Monday, February 20, 2012

Sampai Bila Mahu makan Gaji !!!

Minggu lepas saya ada melihat berita di TV3 Mengenai kedudukan orang terkaya di Malaysia. dan diantara mereka saya tertarik melihat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Beliau antara yang tersenarai diantara orang orang terkaya di Malaysia.

Antara syarikat-syarikat dibawah beliau adalah seperti BERNAS , MMC, Johor Port dan juga DRB Hicom. Saya pernah terbaca sejarah beliau, beliau bermula dahulu dengan keadaan susah juga dan pendidikan beliau hanyalah SPM sahaja namun sekarang beliau adalah taikun peniagaan yang berjaya.


Yang Berbahgia Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary

Petikan dari kata-kata beliau yang saya masih ingat apabila ditanya tentang rahsia kejayaan beliau adalah

"Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat."

Dan beliau juga memberi perspektif tentang hutang. sebab tu ilmu itu Penting.

"Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat." 


Ada juga rakan-rakan saya memperlekehkan saya membuat pelaburan dan perniagaan dengan company cina namun cuba lihat apa yang tan sri katakan

" Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita".

 "Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah".

Semakin ramai yang ingin mengetahui bagaimana menjana keuntungan melalui pelaburan emas dan perak fizikal. Alhamdulillah syukur, kerana anda semua telah mula sedar mengenai perjalanan kewangan anda. Selama ini daripada tidak ambil peduli sedikit demi sedikit telah cuba menambah ilmu pelaburan.

Bagi yang bekerja di sektor swasta mahupun kerajaan saya ingin bertanya kepada anda.Sampai bila anda mahu bekerja makan gaji ? mungkin sekarang anda rasa sudah cukup selesa. tapi apabila anda sudah berumur 40an dan 50an,  anda masih lagi perlu bekerja dan pada ketika itu mungkin perlu bekerja dengan lebih gigih lagi kerana harga barang akan datang pasti akan meningkat dan kos sara hidup semakin tidak masuk akal.

Justeru saya menyeru kepada rakan-rakan diluar sana supaya berfikir sejenak.Adakah anda perlu untuk bekerja lagi pada ketika berumur 50 tahun ? Apa yang perlu anda lakukan ?


Emas dan perak adalah pilihan terbaik untuk abad ini

Mengikut kajian yang telah dibuat, 90% manusia didunia "TERPAKSA" bekerja bagi meneruskan kelangsungan hidup dan hanya 10% sahaja yang bekerja hanya sebab mereka mahu bekerja.

Saya banyak terjumpa orang yang suka cakap
1) Saya tidak minat nak jadi kaya .
2) Saya tidak suka duit banyak. cukup makan dah la.
3) Takpe!! nanti dah pencen kerajaan akan bagi duit pencen.
4) Saya takde duit, hari-hari cukup-cukup makan je.
5) Anak saya ramai. macam mana nak melabur.

Sebenarnya itu semua adalah alasan kepada diri anda supaya anda tidak berusaha, lebih parah sebenarnya anda MENIPU diri anda sendiri. tiada siapa yang rugi melainkan diri anda jua.

Kebanyakan orang berjaya mereka akan menjawab seperti berikut
1) Saya minat nak jadi kaya supaya keluarga saya tidak perlu jadi seperti saya.
2) Saya perlu duit kerana makin lama harga barang makin naik dan saya semakin banyak tanggungan.
3) Tiada siapa akan peduli saya termasuk kerajaan.
4) Saya tiada duit, jadi bagaimana saya perlu ada duit sentiasa.
5) Anak saya ramai, jadi bagaimana saya boleh mampu. saya mesti cari jalan.
Dengan anda mengubah pemikiran anda seperti ini akan merangsang daya anda dan seterusnya mencapai "financial freedom".

Semua benda bermula dari 0. Jika ada cita-cita dan usaha pasti kejayaan akan dicapai.Sama seperti didalam pelaburan. pepatah mengatakan sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jika anda mahu menjana RM10000 akan datang anda perlu menjana RM1 dahulu.

Segeralah mengumpul aset anda dari sekarang.

No comments:

Anda juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...