Saturday, October 6, 2012

Syarikat Emas terkemuka dibekukan aset oleh BNM

Assalamualaikum dan alhamdulillah.

Dapat juga luangkan masa berkualiti sedikit dalam penulisan new entry kat emaskaya ini.sebelum saya mula cerita pada kali ini, saya ingin bertanya, sudah kah anda mula menyimpan emas fizikal ??

Kalau belum sila lah mulakan sekarang kerana akan datang pasti akan lebih mahal lagi. tak percaya kata-kata saya mari kita lihat sapa yang kena heheheehe.

Bulan lepas, saya mendapat pelbagai pertanyaan mengenai pelaburan emas seperti syarikat G dan juga syarikat V (anda cari sendiri ok) yang telah dipantau oleh pihak bank negara. Tidak terkecuali Public gold juga mendapat tempias yang sama. maklum la. contohnya kalau ada 3 kedai runcit berniaga sebelah menyebelah. kalau satu kantoi sorok gula. maka kedai yang lain-lain juga akan di "check" walau pun hanya 1 kedai sahaja yang sorok gula.

Sebab itu saya katakan, kena berhati-hati pelaburan yang berunsur "emas kertas" ini. Memang la buat untung, dah la tu banyak dan cepat,tu yang cepat sangat bangsa kita rambang mata tu. Duit kena beku dalam bank, sehingga siasatan BNM selesai,barulah nak terngadah.

Modus operandi syarikat ini adalah  dengan meminta deposit modal daripada para pelabur, kemudian dalam masa tertentu akan dijanjikan pulangan secara kosisten dan konpem dapat pulangan untung. dalam pelaburan mana ada yang konpem. hanya Allah je yang Maha Mengetahui. kita pun tak tau harga emas akan datang naik ke tidak akan datang. Kalau naik Alhamdulillah. jadi apa yang boleh kita buat. elak la risiko.

Bagi yang dah lama join dan dah balik modal takpe la. tapi bagi yang baru nak mula ??? modal hangus sebab duit tak boleh keluar ish..ish ish..semua ini telah pun saya pesan kepada pelabur emas yang "beginner". Jangan la cari jalan mudah. kelak menyesal tak sudah (wah macam pantun la pulak). Harap lepas ni jadikan ikhtibar.

Pernah dengar tak pepatah biar lambat asal selamat. Jadi mainlah emas fizikal. Emas fizikal kan best, rilex je. harga naik jual. harga turun beli. emas anda nampak. jadi tiada siapa pun yang akan ditipu sebab emas memang 100% milik anda. anda boleh pegang, lihat, gigit dan sebagainyalah.

Justeru supaya anda tidak lagi terkena saya still lagi ulang point penting didalam memilih platform pelaburan emas. Bukan hanya harga yang murah dan dividen yang tinggi yang dijanjikan saja yang kita perlu tengok untuk untung ok.

Dan Saya Memilih Public Gold sehingga sekarang kerana point inilah, dimana ia memberi saya MENJADI PELABUR DAN JUGA PENIAGA EMAS yang berjaya.

Tips memilih syarikat pelaburan emas.

1) Stabil - Kukuh dan senang untuk dijual semula.

2) Pengesahan - Mempunyai Kebenaran serta surat yang perniagaan yang sah drp SSM ke , BNM ke dll lagilah(Tapi kalau ada surat pun tak guna juga kalau company tetiba lesap).

3)  TULEN, FIZIKAL & kita yang pegang - Yang ni PALING PENTING, biar emas yang kita beli kita yang pegang dan hak kita, waima diikitiraf secara bertulis atau tidak yang pasti kita pegang hak kita. mean kalau company gulung tikar ke, atau apa jadi ke. emas still dalam tangan kita.
sebab tu kalau PG gulung tikar sekali pun. saya tetap ada emas fizikal yang tulen yang boleh dijual dimana-mana sahaja (lebur sendiri pun boleh).

Pilihan ditangan anda. sama ada nak pilih emas kertas @ emas fizikal. tapi hukum alam. benda yang senang dapat untung senang juga dapat rugi.

Renung-renungkan. hubungi saya untuk menempah emas fizikal anda dan sambil tu saya share bagaimana pelaburan emas boleh menjana keuntungan sehingga 20% setahun.

019-2788739
solidprofitgroup@gmail.com




Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739

No comments:

Anda juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...