak naik
ya, memang benar pernah suatu ketika dahulu harga emas tidak naik. anda boleh check graf kenaikan emas.
Tiada yang sentiasa manis dan untung sahaja, saya sendiri juga pernah melalui pahit dan kerugian didalam pelaburan dek kerana kurangnya ilmu pengetahuan, Oleh kerana kesilapan itu saya nekad untuk memperbetulkan kesilapan saya.
Saya masih ingat pepatah mengatakan
Kita tidak boleh mengubah orang lain, tetapi kita boleh mengubah diri kita sendiri
Sebab itu didalam pelaburan emas dan perak ada juga untung dan rugi, serta risiko yang anda harus hadapi, jadi terpulang kepada anda bagi mengurangkan risiko itu. dan cara paling baik adalah dengan menambah ilmu didalam pelaburan itu sendiri. bukan main semberono sahaja dan goyang kaki mengharapkan keuntungan dalam masa yang singkat.
sebab itu para pelanggan saya serta dealer rangkaian saya sering kali saya tekan kan bagitahu semua. Untung & Rugi, cara cepat jana untung , cara lambat jana untung, Jadi terpulang kepada pelanggan nak pilih yang mana. Modal sikit boleh, modal banyak pun boleh.
sebagai contoh la.
katakan kita nak pergi ke Kedah. banyak cara kita boleh guna, kenderaan jenis apa (darat ke laut ke), jalan yang macam mana, (Highway ataupun jalan dalam) dan macam2 lagi. sama ada cepat atau lambat kita akan sampai ke kedah. betul tak ?? tidak kira siapa sampai dahulu, yang penting anda sampai.
Berapa kita sanggup rugi, barulah kita fikirkan untung. kalau kita nak fikir untung sahaja tanpa fikirkan kerugian pun tak boleh juga. kalau untung 90% dan kerugian 10% sahaja, saya rasa sudah cukup berbaloi. yang penting berani mencuba dan berusaha, insyaAllah berjaya.
Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Apa-apa pun dlm semua pelaburan kena ada ilmu.
Post a Comment