Kali ini saya saje ingin bercerita tentang mengapa emas dan perak semakin mahal. Dan mengapa saya memilih portfolio pelaburan saya berasaskan emas dan perak.
Kebiasannya sesuatu barang itu menjadi mahal adalah kerana ia mempunyai dua ciri-ciri utama
iaitu
1) Permintaan melebihi penawaran
2) Mempunyai banyak kegunaan
Emas dan perak memiliki kedua-dua ciri-ciri ini. Emas dan Perak mempunyai kuantiti yang sedikit diseluruh dunia manakala pula digunakan dengan meluas didalam bidang elektronik yang semakin pesat membangun dimasa ini.
Dianggarkan emas didalam dunia sekitar 158,000 tan sahaja yang sudah dikeluarkan didalam perut bumi yang mana 66% daripadanya telah dikeluarkan sebelum 1950.Pada tahun 2010 permintaan emas adalah 3,812 tan berbanding penawarannya 2,543 tan sahaja.
![]() |
Kenaikan emas 10 tahun sehingga hari ini adalah mencecah 479 % |
Jadi tidak hairan harga emas sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.Mungkin anda semua beranggapan melabur didalam sektor hartanah adalah lebih menguntungkan dan memberi pulangan yang tinggi berbanding emas dan perak , Namun sektor hartanah juga mempunyai beberapa kelemahan seperti :
1) Lokasi - perlu mencari lokasi yang tepat
2) Pemantauan Secara Kosisten
3) Modal yang tinggi
4) Kecairan rendah - Nak jual kena cari pembeli yang mahu.
5) kos penyelenggaran yang tinggi.
Jadi disebabkan kelemahan-kelemahan inilah menjadikan portfolio pelaburan berasaskan emas dan perak menjadi pilihan saya sebelum saya memulakan pelaburan sektor hartanah dan juga sektor pertanian pada masa akan datang kelak.
Disamping itu juga emas dan perak ini dapat mengatasi inflasi yang semakin ketara dari tahun ke tahun. lihat saja sendiri duit kita semakin susut nilai dan semakin tidak berharga. Adalah tidak berbaloi jika menyimpan wang kertas lagi sekarang ini. pelaburan dapat dalam masa yang sama menyelamatkan kewangan anda.
![]() |
Kenaikan silver dalam masa 10 tahun 659% |
Bak kata guru-guru pelaburan saya. lagi mudah, lagi cepat buat untung. Tidak perlu teknik yang "complicated". Cukup sekadar gunakan matematik sekolah rendah untuk pengiraan boleh menjana keuntungan yang effisyen dan terbaik. dan ia telah terbukti berkesan.
Mana taknya, Hal ini telah dibuktikan sendiri oleh seorang guru saya dimana dahulu dengan berbekalkan gaji RM1400 sebulan,kini beliau telah berjaya mengubah menjadi 5 angka sebulan dan kesemuanya adalah dari hasil dari portfolio pelaburan beliau.
Justeru sering saya tekankan Ilmu adalah segala-galanya, dan ingat Emas dan Perak dikira keuntungan apabila anda MENJUAL dan bukan pada ketika anda MEMBELI. Ramai orang melihat bila harga turun anda rugi tetapi saya telah buktikan harga turun pun saya tetap untung.
Jika ingin mengetahui cara-cara menempah emas anda sila lihat di bahagian kiri blog ini
Jika ingin mendaftar menjadi dealer sila Klik SINI
ataupun boleh hubungi saya di talian 019-2788739 untuk perkongsian ilmu pelaburan emas dan perak secara percuma.
sehingga bertemu lagi
No comments:
Post a Comment