Tuesday, October 23, 2012

Kecoh !! Berita harian - Public gold di "Alert list" oleh BNM

Minggu lepas kecoh sedikit apabila Nama public gold telah pun keluar didada akhbar berita harian yang mengatakan public gold menjalankan perniagaan yang salah disisi undang- undang.

Ramai pelanggan yang bertanya kepada saya dan mengkondem saya. Alhamdulillah... dugaan seorang peniaga, bila harga emas naik semua senyap je. tapi bila ada isu tuding jari kepada mereka yang lain.

Saya cool je. heheh sebab saya tau itu adalah hanya berita yang tidak tahu kesahihnya. semua orang boleh tuliskan. lagi pun emas ada dalam tangan ada buat apa nak risau. Semua orang panik. tapi saya tak tau apa yang mereka panikkan.

Nak kata tak boleh beli & jual. branch still lagi buka. dan nak kata company dah dibekukan . komisyen still lagi masuk pada 20hb hehehe.

Tragedi Bermula

Nama public gold telah pun tersenarai buat 1st time oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada  27 September 2012. Yang peliknya Public gold hanya menawarkan aktiviti jual beli emas macam kedai emas biasa juga pun kena "Alert  List" oleh BNM. Beli emas dapat emas, jual emas dapat duit. takde dividen, saham dan sebagainya.

Saya mendapat tahu bahawa pada keesokan harinya,  Dato' Louis dan juga bersama En. Syukor hasyim (Managing Director Public Dinar) telah berjumpa dengan pihak BNM seterusnya menerangkan kepada BNM serta  membincangkan tentang isu ini bahawa Public gold tidak ada kena mengena dengan Skim cepat kaya.

Pihak BNM bagi tahu, Public Gold tersenarai disebabkan oleh aduan dari pelabur yang mengatakan Public gold menjalankan aktiviti yang melanggar undang-undang seperti skim cepat kaya, jadi BNM terpaksa la  masukkan public gold dalam senarai juga.

Berita harian Bikin Panas

Setelah isu ini semakin reda dan imej public gold baru nak pulih, tiba-tiba pada 17hb oktober yang lalu. 1
artikel telah ditulis didada akhbar muka depan berita harian mengenai senarai syarikat-syarikat yang terlibat didalam menguruskan pelaburan tanpa kelulusan bank negara. Dan termasuk juga public gold. Padahal isu ini telah pun dianggap selesai.

Actually berita harian ni lambat la.. orang dah pun setel dengan pihak BNM baru la nak tulis supaya kasi naik rating, bukan apa memang dah terbukti pun Public gold tidak terlibat didalam jenis pelaburan skim2 ni.ini adalah kerana perjumpaan antara Public gold dengan pihak BNM yang lalu BNM telah pun berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.



Namun begitu mungkin ada beberapa isu kecil yang daripada sudut pandangan BNM menjadi bermasalah seperti skim belian ansuran EPP, pajakan 'PSP' (alternatif Ar-rahnu). untuk itu  Public gold juga telah pun submit dokumen yang diperlukan oleh BNM. Bagi menjernihkan keadaan ini. Bukan nya pasal isu skim . jadi informasi yang diwar-warkan di berita harian itu adalah salah.

BNM memberi maklum balas positif.



Sekarang ini, BNM tengah  review kertas kerja yang telah pun diberikan oleh pihak public gold. Dan pada masa yang terdekat ini, "Alert list" yang baru akan dikeluarkan oleh pihak BNM dan nama Public Gold akan dibuang daripada "Alert list" yang baru itu.mari kita sama-sama tunggu dan lihat kebenarannya.

p/s : Yang penting emas ada dalam tangan.syarikat kena beku pun. emas ada dalam tangan. boleh jual dimana-mana sahaja




Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739

1 comment:

Anonymous said...

Boleh jual tapi rugi kuat kuat ... kalau tu emas benar.

Kalau emas tu palsu ... baru u tau muahahahaha

Anda juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...