Sunday, November 24, 2013

Menjadi peniaga emas dengan modal hanya RM30 Ribu

Salam semua.

Apa khabar semua para pembaca. ya ! bertemu kita kembali. sekarang ini blog saya hanya dapat dikemaskini sebulan sekali sahaja. dan saya ingin menghadkan kepada penulisan yang lebih penting agar para pembaca tidak kebosanan apabila bercerita tentang benda yang sama je kan.

yelah tak kan nak cerita harga emas naik la. harga emas turun la. bosan juga kan. InsyaAllah saya akan cuba menambah baikan blog ini dari masa kesemasa. Dan jika diizinkan tuhan saya ingin bercerita pelbagai lagi cabang pelaburan dan bukan sahaja mengenai pelaburan emas di blog ini. harap para pembaca setia menemani saya ye.

hari ni saya nak share pasal menjadi dealer di Public gold. seperti diketahui umum ada 3 peringkat dealer iaitu

1) Normal Dealer - Komisen 1% setiap kali pembelian dan jual 0.5%
2) Priority Dealer - Komisen  1.5 % setiap kali pembelian dan jual 0.5% +  Overide Normal dealer 0.5%
3) Master Dealer - Komisen  2 % setiap kali pembelian dan jual 0.5% + Overide Normal dealer 0.5% + Overide Priortiy Dealer 0.5%


Saya Fokus kepada priority dealer sahaja ye. Sebab bermula 23rd November 2013 – 31st December 2013. adanya promosi yang giler kentang   Untuk menjadi Priority Dealer. Ye memang Tahap kronik.

sebab dengan hanya lebih kurang RM34,000 sahaja anda layak untuk menjadi priority dealer. Kalau Bukan promosi anda perlu ada RM100,000  tau.jadi diskaun banyak giler. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan untuk menjadi seorang peniaga emas.

Jadi Priority dealer dengan hanya pembelian 250 gram


Promosi tahap kronik bermula 23rd November 2013 – 31st December 2013. Kepada sesiapa yang mahu menjadi peniaga emas dan perak tanpa memikirkan barang tak laku atau tiada pembeli. bolehlah memulakan ini sebagai langkah utama.

jangan ketinggalan pulak. memang berbaloi-baloi


Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739

Friday, September 27, 2013

Hartanah Lelong

Salam rakan-rakan diluar sana. Bagi yang tertunggu-tunggu entry terbaru diwebsite saya ini saya mohon ribuan ampun dan maaf sebab tak selalu dapat update dek kerana menguruskan hal-hal lain. lain la kalau ada "sekeretri" yang tolong update kan alangkah bagusnya ye tak hahaahah.

Namun saya akan cuba sedaya upaya untuk menghasilkan 1 entry  setiap 1 bulan. Diharap pengunjung diluar sana jangan la berkecil hati ya ? (ada ke orang baca web aku ni huhuhu).

Kepada pengunjung baru. saya syorkan klau ada masa cari balik entry lama-lama saya mengenai pelaburan emas. Mana tau ada ilmu-ilmu yang anda buleh pakai bagi mengharungi liku-liku kehidupan sebagai pelabur emas yang berjaya kelak. amin..

Harga emas turun lagi, Jadi kepada yang nak mulakan pelaburan emas boleh la amik peluang ni sekarang. tp yang peliknya bila harga emas turun takde la plak orang amik kisah (Berdasarkan pengalaman saya la) tapi bila harga emas melambung , time tu la baru sibuk nak beli. padahal harga tengah tinggi kot. Tepuk dada tanya duit anda. hehehe. orang boleh berin nasihat. tapi yang merealisasikannya adalah anda.

Mengenai tajuk hari ini. saya ingin nak kongsi sikit pengalaman saya tentang hartanah. Saya sekarang baru berjinak-jinak didalam pelaburan hartanah  (setelah ada keuntungan sikit daripada pelaburan emas). Jadi perjalanan saya masih jauh.

Yelah setiap perjalanan yang jauh tu bermula dengan 1 langkah permulaan kan kan. Ramai sifu-sifu hartanah tu kat luar sana yang perlu saya menuntut. silalah tunjuk ajarku sifu.

Bila saya kaji rupanya masih ada ruang lagi didalam pelaburan hartanah ini walaupun harga rumah yang makin hari makin tinggi terutamanya area lembah kelang. Namun kita perlu tahu cara yang betul.

Bagi yang berminat mahu menceburi pelaburan hartanah ini saya syorkan perlua ada  E-Book Shafie Bustan mengenai "hartanah lelong". Saya rasa sangat dan  amat berbaloi jika anda memilikinya. Bagi saya ilmunya amat berguna bagi yang baru nak memulakan pelaburan hartanah lelong seperti saya.


E-Book Sangat Berbaloi Untuk Dimiliki
Sebelum ini saya dengar cakap-cakap orang je Lelong ini susah. Namun apabila tahu perkara yang diselindung oleh pihak tertentu barulah saya faham dan boleh mengelakkan kerugian anda  ribuan ringgit jika tidak tahu selok belok yang betul didalam pelaburan hartanah lelong ini.

Bagi saya tak salah kita melabur sedikit bagi mendapatkan ilmu daripada kita kerugian ribuan ringgit dimasa akan datang. Sama juga didalam pelaburan emas. yang penting ilmu dahulu. Barulah kita boleh rangka perjalanan pelaburan kita.

Yang paling Penting benda ni bukan tipu. Ada Real Case sekali untuk rujukan anda.Jadi buat la keputusan anda. yang Kaya anda dan yang untung pun anda.
jadi doakan saya berjaya ye didalam yang baru ingin diceburi ini.



Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739

Tuesday, September 3, 2013

Untungnya Pelaburan emas fizikal

Alhamdulillah bertemu kita lagi. Semoga Syawal yang berlalu memberikan anda semua suatu Rahmat yang tidak terhingga.Saya berharap agar segala tips diblog ini dapat memberi manfaat kepada anda diluar sana hendaknya.

Baru-baru ini berlaku kenaikan emas dipasaran antarabangsa. Jadi kepada yang sudah memborong pada ketika harga murah iaitu lebih kurang 3 ke 4 bulan lepas sudah pun boleh meraih keuntungan daripada kenaikan emas itu sekarang.


Keuntungan Sebagai Pelabur

Anda rakan saya yang membeli pada ketika harga sekeping dinar RM586 sekeping.
Dan kini harga itu telah pun meningkat sehingga mencecah Rm607 sekeping.

Jadi keuntungannya telah menjadi RM21 sekeping. Iaitu lebih kurang 3% keuntungan daripada harga asal dalam masa 2 bulan.



Keuntungan Sebagai Pelabur + Peniaga emas

Bagi peniaga emas pula kenaikan emas telah menyebabkan mereka mendapat keuntungan sama ada mahu menjual kepada pelanggan ataupun kepada branch kembali.

Jika peniaga emas menjual kepada branch maka keuntungan yang diperolehi adalah sama seperti keuntungan pelabur seperti diatas, tetapi jika menjual kepada pelanggan maka jika diambil kira harga PG Sell (RM646 / sekeping) setakat semasa entry ini ditulis maka keuntungan adalah sebanyak Rm 60 sekeping ataupun sebanyak 10%.

Jadi anda boleh pilih sama ada mahu keuntungan 3% ataupun 10% . Jika harga emas ini masih lagi mengalami kenaikan lebih tinggi sudah pasti % keuntungan juga naik. At least minima keuntungan telah pun mencecah 3%.

Kesimpulan

Tidak perlu pening kepala anda sudah pun untung. Itu kalau sekeping. Kalau ada 100 keping ?? sudah pun untung Rm2200 dalam masa 2 bulan. Boleh la lebihan keuntungan ini tukarkan kepada emas untuk simpanan.

Nak tahu bagaimana emas boleh dijadikan pelaburan dan juga simpanan boleh hubungi saya ditalian yang tertera. ingat emas. ingat emaskaya.com


Friday, July 26, 2013

3 Perkara Wajib tahu Sebelum Raya

Hari raya bakal menjelang tiba. Bila raya je dah jadi macam trend di Malaysia dimana bila time perayaan je perbelanjaan akan meningkat dengan mendadak.

Ada yang kata. "Maklumla Setahun sekali". Nak beli itu. nak beli ini. Ye.. tau la setahun sekali tapi kita harus berpada-padalah dan jangan terlalu boros didalam perbelanjaan.  Kebiasaannya selepas raya baru rasa akibatnya.


Jadi sempena nak raya ni saya nak bagi beberapa tips sikit

1) Kena Tahu Perbezaan Keperluan (Needs) Dan Kehendak (Wants)

Anda perlu tahu membezakan dimana keperluan dan dimana kehendak. Dalam bahasa mudah, Keperluan ni macam "Mesti kena ada" kalau takde tak boleh. Tapi kehendak ni lebih kepada keinginan dan tidak berapa penting sangat.


Keperluan (Needs) & Kehendak (Wants)

Saya bagi contoh mudah

Ahmad Memperuntukan RM1000 sebagai persiapan raya. Jadi perbelanjaan untuk barang keperluan raya termasuk perbelanjaan baju raya, kuih raya & balik kampung dan sebagainya, adalah lebih kurang Rm1000. Dalam masa yang sama. Isterinya meminta untuk menukar sofa lama dirumah mereka kepada yang baru, Sofa baru juga bernilai Rm1000. Jadi apakah keperluan dan kehendak Ahmad ??

Modal Raya : Rm1000
Keperluan : Perbelanjaan Hari raya
Kehendak : Sofa Baru

Jadi bagi saya adalah lebih baik duit itu digunakan untuk perbelanjaan  hari raya dimana ia lebih penting berbanding sofa yang masih boleh digunakan.

Namun setiap keadaan bergantung kepada individu masing-masing. Pilih dengan bijak.

2) Jangan terlebih Belanja

Pastikan Perbelanjaan anda dirancang dengan teliti. terutama bagi yang makan gaji. Kena tengok duit yang dapat cukup tak untuk belanja sehingga mendapat gaji yang seterusnya.

Ada juga kes yang sanggup berhutang keliling pinggang semata-mata mahu mencantikkan rumah mereka dengan barangan serta perabot yang baru untuk tatapan rakan-rakan yang berkunjung dirumah mereka. akibatnya selepas 6 bulan. Perabot serta barangan rumah mereka telah dilelong. dan nama mereka telah disenarai hitamkan. Kan dah menambahkan masalah

Ingat !! Bila anda ada masalah kewangan. anda yang perlu selesaikan. dan tiada orang lain boleh tolong. Ukur Baju dibadan sendiri. Pedulikan apa orang nak kata. Asalkan kemudian hari anda tidak dibebani masalah yang lebih rumit. Orang hanya boleh bercakap dan yang menanggungnya adalah anda.

3) Modal Kecemasan

Ini penting. sebagai contoh. kalau selepas raya tiba-tiba ada hal kecemasan yang memerlukan duit seperti kereta rosak , Rawatan klinik dan sebagainya.

Justeru mana nak "Cekau" duit. inilah gunanya modal kecemasan ini. Seboleh bolehnya. ia tidaklah dalam bentuk duit, sebab kalau duit cepat je nak guna.

Bagi saya, saya suka menyimpan Dirham. Sebab harganya yang tidaklah terlalu mahal dan mampu milik. Jadi bila lepas raya ada hal kecemasan boleh la jual balik. Dan kalau takde kecemasan boleh teruskan simpanan untuk raya tahun depannya pula. Dirham makin lama simpan makin tinggi nilainya. Jadi tidak rugi pun anda simpan.


10 Dirham sangat bermanfaat untuk simpanan dimasa kecemasan

Cukup setakat ini dulu tips perbelanjaan dihari raya. Ingat !!! belanjalah secara Bijak dan Berkhemah. Jangan ikut orang lain. Wang anda hak anda.






Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739

Wednesday, July 10, 2013

Promosi Ramadhan - Jangan dilepaskan

Rasa dah lama tak menulis. Maaf para pembaca sekalian. 

Jadi sempena 1 ramadhan yang telah pun tiba saya berharap dapat berkongsi ilmu dengan masyarakat diluar sana tentang pelaburan emas. Disamping itu juga  marilah kita (termasuk diri saya sendiri) dapat bersama-sama memperbanyakan amalan kita dibulan yang mulia ini. Bulan yang penuh rahmat.

Seperti yang ramai ketahui , sepanjang dua tiga bulan lepas harga pasaran emas dunia telah pun merudum jatuh. Begitu juga emas semasa di PUBLIC GOLD. Jadi ramai lah yang mula membuka mata untuk mula menyimpan emas daripada menyimpan wang kertas.

Jadi Sempena bulan Ramadhan dan juga sempena harga murah ni pihak PUBLIC GOLD ada menyediakan peluang keemasan bagi sesiapa yang ingin menjadi peniaga, pelabur serta penyimpan emas dengan mendapatkan harga diskaun.


Jadi jangan lepaskan peluang keemasan mendapatkan diskaun seumur hidup anda bersama PUBLIC GOLD. hubungi 019-2788739 untuk maklumat lanjut.

Kalau "sesak-sesak" dihari raya boleh gunakan kemudahan PSP oleh public gold. Tapi hanya untuk dealer sahaja. Jadi cepat-cepatlah jadi dealer ye..

Dikesempatan ini saya juga mengucapkan selamat berpuasa semua kepada umat islam diluar sana.

Thursday, May 23, 2013

Bearing Sea Gold !!! Dibawah lapisan Ais


Wah!! dah sebulan tidak menulis di blog. rasa macam banyak info je nak tulis. Namun apakan daya. Disebabkan kesibukan menyambut kedatangan orang baru didalam keluarga saya telah membataskan aktiviti penulisan didalam blog ini.

Apa-apa pun saya ucapkan tahniah kepada yang telah memulakan pelaburan emas fizikal ini pada masa sekarang inikerana maklumlah harga emas dan perak berada diparas "diskaun" sekarang. Jadi sesiapa yang melepaskan peluang keemasan sekarang ni amatlah rugi.

Saya rasa kalau nak diceritakan pasal kebaikan dan kebagusan menyimpan emas fizikal ni rasa-rasa dah banyak kali kot saya ulang.  jadi hari ni saya nak cerita pasal benda lain pula.

Baru-baru ini saya ada la terbuka "Discovery Channel" mengenai pencarian emas didalam lautan ais. (Wow dalam air laut sejuk tu). Nama rancangan tu seperti gambar dibawah.



Ini bukan tipu tau. Betul-betul emas. Mereka perlu mengorek ais yang setebal 1 meter kemudian perlu lakukan selaman dan menyedut emas didasar laut.

Apa yang menariknya mereka bergadai nyawa demi mencari beberapa ounce emas sahaja. Mereka perlu menyelam didalam air yang sangat sejuk serta dipermukaan atas hanya ditutupi ais. kalau anda  ada penyakit klaustrofobia (ala penyakit fobia kepada keadaan yang terkurung) rasa-rase kerja ni bukan untuk anda la .

Mereka menyelam memerlukan oksigen dan juga air panas yang dipam terus dari atas permukaan terus kedalam sut selaman mereka. Kebiasaannya mereka perlu berada didalam ais selama 8 jam. perghh.. lama tu. tapi hasilnya kadang-kadang agak mengecewakan. sebab diorang sedut je apa yang ada kat dasar laut tu. kat atas baru tapis ada emas ke tak.


Emas fizikal sedang terdampar didasar laut

Dan kos mencari emas ini yang perlu ditanggung mencecah ribuaan ringgit sehari.  Kalau dapat emas hari tu boleh la cover. kalau tak dapat.. faham-faham sudah.

Saya pun terfikir. kita di malaysia nak mendapatkan emas pun punyalah senang. lock harga bayar terus dapat (bagi PG la). harga emas naik, jual dah dapat untung. harga pula tak la terlalu banyak berbeza kalau nak dibandingkan dengan yang "Raw". Ini kerana Public Gold mengenakan cas yang minimum bagi  pembuatan emasnya supaya pelabur dapat Untung dengan cepat dan pantas.

Sebab tu nak buat pelaburan emas kena cari premium atau kos yang rendah serta harga jual balik yang tinggi. Kalau harga je time beli murah tapi nak jual balik tak laku pun tak guna juga.

Jadi kepada yang nak menempah emas anda dan mulakan pelaburan emas fizikal boleh hubungi saya. tak perlu menyelam pun. dah boleh dapat emas fizikal yang cantik dan berkilauan


Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739

Wednesday, April 17, 2013

Harga Emas Jatuh. Saya Untung. Anda bagaimana ??

Sekarang ini ramai yang duk cerita pasal harga emas turun. Ye memang tidak dinafikan, sekarang ini harga emas tengah jatuh merudum dek kerana ada khabar angin mengatakan negara Cyprus ingin menjual rizab emas mereka bagi mengimbangi beban hutang negara mereka.

Disebabkan berita itu banyak pendapat mengatakan berkemungkinan lambakan emas akan berlaku dipasaran dunia dan menyebabkan harga emas jatuh.


Krisi kewangan  di Negara Cyprus

Harga emas dunia juga turut memberi impak kepada emas pasaran Malaysia.Bagi Emas PG sudah tentu ikut turun juga. tapi tak tahu la pula emas keluaran lain. Bayangkan harga emas ketika ini agak sama ketika pada harga saya mula2 mengenal dan membeli emas pada tahun 2010.

Ramai juga yang mengeluh. Ada yang membeli pada ketika harga tinggi. Jadi pada ketika harga emas turun ini mereka tidak tahu nak buat apa. Saya faham situasi mereka. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini.
Baik saya ingin berkongsi situasi saya pula. Harap dapat memberi manfaat serta idea kepada para pembaca diluar sana.

Pada ketika harga Murah boleh buat Untung.

Wahh!! betul ke. Ye memang betul. Sebab tu best menjadi peniaga dan pelabur emas.

Pertama saya sebagai peniaga emas.

Sudah tentu pada ketika harga murah ini ramai yang ingin memulakan simpanan emas. jadi saya sebagai peniaga jual je la apa yang pelanggan nak . Sebab tu best jadi peniaga dan pelabur emas ini. Orang lain duk simpan emas. kita jual emas. Stok sentiasa ada pula tu. Order je di cawangan. Mudah dan senang.

Orang nak beli kita Jual. Orang nak menjual kita beli. Kita jadi orang tengah. Kalau takde orang nak beli kita jual kepada Cawangan. Tak payah pening kepala. Sebab tu untuk menjadi dealer tak perlu cari orang bagai. yang penting usaha dan ilmu pelaburan.

Lagi best dealer beli emas ada diskaun. dah la emas murah. pastu ada diskaun lagi tu. aduh bestnye.
Masa nilah peluang bagi peniaga emas menjual. sebab demand orang boleh beli emas murah, sapa tak nak kan.beli emas sebanyak Rm20k layak menjadi dealer. Bulan April ini pula ada promotion. Beli 25 keping dinar layak jadi dealer PG. hubungi saya untuk menjadi dealer dan saya akan membantu khidmat nasihat didalam pelaburan emas secara PERCUMA.


Jom rebut peluang menjadi peniaga sambil melabur emas

Kedua gunakan teknik Averaging.

Teknik yang paling mudah, menggunakan simple matematik je.

Pada ketika harga murah inilah peluang kita dapat membeli emas secara murah dan banyak. Saya juga telah membeli pada ketika harga tinggi, jadi pada ketika harga murah ini, saya membeli lagi bagi memuratakan harga modal saya.


Konsep mudah tetapi memerlukan ilmu

sebagai contoh :

katakan anda membeli sekeping 1 dinar pada ketika harga RM800. dan ketika sekarang harga 1 dinar telah menjadi RM 600. jadi jika anda membeli 1 dinar lagi pada harga sekarang, bermakna anda sudah pun memuratakan modal asal anda

contoh pengiraan
( RM800 + RM600 ) / 2
= RM 700

modal anda sekarang adalah RM 700 sahaja.

Jadi jika pada ketika harga rendah anda beli lagi banyak, maka anda juga boleh mengurangkan modal ketika membeli pada harga tinggi.

Kepada pembaca diluar sana yang ada emas fizikal tetapi tak tahu nak buat apa. boleh la tanya saya. saya akan share cara bagaimana nak dapat cash dan beli lagi pada ketika harga emas tengah murah ini.InsyaAllah saya akan cuba membantu anda.

Setiap kejadian ada hikmah disebaliknya. yang penting bersyukur dan sabar. harap anda semua juga menjana keuntungan.

Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739

Tuesday, March 19, 2013

Pelaburan - Rugi itu pasti !!


Baru tadi saya terbaca di salah sebuah blog menceritakan tentang seorang pemuda yang terjebak didalam bisnes ( Multi level Marketing) MLM. Nama syarikat saya rahsiakan untuk kepentingan umum.

Dengan menggunakan modal loan sebanyak RM20k beliau "dipaksa" membeli produk syarikat tersebut serta dijanjikan keuntungan yang berlipat kali ganda. ditambah pula upline beliau yang menggunakan kereta mewah sentiasa berjanji akan menolong beliau sehingga menjadi seperti mereka.

Dan kini akhirnya beliau terpaksa membayar loan beliau dan dalam masa yang sama, barang tidak terjual.

Saya lihat juga komen-komen dientry tersebut, ada yang menyalahkan pihak syarikat itu, dan ada juga yang menyalahkan diri pemuda itu kerana inginkan jalan mudah untuk menjadi kaya.Masing-masing mempunyai pendapat dan hujah yang bernas.

Soalan saya, siapakah yang bersalah didalam kisah ini ??? anda ada jawapannya.



Kebanyakan jurujual mereka hanya akan menceritakan kebaikan produk mereka sahaja, namun tidak pula menceritakan keburukan. Ini kerana mereka hanya perlu me"laku"kan barangan mereka. Jual barang mereka walau apa cara sekalipun, sebab tu sentiasa bercerita yang manis sahaja.

Begitu juga seperti kisah diatas, bagi saya tiada yang mustahil jika anda berusaha dan anda perlu tahu apa yang anda usahakan. tiada yang mudah didalam dunia ini.bahkan didalam pelaburan emas dan perak juga ada risiko yang perlu dilalui.

Pernah harga emas tidak naik

ya, memang benar pernah suatu ketika dahulu harga emas tidak naik. anda boleh check graf kenaikan emas.

Tiada yang sentiasa manis dan untung sahaja, saya sendiri juga pernah melalui pahit dan kerugian didalam pelaburan dek kerana kurangnya ilmu pengetahuan, Oleh kerana kesilapan itu saya nekad untuk memperbetulkan kesilapan saya.

Saya masih ingat pepatah mengatakan

Kita tidak boleh mengubah orang lain, tetapi kita boleh mengubah diri kita sendiri

Sebab itu didalam pelaburan emas dan perak ada juga untung dan rugi, serta risiko yang anda harus hadapi, jadi terpulang kepada anda bagi mengurangkan risiko itu. dan cara paling baik adalah dengan menambah ilmu didalam pelaburan itu sendiri. bukan main semberono sahaja dan goyang kaki mengharapkan keuntungan dalam masa yang singkat.

sebab itu para pelanggan saya serta dealer rangkaian saya sering kali saya tekan kan bagitahu semua. Untung & Rugi, cara cepat jana untung , cara lambat jana untung, Jadi terpulang kepada pelanggan nak pilih yang mana. Modal sikit boleh, modal banyak pun boleh.
sebagai contoh la.

katakan kita nak pergi ke Kedah. banyak cara kita boleh guna, kenderaan jenis apa (darat ke laut ke), jalan yang macam mana, (Highway ataupun jalan dalam) dan macam2 lagi. sama ada cepat atau lambat kita akan sampai ke kedah. betul tak ?? tidak kira siapa sampai dahulu, yang penting anda sampai.

Berapa kita sanggup rugi, barulah kita fikirkan untung. kalau kita nak fikir untung sahaja tanpa fikirkan kerugian pun tak boleh juga. kalau untung 90% dan kerugian 10% sahaja, saya rasa sudah cukup berbaloi. yang penting berani mencuba dan berusaha, insyaAllah  berjaya.



Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739

Monday, March 11, 2013

Keluar daripada Zon Selesa

Assalamualaikum semua dan selamat membaca kepada saudara-saudara ku diluar sana.

Saya mendoakan agar anda semua berada didalam keadaan lapang dan senang sentiasa hendaknya.

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan MAC dah. Maknanya dah 3 bulan  tahun 2013 telah berlalu. Cepatnya masa berlalu kan. Kepada para pembaca blog emaskaya berjutaa maaf diucapkan kerana tidak dapat menulis info-info terkini dalam masa sebulan yang lalu.  Dek kerana kesibukan yang teramat sangat. Jadi diharap entry kali ini dapat kita manfaat  dan kongsikan kepada saudara-saudara kita yang lain.

Kali ini saya ingin berkongsi serta membuka minda rakan-rakan pembaca blog saya diluar sana berdasarkan pengalaman saya pada awal 2011 iaitu semasa permulaan pembabitan saya didalam pelaburan dan perniagaan emas ini. iaitu apakah dia " keluar daripada zon selesa".

Zon Selesa @  Comfort zone

Keluar daripada Zon selesa untuk mencari ruang yang lebih luas


"Buat apa buat loan beli emas, baik teruskan makan gaji seperti biasa, hujung bulan dapat gaji. tak sakit kepala nak bayar hutang loan"

Saya hanya tersenyum sahaja apabila mengingatkan kembali ayat itu.

Ya. secara saintifiknya saya memulakan pelaburan emas dan perak tanpa modal dengan menggunakan modal loan semata-mata. Dan ayat diataslah "feedback" yang saya dapat apabila menggunakan idea itu  2 tahun yang lalu.

Jadi apa kena mengena ayat diatas dengan zon selesa.

Kenapa saya perlu mengambil risiko itu dan keluar daripada zon selesa saya iaitu makan gaji semata-mata ??

Bagi mencuba dan mencipta peluang menjadi seorang yang "financial freedom" saya Mesti lakukan sesuatu. Pada pikiran saya pada ketika itu Walapun tidak berjaya at least saya sudah pun mencipta kebarangkalian daripada "tiada" kepada "ada". 

Saya mula merangka pelan pelaburan saya beserta mencari guru-guru didalam bidang pelaburan. saya tanamkan tekad. Yang paling penting perlu ada sifat bersyukur. Dapat side income RM 50 sebulan pun sudah memadai bagi saya kerana rezeki yang pada asalnya sama setiap bulan sudah pun Allah tambah lebihan RM50 hasil daripada usaha saya mengambil risiko itu tadi. Usaha dahulu barulah fikirkan hasilnya.

Benarlah kata orang. tak cuba maka tak tahu. sebab itu kita diberikan tuhan akal dan fikiran untuk memilih. Buatlah pilihan mengikut perancangan anda. jika tiada perancangan maka anda mungkin bakal menanggung risiko yang tinggi.

Dengan bermulanya pelaburan emas ini saya telah pun dapat mengetahui lebih banyak peluang pelaburan-pelaburan yang lain, yang mana saya sendiri tidak pernah ketahui sebelum ini.

Alhamdulillah , rezeki Allah, ada juga hasilnya untuk diri dan keluarga saya. Walaupun tidak banyak  yang paling best, ilmu pelaburan ini saya dapat sampaikan kepada generasi saya akan datang terutamanya anak-anak saya. Ilmu yang bermanfaat. 

Nasihat saya, Jangan takut untuk mengambil risiko jika anda tahu apa yang anda lakukan.

Keluar daripada zon selesa segera kerana ia tidak dapat menyelamatkan anda jika berlaku krisis kenaikan minyak dan ekonomi global yang semakin meruncing.



Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739

Thursday, February 14, 2013

Beli emas 100g layak dapat untung 1% seumur hidup



Promosi terhebat kembali lagi.

Dengan hanya membuat pembelian 100g anda layak bergelar Normal Dealer kepada Public gold dan secara automatiknya anda layak mendapat keuntungan komisen 1% setiap kali anda membeli emas dan perak keluaran public gold dan 0.5% jika menjual kembali ke Public gold.

Sekarang harga emas 100g sekitar Rm17+++. jadi untung la. sebab kalau tiada promosi ini. nak jadi dealer kena membuat pembelian didalam 1 resit RM20,000. Wow !!!. sehingga 28 feb 2013 sahaja
rebut peluang ini segera dan nikmati kehebatannya.

mari bersama-sama melabur serta menyimpan dan berniaga emas, tiada kerisauan tentang tarikh luput dan juga tidak laku. Dan juga banyak lagi kelebihan menjadi dealer ini......

Pstt : pembelian ini pun anda sudah layak mendapat 1% keuntungan.best nye. bagaimana caranyahubungi saya di nombor yang tertera

Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739

Monday, January 28, 2013

Strategi Pelaburan Emas : Modal RM5k jadi RM50k

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menulis.

Kali ini saya ingin kongsi bagaimana memjana keuntungan dalam pelaburan emas dengan  modal yang sedikit. Bak kata pepatah saya, bukan modal yang menjamin keuntungan anda tetapi bagaimana anda menguruskan pelaburan anda itu yang bakal menjana keuntungan anda. jangan marah haa...


Jom borong emas sekarang!!!

Harap dapat share kepada rakan-rakan diluar sana agar terbuka hati menyimpan matawang sunnah ini. Namun  Amaran !!! ia memerlukan disiplin yang tinggi. Maklum la bila dah nampak untung ramai yang rambang mata. beli emas dengan saya dan lakukan teknik mudah ini.

Saya bahagikan teknik ini dengan menggunakan strategi seperti berikut.

1) Modal dan target
2) Strategi Pelaburan SPE 1
3) Straegi Pelaburan SPE 2


1) Modal

Setiap peniagaan memerlukan modal tidak kira kecil atau besar. tetapi bagaimana dengan modal RM5k boleh menjadi RM50k ?? semua ini berlingkar dibenak fikiran saya, apakah yang harus dilakukan. Mesti ada cara mudah.

Ya saya gunakan teknik OPM (Other's People Money). Ramai orang familiar dengan ungkapan ini.

Dengan berbekalkan modal 5k. saya memulakan langkah dengan membuat membuat pinjaman peribadi (Personal loan) dibank. diulang pinjaman peribadi bank.(ambil yang islamic).

Kalau tak salah saya  pengiraan adalah seperti berikut (Anda dinasihatkan rujuk kepada pihak bank untuk maklumat lanjut)

Pinjaman - RM50,000
Installment - RM 400 / month
            - RM 4800 / Year

bayaran pinjaman  adalah RM4800 setahun, dan dengan modal RM5k tadi bayarkan "lum sum"
installment pinjaman "personal loan" tadi selama 1 tahun.

2) Strategi Pelaburan SPE 1

Kini modal dalam tangan telah pun berubah daripada RM5k Kepada RM50k. dan bolehlah ditukarkan modal tadi kepada emas dan perak fizikal.

Dengan mengambil "worst case" kadar kenaikan emas saban tahun 15%.maka emas didalam tangan akan mengalami keuntungan sebanyak

RM50k x 15% = RM 7500

jadi ambil la keuntungan tahunan  tadi dan bayar installment untuk tahun berikutnya pula sehinggalah loan anda habis dibayar. simple je kan. kan.

3) Stategi pelaburan SPE 2.

Namun jika anda kaji betul-betul Strategi pelaburan SPE 1 timbul pula persoalan

"Eh kalau jual emas kita untuk bayar loan, nanti makin habis la emas kita, macam mana pula baik simpan duit tu je "

Sebab tu saya adakan Strategi pelaburan 2 ini, Bagaimana kita boleh buat 2 dalam 1. loan boleh bayar dan  emas dalam tangan pun masih ada. Strategi yang paling ampuh dan berkesan dan ini hanya eksklusif saya share kepada sesiapa yang berjumpa dengan saya sahaja.

Kena ada Strategi Untuk bayar Hutang


Reason !!!sebab nak explain calculation memerlukan penerangan di atas kertas. dan terus terang saya cakap strategi ini ia tidak memerlukan anda menjadi peniaga emas pun ataupun mencari orang untuk jadi downline anda.cukup sekadar beli dan simpan sahaja pun dah boleh jana untung berlipat kali ganda.

Nak tahu jom jumpa saya. Jadi sesiapa yang berusaha jumpa saya, akan saya beri ilmu pelaburan ini. jangan lupa bawa pen dan kertas serta calculator yaa..


*** akan saya kongsikan juga.
1) strategi pilihan emas yang bersesuaian untuk pelaburan.
2) Bagaimana emas fizikal boleh digabungkan dengan pelaburan yang lain
3)  Teknik Pajakan yang betul dan dimasa yang tepat

jadi hubungi saya dan jom minum teh tarik dengan saya . 019-2788739.

Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739

Tuesday, January 8, 2013

3 kumpulan pelaburan mengikut kesesuaian anda

Sekarang ni sebut pasal emas dan perak , makin ramai yang sudah tahu. syarikat A jual begini. Syarikat B jual begini. Semua menggunakan produk yang sama iaitu emas dan perak cuma dari segi pemasaran syarikat sahaja yang berbeza.Ramai yang sudah celik emas. tahniah saya ucapkan. Jadi buatlah pilihan dengan bijak. dan jangan lupa pilih fizikal gold sahaja.

Bagi yang masih tidak tahu bagaimana ingin memilih portfolio pelaburan yang sesuai dengan diri anda. saya ingin berikan beberapa kaedah agar anda dapat mengenal pasti arah tuju pelaburan anda.
Didalam pelaburan emas saya bahagikan kepada 3 kumpulan portfolio jadi selidik diri anda sekarang dan anda berada dikumpulan yang mana.

Penyimpan (Savers)

Kumpulan ini menggunakan modal untuk membeli emas dan Menyimpan sahaja emas itu untuk dalam suatu jangkamasa dan menunggu kenaikan nilainya. kebiasaanya cara ini amat mudah namun kekurangannya ia agak mengambil masa untuk menjana keuntungan kerana ia bergantung kepada harga pasaran emas semasa. Walaubagaimana pun ia masih lagi praktikal dan selamat berbanding ASB
& SAHAM iaitu keuntungan tahunan sekitar 20% setahun.

Ia juga bergantung kepada harga susut nilai. jadi jika susut nilainya kecil maka lagi cepat untung.
analogi mudah bagi kumpulan ini adalah jika anda membeli kereta kancil , sudah tentulah kelajuannya tidak sama jika anda membeli kereta ferrari.

Setelah dilakukan kajian setakat ini kalau dibandingkan dengan kesemua emas yang berada diseluruh Malaysia, hanya emas "Public gold 1 dinar"adalah yang paling praktikal kerana sekitar susut nilai 6% dan juga percuma kos penghantaran keseluruh negara.

Pelabur (Investors)

Golongan pelabur pula,mereka agak agresif didalam menjana keuntungan portfolio pelaburan mereka. Mereka menggunakan teknik pajakan , strategi 5B, dan paling mudah menggunakan teknik "buy low sell high" iaitu pemurataan (averaging). teknik-teknik ini kena la belajar dahulu, barulah boleh mengurangkan risiko pelaburan anda. (sesiapa membeli & mendaftar dibawah rangkaian saya, akan saya ajar secara PERCUMA).

Penggunaan teknik-teknik inilah yang bakal menjana lebih keuntungan daripada menjadi penyimpan sahaja.Jika anda menjadi seorang pelabur, yang paling penting adalah pemilihan susut nilai (spread) yang paling kecil.

setelah kajian dilakukan emas fizikal yang berspread paling rendah yang boleh dijadikan pelaburan hanyalah ada pada public gold sahaja iaitu sekitar 4%-8% berbanding emas fizikal keluaran syarikat lain diseluruh Malaysia iaitu diantara 10%-25%. (anda boleh cuma kaji & tanya sendiri kedai emas berhampiran anda).

Peniaga (Trader)

Dan sekarang adalah kumpulan peniaga emas, bahagian yang paling best. mengapa saya berkata begitu. ini kerana mereka tidak perlu risau barang tidak laku dan juga menjadi tidak elok. Kerana emas lagi lama anda simpan lagi tinggi kenaikan harganya.
Jika anda orang ingin membeli anda menjualkannya. dan jika ada orang ingin menjual. anda membeli. jika tiada orang membeli anda simpan emas itu. dan jika masih juga ingin menjual ketika harga emas naik , anda boleh menjual kepada cawangan public gold berhampiran anda. PUBLIC GOLD menjamin Belian Balik emas keluaran mereka.

Dengan 18 Cawangan diseluruh Negara, anda boleh lakukan perniagaan tanpa mengira masa 24jam. yang bestnya saya kongsikan kisah benar ini
" saya mempunyai pelanggan di Kedah dan saya tidak perlu turun kesana, hanya membuat pesanan di cawangan Kedah maka pelanggan itu akan  mengambilnya sendiri disana walaupun saya berada di Kuala Lumpur "

dengan menjadikan Public Gold pilihan anda, anda bakal menikmati

1) Pekerja saya tidak perlu bayar kerana PG dah bayar mereka.
2) Harga mengikut harga semasa.
3) Mendapat diskaun setiap kali belian dan juga jualan balik
4) Mudah ada 18 cawangan seluruh Negara.

disamping itu, dalam masa yang sama anda boleh menjadi investor dan juga saver. jadi nak tahu lebih lanjut boleh hubungi saya segera. kadang-kadang tidak perlu bercakap pun masih boleh menjadi peniaga.

Dengan kupasan ketiga-tiga kumpulan ini anda pilihlah yang mana satu pilihan anda. Namun harus diingat. setiap pilihan menpunyai keputusan yang tersendiri. dan janganlah mengharap jika anda menjadi savers akan mendapat keuntungan menjadi trader.

***Jika mahukan teknik rahsia menjana keuntungan tanpa modal dan memenuhkan ASB dengan pantas boleh berjumpa dan membeli emas dengan saya, akan saya share secara PERCUMA. hanya untuk sesiapa yang menjadi dealer dibawah rangkaian saya sahaja.


Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739

Anda juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...