Monday, March 11, 2013

Keluar daripada Zon Selesa

Assalamualaikum semua dan selamat membaca kepada saudara-saudara ku diluar sana.

Saya mendoakan agar anda semua berada didalam keadaan lapang dan senang sentiasa hendaknya.

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan MAC dah. Maknanya dah 3 bulan  tahun 2013 telah berlalu. Cepatnya masa berlalu kan. Kepada para pembaca blog emaskaya berjutaa maaf diucapkan kerana tidak dapat menulis info-info terkini dalam masa sebulan yang lalu.  Dek kerana kesibukan yang teramat sangat. Jadi diharap entry kali ini dapat kita manfaat  dan kongsikan kepada saudara-saudara kita yang lain.

Kali ini saya ingin berkongsi serta membuka minda rakan-rakan pembaca blog saya diluar sana berdasarkan pengalaman saya pada awal 2011 iaitu semasa permulaan pembabitan saya didalam pelaburan dan perniagaan emas ini. iaitu apakah dia " keluar daripada zon selesa".

Zon Selesa @  Comfort zone

Keluar daripada Zon selesa untuk mencari ruang yang lebih luas


"Buat apa buat loan beli emas, baik teruskan makan gaji seperti biasa, hujung bulan dapat gaji. tak sakit kepala nak bayar hutang loan"

Saya hanya tersenyum sahaja apabila mengingatkan kembali ayat itu.

Ya. secara saintifiknya saya memulakan pelaburan emas dan perak tanpa modal dengan menggunakan modal loan semata-mata. Dan ayat diataslah "feedback" yang saya dapat apabila menggunakan idea itu  2 tahun yang lalu.

Jadi apa kena mengena ayat diatas dengan zon selesa.

Kenapa saya perlu mengambil risiko itu dan keluar daripada zon selesa saya iaitu makan gaji semata-mata ??

Bagi mencuba dan mencipta peluang menjadi seorang yang "financial freedom" saya Mesti lakukan sesuatu. Pada pikiran saya pada ketika itu Walapun tidak berjaya at least saya sudah pun mencipta kebarangkalian daripada "tiada" kepada "ada". 

Saya mula merangka pelan pelaburan saya beserta mencari guru-guru didalam bidang pelaburan. saya tanamkan tekad. Yang paling penting perlu ada sifat bersyukur. Dapat side income RM 50 sebulan pun sudah memadai bagi saya kerana rezeki yang pada asalnya sama setiap bulan sudah pun Allah tambah lebihan RM50 hasil daripada usaha saya mengambil risiko itu tadi. Usaha dahulu barulah fikirkan hasilnya.

Benarlah kata orang. tak cuba maka tak tahu. sebab itu kita diberikan tuhan akal dan fikiran untuk memilih. Buatlah pilihan mengikut perancangan anda. jika tiada perancangan maka anda mungkin bakal menanggung risiko yang tinggi.

Dengan bermulanya pelaburan emas ini saya telah pun dapat mengetahui lebih banyak peluang pelaburan-pelaburan yang lain, yang mana saya sendiri tidak pernah ketahui sebelum ini.

Alhamdulillah , rezeki Allah, ada juga hasilnya untuk diri dan keluarga saya. Walaupun tidak banyak  yang paling best, ilmu pelaburan ini saya dapat sampaikan kepada generasi saya akan datang terutamanya anak-anak saya. Ilmu yang bermanfaat. 

Nasihat saya, Jangan takut untuk mengambil risiko jika anda tahu apa yang anda lakukan.

Keluar daripada zon selesa segera kerana ia tidak dapat menyelamatkan anda jika berlaku krisis kenaikan minyak dan ekonomi global yang semakin meruncing.



Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739

No comments:

Anda juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...