Wednesday, February 29, 2012

Why i Invest & What I invest in.

Assalamualaikum. jumpa lagi kita, kali ini saya nak cerita panjang sikit, ada masa free sikit.
Saya bermula didalam pelaburan emas dan perak ini pada awal tahun 2011.Namun sebelum saya betul- betul serius didalam pelaburan saya mengkaji terlebih dahulu apakah matlamat pelaburan saya dan bagaimanakah ciri-ciri yang selamat dalam portfolio yang bakal saya ceburi.

Didalam sebuah buku Robert T.kyosaki. beliau menceritakan pada tahun 2007 ketika ekonomi dunia mengalami kegawatan, pasaran hartanah merudum. ini kerana rakyat Amerika tidak mampu membayar  pinjaman perumahan mereka dan ini menyebabkan banyak rumah dilelong oleh pihak bank.


Invest in knowledge 1st before invest in gold

Hakikat ini telah menyebabkan lambakan perumahan yang tidak mampu dimilik oleh rakyat. Pakar Ekonomi Amerika pada ketika itu telah menyatakan bahawa cara untuk menyelesaiakan masalah  ini adalah dengan meminta rakyat mentyimpan wang didalam bank, dan melabur didalam portfolio dana yang lebih selamat seperti di Malaysia ASB, KWSP dan sebagainya.

Namun bagi Robert, beliau mengatakan yang beliau akan terus melabur didalam sektor hartanah  walaupun pada ketika itu ekonomi tgh tenat di US.mengapa ??? jawapan beliau mudah

"Ups & Down market Do not Effect Why i Invest & What I invest in - Turun dan naik ekonomi tidak menjejaskan persoalan Kenapa saya invest dan APA yang saya tengah invest"

Saya mengkaji mengapa beliau berkata begitu dan apa kaitannya dengan pelaburan emas dan perak. terus terang saya katakan saya adalah seorang yang cerewet didalam kewangan saya.

Jika dilihat pelaburan emas dan perak ini ada macam-macam kat Malaysia ini, ada passbook, ada saham emas dan tidak lupa juga emas fizikal. tetapi saya memilih pelaburan emas fizikal bersama Public Gold.Walhal Passbook emas dari Maybank still murah berbanding emas keluaran Public gold.


Passbook tiada "control dan leverage"

Dan saham emas juga memberi keuntungan yang lebih tinggi berbanding public gold Seperti yang pernah saya ceritakan saya melabur bukan melihat dari segi harga murah dan  keuntungan yang cepat sahaja, tetapi saya melihat dari pelbagai sudut termasuk keuntungan dan juga cara mengatasi risiko jika berlaku sebarang kebarangkalian didalam portfolio pelaburan saya.

Contoh "leverage". Dengan Emas anda dapat beli lagi emas.

Jika Emas Fizikal saya mempunyai control terhadap aset saya sendiri berbanding passbook ataupun  saham-saham emas. Jika berlaku apa-apa, emas  masih lagi ditangan saya. Dan yang lebih baik lagi saya boleh "leverage" emas fizikal saya jika berlaku penurunan harga emas dan membeli lagi emas pada harga yang lebih murah.Menyimpan emas dan dalam masa yang sama menambah aset saya.

Bukan itu saja. Leverage adalah kuasa yang tidak terhingga jika anda tahu menggunakannya. seperti saya membeli emas RM100k hanya menggunakan 50% sahaja modal.

jika tiada control terhadap aset pelaburan anda umpama anda membeli sebuah kereta tanpa stereng, dan dalam masa yang sama anda menekan minyak.

Jadi pilihan yang terbaik adalah anda segeralah invest didalam emas fizikal supaya anda dapat  control pelaburan anda sendiri. dan Public Gold adalah platform yang terbaik kerana ia  menyediakan tahap kecairan yang tinggi serta spread yang sangat rendah bagi memaksimumkan  keuntungan anda.

Untung Cepat + Control + leverage = Eksklusif hanya ada pada Public gold dan anda bakal terpaksa menjadi kaya
Untuk melihat harga semasa KLIK SINI
Untuk Mendaftar menjadi Dealer KLIK SINI
Untuk Menempah emas anda sekarang sila baca cara-cara disebelah kiri Blog ini.
hubungi saya di talian 019-2788739

Monday, February 27, 2012

The Power of 1 dinar

Assalamualaikum semua. Bertemu lagi kita. diharap rakan-rakan pembaca blog semua berada didalam keadaan sejahtera hendaknya. Dan rezeki kalian semakin baik dari hari demi hari. InsyaAllah.
Sebelum saya bermula saya ingin menceritakan tentang apakah itu dinar emas
Spesifikasi Dinar Emas

Ketulenan 22 karat ataupun 91.6% ketulenan emasnya. sebab itu banyak emas disebut emas 916.
Berat dinar 4.25gram. Dinar yang digunakan sekarang sama dengan zaman Khalifah Umar Al-Khattab dari segi berat dan juga komposisi emas yang terkandung didalamnya.

Dinar juga boleh digunakan sebagai

1) Pembayaran zakat
2) Hantaran Mas kahwin
3) Mata wang
4) Sebagai hadiah
5) Sebagai simpanan dan juga pelaburan tanpa riba.



Banyak telah kita dengar betapa hebatnya komoditi ciptaan Allah ini, namun disini kisah yang biasa dengar mengenai dinar emas ini.

(Pada suatu hari) Rasulullah SAW menemui sekumpulan binatang ternaka yang hendak dijual.Lalu Rasulullah SAW memberi kepadaku satu dinar dan berkata :

"Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing". Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.

Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku.

Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah SAW dengan membawa seekor kambing dan 1 dinar lalu aku berkata :"Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu"

Rasulullah bertanya : "Bagaimana kamu melakukannya ? "

Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan, lalu Baginda berkata :
"Ya Allah, berkatilah perniagaanya"

Jadi pada ketika ini dan saat ini, adakah 1 dinar boleh membeli kambing.
Jawapannya..YA.. memang boleh !!. Sekarang harga seekor kambing disekitar RM650 ~RM700 dan cuba lihat pula harga 1 dinar. hampi sama bukan!!!. 1400 tahun masih utuh nilai dinar

Jika dibandingkan duit kertas kita. jangan kan 1400 tahun, 20 tahun pun sudah  mengalami susut nilai. RM1 tidak lagi bernilai RM1 walaupun warna dan rekaan duit berubah banyak kali.

Jadi apa tunggu lagi, dapatkan dinar anda sekarang juga.

Sunday, February 26, 2012

Gold Prices Expected To Rise Next Week; $1,800/Oz Possible Target

Most participants in the weekly Kitco News Gold Survey are expecting gold prices to rise next week, with $1,800 an ounce a possible upside target.

In the Kitco News Gold Survey, out of 32 participants, 24 responded this week. Of those 24 participants, 19 see prices up, while three see prices down, and two are neutral on prices. Market participants include bullion dealers, investment banks, futures traders, money managers and technical chart analysts.

Many of the survey participants cite the heightened saber-rattling between Iran and the Western nations as their reason to see gold prices rise.

“Increasing tensions with Iran could send both oil and gold much higher and copper lower. Given present trends, $135 per barrel Brent crude is compatible with $120 per barrel WTI (West Texas Intermediate) crude, $2,000+ per ounce gold and $40+ per ounce silver,” said Richard Baker, editor of the Eureka Miner.

Others suggested technical chart reasons, that the recent upward momentum will continue to lift gold.

Those who see weaker or are neutral both said that gold might struggle in its attempt to recapture the $1,800 level which tempers their outlook.

Those who look for prices to pull back do not expect a sharp break, but more of a correction in values. “The gold market has steadily been going up without there being a correction… and the lack of physical flow will probably send gold down; it will be a good opportunity for the market hunters to buy gold before it goes up again,” said Afshin Nabavi, head of trading at trading house MKS Finance.

Finally, many survey participants said if the tough talk between Iran and the West starts to cool, gold will inevitably retrace this current rally.

Thursday, February 23, 2012

Menjadi Peniaga dan Pelabur - Untung 3 Dalam 1

Alhamdulillah, harga emas sekarang telah meningkat naik. Ini menunjukkan emas dan perak ini masih kukuh sebagai medium pelaburan.

Saya ingin bertanya kepada anda semua. Apa beza peniagaan emas dengan peniagaan yang lain ? kenapa tidak berniaga goreng pisang ataupun berniaga carwash, kedai makan dan sebagainya.

Jika anda membeli emas RM20k di Public Gold, dan anda layak untuk menjadi dealer Public gold. Apa yang bestnye jadi dealer ? komisyen diberikan setiap kali anda membeli dan menjual kembali kepada public gold selepas itu.

Anda boleh buat 2 dalam 1. Anda membuat perniagaan emas dan dalam masa yang sama anda menjadi pelabur. mana tak nya dengan emas anda sebanyak Rm20k tadi masih lagi di tangan anda. Jadi kalau ada orang yang mahu membeli emas. anda hanya perlu mengelock harga untuk mereka dan anda mendapat komisen. Emas anda tetap ada lagi.

Emas ditangan anda tadi anda boleh gunakan sebagai portfolio pelaburan anda sendiri dan dalam masa yang sama anda boleh membeli emas dan menjual emas dengan mendapat komisen dari Public gold.itulah yang saya lakukan.

Menjana keuntungan dari 2 cabang. dari modal saya sebanyak RM20k yang masih lagi tidak digunakan dan meningkat dari segi kenaikan nilai emas itu sendiri dan dalam masa yang sama saya boleh menambah lagi keuntungan hasil daripada keuntungan komisen jual beli.




Jadi andai kata anda tidak menjual emas anda kepada pelanggan pun anda masih lagi untung kerana emas didalam tangan anda mengalami kenaikan nilai.Buat manipulasi anda dah untung.

1) Anda simpan emas. Untung dari "capital gain"
2) Anda menjual emas. Anda Untung komisen dan belian balik
3) Emas anda, anda buat manipulasi bagi menambah keuntungan.

Sangat menarik bukan. sebab itu kedai emas tak pernah tutup-tutup dari dahulu lagi. itu pun kedai emas buat no-2 sahaje, tapi kita buat 3 dalam 1.

Untuk melihat harga Semasa sila KLIK SINI
Untuk menjadi Dealer Public Gold sila KLIK SINI

ataupun untuk mengetahui lebih lanjut boleh hubungi 019-2788739

Spread Public Gold

Saya rasa ramai yang dah tahu emas dan perak adalah komoditi berharga abad ini. tapi disebabkan tiada inisiatif sendiri serta takut untuk mencuba telah membuatkan ramai rakan-rakan saya diluar sana masih takut untuk menyimpan emas dan perak.

Bagi yang telah menyimpan emas dan perak pada awal tahun ini PASTI sekarang ini sudah boleh  mengaut keuntungan. Ada rakan-rakan yang saya temui pada awal tahun 2012 mereka membeli  dinar dengan harga RM 715 sekeping. dan pada ketika ini harga PG buy di website Public gold sudah pun mencecah RM 753. sudah pun untung RM38 sekeping.

Sebab itu saya suka tulis, senang nak pantau portfolio pelaburan saya sama ada dah dapat "profit " atau tidak. Rata-rata yang saya lihat ada diantara pelabur emas ini mereka hanya  tahu simpan emas dan jual bila harga tinggi, namun tidak tahu bila mereka akan untung ?

Saya senaraikan disini spread bagi product public gold supaya senang anda semua tahu adakah anda sudah untung atau tidak



Jadi persoalannya adakah anda rugi pada ketika anda membeli sekarang ?

Ingat !!! keuntungan hanya dikira pada ketika anda menjual emas anda bukan pada ketika anda
membeli.

Jika anda membeli pada ketika harga tinggi sekalipun namun jika anda tahu bagaimana teknik manipulasi anda pasti dapat membuat keuntungan walaupun pada ketika harga rendah.

Jika anda ingin tahu bagaimana ?? lakukan sekarang, hubungi saya dan saya pelajari secara PERCUMA.


jika ingin menempah emas fizikal anda dan melihat harga semasa sila KLIK SINI
Jika ingin mengetahui cara-cara menjadi Dealer dan mulakan perniagaan emas anda sendiri KLIK SINI

ataupun hubungi saya 019-2788739 untuk maklumat lanjut. Sms pun boleh.

Monday, February 20, 2012

Sampai Bila Mahu makan Gaji !!!

Minggu lepas saya ada melihat berita di TV3 Mengenai kedudukan orang terkaya di Malaysia. dan diantara mereka saya tertarik melihat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Beliau antara yang tersenarai diantara orang orang terkaya di Malaysia.

Antara syarikat-syarikat dibawah beliau adalah seperti BERNAS , MMC, Johor Port dan juga DRB Hicom. Saya pernah terbaca sejarah beliau, beliau bermula dahulu dengan keadaan susah juga dan pendidikan beliau hanyalah SPM sahaja namun sekarang beliau adalah taikun peniagaan yang berjaya.


Yang Berbahgia Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary

Petikan dari kata-kata beliau yang saya masih ingat apabila ditanya tentang rahsia kejayaan beliau adalah

"Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat."

Dan beliau juga memberi perspektif tentang hutang. sebab tu ilmu itu Penting.

"Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat." 


Ada juga rakan-rakan saya memperlekehkan saya membuat pelaburan dan perniagaan dengan company cina namun cuba lihat apa yang tan sri katakan

" Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita".

 "Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah".

Semakin ramai yang ingin mengetahui bagaimana menjana keuntungan melalui pelaburan emas dan perak fizikal. Alhamdulillah syukur, kerana anda semua telah mula sedar mengenai perjalanan kewangan anda. Selama ini daripada tidak ambil peduli sedikit demi sedikit telah cuba menambah ilmu pelaburan.

Bagi yang bekerja di sektor swasta mahupun kerajaan saya ingin bertanya kepada anda.Sampai bila anda mahu bekerja makan gaji ? mungkin sekarang anda rasa sudah cukup selesa. tapi apabila anda sudah berumur 40an dan 50an,  anda masih lagi perlu bekerja dan pada ketika itu mungkin perlu bekerja dengan lebih gigih lagi kerana harga barang akan datang pasti akan meningkat dan kos sara hidup semakin tidak masuk akal.

Justeru saya menyeru kepada rakan-rakan diluar sana supaya berfikir sejenak.Adakah anda perlu untuk bekerja lagi pada ketika berumur 50 tahun ? Apa yang perlu anda lakukan ?


Emas dan perak adalah pilihan terbaik untuk abad ini

Mengikut kajian yang telah dibuat, 90% manusia didunia "TERPAKSA" bekerja bagi meneruskan kelangsungan hidup dan hanya 10% sahaja yang bekerja hanya sebab mereka mahu bekerja.

Saya banyak terjumpa orang yang suka cakap
1) Saya tidak minat nak jadi kaya .
2) Saya tidak suka duit banyak. cukup makan dah la.
3) Takpe!! nanti dah pencen kerajaan akan bagi duit pencen.
4) Saya takde duit, hari-hari cukup-cukup makan je.
5) Anak saya ramai. macam mana nak melabur.

Sebenarnya itu semua adalah alasan kepada diri anda supaya anda tidak berusaha, lebih parah sebenarnya anda MENIPU diri anda sendiri. tiada siapa yang rugi melainkan diri anda jua.

Kebanyakan orang berjaya mereka akan menjawab seperti berikut
1) Saya minat nak jadi kaya supaya keluarga saya tidak perlu jadi seperti saya.
2) Saya perlu duit kerana makin lama harga barang makin naik dan saya semakin banyak tanggungan.
3) Tiada siapa akan peduli saya termasuk kerajaan.
4) Saya tiada duit, jadi bagaimana saya perlu ada duit sentiasa.
5) Anak saya ramai, jadi bagaimana saya boleh mampu. saya mesti cari jalan.
Dengan anda mengubah pemikiran anda seperti ini akan merangsang daya anda dan seterusnya mencapai "financial freedom".

Semua benda bermula dari 0. Jika ada cita-cita dan usaha pasti kejayaan akan dicapai.Sama seperti didalam pelaburan. pepatah mengatakan sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jika anda mahu menjana RM10000 akan datang anda perlu menjana RM1 dahulu.

Segeralah mengumpul aset anda dari sekarang.

Thursday, February 16, 2012

Gempar !!! Membongkar Rahsia lagi !!! Membeli emas sila kaji spread dan bukan pada harganya yang murah

Saya terpanggil lagi untuk menulis kerana tujuan saya memang untuk mencelikkan lagi pembaca diluar sana bagaimana memilih pelaburan emas dan perak dengan betul.

Untuk tujuan pelaburan, perkara pertama yang perlu kita lihat adalah SPREAD ataupun susut nilai. kemudian barulah kita lihat pada harganya.Kalau harga emas murah pun tetapi harga spreadnya tinggi maka sangat sangat tidak sesuai untuk digunakan sebagai pelaburan. Paling baik adalah spread dibawah peratusan 10% adalah yang terbaik untuk pelaburan.

Ada pihak yang membandingkan emas keluaran Public Gold (PG) dengan emas keluaran yang lain. Mereka mengatakan emas keluaran mereka lebih murah berbanding emas PG. Memang benar. Saya tidak nafikan, akan  tetapi saya tidak pandang pada harga tetapi saya lebih mengutamakan nilai spread itu tadi bagi keuntungan saya.

Mengapa saya berkata begitu. Mari kita membuat perbandingan

Spread bagi goldbar dan dinar public gold adalah sekitar sekitar 4% - 8% tidak lebih dari 10% manakala company A menawarkan emas yang lebih murah dari public gold dengan spread 10%.

Saya ambil 100gram goldbar sebagai perbandingan dan Harga adalah seperti berikut


Pengiraan spread PG bagi 100 gram goldbar adalah sekitar 5% sahaja berbanding emas keluaran company A dengan spread 10%. Sila lihat, Harga company A lebih rendah berbanding emas Public gold.

Andai kata harga emas dunia meningkat dalam masa sebulan adalah seperti berikut 5.86%


Emas keluaran company A kalau jual pun masih lagi tidak untung kerana nak capai balik modal pun perlu menunggu sekurangnya kenaikan emas mencecah sehingga 10%. jadi lambat untuk mencapai keuntungan malahan masih lagi rugi -4.24%

Berbanding jika anda membeli emas keluaran Public Gold.
Spread 100gram goldbar adalah 5 % seiring dengan kenaikan emas dunia. Jadi kenaikan emas dunia 5.86% anda sudah untung +0.86%.

Tambahan pula setiap belian dan jualan balik ke public gold anda diberi komisen. Jika anda seorang Normal Dealer Public gold belian anda mendapat 1% dan jualan balik 0.5% , maka total komisen 1.5%.

keuntungan sebenar anda 1.5% +0.86% = 2.36%
bersamaan RM 18,819.00 x 2.36% = RM 444  dalam sebulan.

Kesimpulan :

Company A walaupun menjual emas dengan hargayang murah namun dalam masa sebulan ia masih lagi dalam rugi kerana ketika ingin MENJUAL harga masih lagi tidak mengatasi harga SPREAD.

Berbanding Public Gold. Walaupun harganya mahal berbanding emas keluaran company A. namun SPREAD yang kecil saya telah membuat keuntungan dalam masa sebulan sahaja dan proses itu boleh diulang  berulang kali lagi jika berlaku penurunan harga dalam masa yang singkat dalam masa sebulan.



Lihat graf ini cukup membuktikan dimana anda boleh untung hampir 20% dalam masa 2 bulan sahaja. Walaupun harga emas jatuh, anda masih untung. Jadi bukan harga yang menentukan anda untung atau rugi tetapi adalah ILMU. Dan ilmu ini saya bagi percuma kepada anda


Untuk menempah emas dan perak anda sila sms nama ke 019-2788739
Untuk melihat harga semasa Public gold sila klik SINI
Untuk menjadi Dealer Public Gold sila klik SINI

"Jangan tunggu sampai esok " Belajar hari ini dan rasainya keuntungannya akan datang.

Wednesday, February 15, 2012

Motivasi

Assalamualaikum semua.

Saje nak ubah angin. kali ni nak bercerita sahaja. Alhamdulillah, saya semakin selesa didalam portfolio pelaburan yang saya lakukan. boleh la menampung kehidupan kami anak beranak.

Pelik tetapi benar, ramai yang saya temui mereka berkata yang mereka juga mahu menjadi mempelajari teknik pelaburaan emas yang betul tetapi tiada USAHA daripada mereka.

Anda Usaha sekarang, mantapkan ilmu pelaburan emas dan perak anda dan LAKUKAN sekarang. dah buat baru boleh kutip HASIL. bukan dengan duduk diam hasil itu datang. Itu SKIM cepat kaya boleh la. Saya tidak suruh anda menjadi JURUJUAL EMAS pun. Cukup sekadar anda tahu bagaimana mahu menjana keuntungan dengan emas anda. itu pun saya akan ajar secara PERCUMA.

Bila anda buat, secara automatik akan ada orang mahu membeli dari anda sebab melihat keuntungan yang anda buat. Anda juallah, sebab itu sebagai Dealer public gold anda dapat menjalankan 2 dalam 1 dalam satu-satu masa. Anda membuat pelaburan emas dan perak sambil membuat keuntungan dan dalam masa yang sama anda menjual emas ketika orang mahu membeli. dapat lagi untung komisen.

BELI Ketika ada orang mahu MENJUAL
JUAL Ketika ada orang mahu MEMBELI

Dalam masa yang sama buat plan pelaburan dengan emas anda sendiri. mudah bukan.

Bagi yang makan gaji. tak kan anda nak kerja seumur hidup. sebab itu mulai dari sekarang kita perlu menggumpul ASET dengan lebih banyak supaya akan datang kita senang. Ramai orang lebih suka berniaga bagi mendapatkan "side income". tetapi sebenarnya ia tidak mampu untuk menyelesaikan masalah sebenar kewangan anda.

Sedangkan doktor mahupun Jurutera tetap mempunyai masalah yang sama walaupun gaji mereka banyak. iaitu kurangkan "Financial IQ" dan bagaimana mahu menjana lebih banyak ASET. sebab itu saya pernah terbaca dalam akhbar orang yang banyak duit pun belum tentu dapat mencapai "FINANCIAL FREEDOM".


TAKUT MENCUBA dan Sentiasa fikir NEGATIF itulah penyakit yang selalu yang kita dengar. hakikat tiada siapa yang dapat mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri. dan KEUNTUNGAN tidak akan terhasil selagi anda tidak bertindak.

Bermulah dengan 1 dinar. walaupun kecik namun kuasanya sangat-sangat berguna dan berharga. dan bagaimana dinar ini dapat menjana pendapatan boleh la temui saya. saya share dengan anda.

Jika anda mahu melihat harga semasa sila KLIK SINI
Jika anda mahu mendaftar sebagai dealer klik SINI

Jika mahu maklumat lanjut dan ilmu pelaburan dengan lebih berkesan sila hubungi saya 019-2 7887 39

Tuesday, February 14, 2012

Mengapa Emas dan Perak semakin Mahal

Assalamualakum para pengikut blog saya, terima kasih kerana menjadikan blog saya sebagai medium ilmu anda, dan saya doakan anda semua kaya dan semakin kaya.
Kali ini saya saje ingin bercerita tentang mengapa emas dan perak semakin mahal. Dan mengapa saya memilih portfolio pelaburan saya berasaskan emas dan perak.
Kebiasannya sesuatu barang itu menjadi mahal adalah kerana ia mempunyai dua ciri-ciri utama
iaitu

1) Permintaan melebihi penawaran
2) Mempunyai banyak kegunaan

Emas dan perak memiliki kedua-dua ciri-ciri ini. Emas dan Perak mempunyai kuantiti yang sedikit diseluruh dunia manakala pula digunakan dengan meluas didalam bidang elektronik yang semakin pesat membangun dimasa ini.

Dianggarkan emas didalam dunia sekitar 158,000 tan sahaja yang sudah dikeluarkan didalam perut bumi yang mana 66% daripadanya telah dikeluarkan sebelum 1950.Pada tahun 2010 permintaan emas adalah 3,812 tan berbanding penawarannya 2,543 tan sahaja.



Kenaikan emas 10 tahun sehingga hari ini adalah mencecah 479 %

Jadi tidak hairan harga emas sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.Mungkin anda semua beranggapan melabur didalam sektor hartanah adalah lebih menguntungkan dan memberi pulangan  yang tinggi berbanding emas dan perak , Namun sektor hartanah juga mempunyai beberapa kelemahan seperti :

1) Lokasi - perlu mencari lokasi yang tepat
2) Pemantauan Secara Kosisten
3) Modal yang tinggi
4) Kecairan rendah - Nak jual kena cari pembeli yang mahu.
5) kos penyelenggaran yang tinggi.

Jadi disebabkan kelemahan-kelemahan inilah menjadikan portfolio pelaburan berasaskan emas dan perak menjadi pilihan saya sebelum saya memulakan pelaburan sektor hartanah dan juga sektor pertanian pada masa akan datang kelak.

Disamping itu juga emas dan perak ini dapat mengatasi inflasi yang semakin ketara dari tahun ke tahun. lihat saja sendiri duit kita semakin susut nilai dan semakin tidak berharga. Adalah tidak berbaloi jika menyimpan wang kertas lagi sekarang ini. pelaburan dapat dalam masa yang sama menyelamatkan kewangan anda.


Kenaikan silver dalam masa 10 tahun 659%

Justeru Portfolio pelaburan saya juga lebih tertumpu kepada teknik-teknik yang lebih simple dan teratur melalui strategi yang mudah faham supaya keuntungan dapat dijana pada ketika harga naik dan juga harga turun.

Bak kata guru-guru pelaburan saya. lagi mudah, lagi cepat buat untung. Tidak perlu teknik yang "complicated". Cukup sekadar gunakan matematik sekolah rendah untuk pengiraan boleh menjana keuntungan yang effisyen dan terbaik. dan ia telah terbukti berkesan.

Mana taknya, Hal ini telah dibuktikan sendiri oleh seorang guru saya dimana dahulu dengan berbekalkan gaji RM1400 sebulan,kini beliau telah berjaya mengubah menjadi 5 angka sebulan dan kesemuanya adalah dari  hasil dari portfolio pelaburan beliau.
 
Justeru sering saya tekankan Ilmu adalah segala-galanya, dan ingat Emas dan Perak dikira keuntungan apabila anda MENJUAL dan bukan pada ketika anda MEMBELI. Ramai orang melihat bila harga turun anda rugi tetapi saya telah buktikan harga turun pun saya tetap untung.

Jika ingin mengetahui cara-cara menempah emas anda sila lihat di bahagian kiri blog ini
Jika ingin mendaftar menjadi dealer sila Klik SINI

ataupun boleh hubungi saya di talian 019-2788739 untuk perkongsian ilmu pelaburan emas dan perak secara percuma.

sehingga bertemu lagi

Monday, February 13, 2012

5 Sebab Mengapa Perlu Memilih Emas Public Gold dan Apa Kelebihannya?

Di pagi isnin yang mulia ini, saya nak bagi sikit motivasi kepada dealer-dealer rangkaian saya serta sesiapa sahaja yang membaca blog saya.Diharap agar anda semua berada didalam keadaan yang sihat dan sejahtera. Saya juga mendoakan agar anda semua dimurahkan rezeki selalu hendaknnya.

Sekarang ini ramai yang sudah nampak potensi logam mulia iaitu emas dan perak ini didalam pelaburan.  Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda sekalian supaya membuka minda anda seluas-luasnya betapa pentingnya menyimpan emas dan perak dengan public gold.

Artikel ini saya ambil daripada sifu saya di blog beliau, sharing our knowledge. jadi Mari kita kaji sama-sama. Terima kasih saya ucapkan kepada sifu saya. Banyak yang saya belajar dari beliau.

5 Sebab Mengapa Perlu Memilih Emas Public Gold dan Apa Kelebihannya? 


1- Public Gold Adalah Pelopor Kepada Pelaburan Emas Fizikal di Malaysia, "A Pioneer, Always Be A Pioneer".


Jika anda membeli Emas untuk tujuan pelaburan, anda perlu memilih platform pelaburan Emas (Syarikat Penjual Emas) yang mempunyai kewangan yang kukuh, pengurusan yang mantap, berkredibiliti serta mempunyai imej yang baik dalam pasaran.

Mengapa ianya amat penting? Kerana seorang Pelabur Emas membeli Emas dengan tujuan untuk meraih keuntungan dari kenaikannya, justeru untuk mendapat keuntungan itu mereka perlu menjualkan Emas itu semula, dan paling mudah ialah menjualkan kepada penjual asal.

  • Jika penjual tidak mempunyai kewangan yang kukuh, mereka tidak mampu untuk membeli semula Emas tersebut.
  • Jika pengurusannya tidak mantap ia akan mudah gulung tikar.
  • Jika imejnya tidak bagus maka demand keatas produk keluarannya amat sedikit, dan sekiranya ia dijual kepada pihak lain, maka mereka akan menawarkan harga yang amat rendah.


2- Public Gold Mempunyai Variasi Produk Yang Banyak.




Sebagai pelabur yang bijak, pemilihan variasi Emas yang hendak dibeli haruslah bersesuaian dengan strategi dan matlamat pelaburan yang telah dirancang, dan bukannya memilih sesuatu variasi itu disebabkan oleh nasihat dan rancangan pelaburan oleh orang lain.


3- Public Gold Menawarkan Harga Yang Telus, dan Merujuk Kepada Pasaran Antarabangsa Kitco.



Sebagai pelabur, amat penting untuk anda tahu apakah harga rujukan yang digunapakai oleh si penjual dalam proses penetapan harga.

Tujuannya agar anda tidak dimanipulasi dari segi harga oleh si penjual sesuka hati.

Kebelakangan ini, sering berlaku dimana bila berlaku kenaikan harga Emas, mereka segera menaikkan harga jualan.

Manakala bila berlaku penurunan harga pula, mereka tidak pula menurunkan harga jualannya.

Bahkan lebih teruk lagi apabila ada yang tidak mahu menjualkan Emas mereka ketika berlaku penurunan harga disebabkan mereka membeli stok tersebut pada harga yang lebih tinggi berbanding harga semasa.

Di Public Gold, tanpa perlu melihat harga jualan mereka pun, cukup dengan memantau harga semasa di Kitco, saya dah tau samaada harga Emas Public Gold naik atau turun.

Sebagai contoh, harga Emas di Kitco bermula 1 Januari hingga sekarang, telah meningkat kira-kira 10%, bermakna Emas yang saya beli juga telah meningkat sebanyak itu dan saya dah untung banyak dalam masa kira-kira sebulan!




















4. Spread Emas Public Gold Rendah.

Lebih rendah kadar spread, bermakna lebih cepat boleh dapat untung dan sudah tentu untungnya lebih banyak.

Emas Bar 999 10g - Spread 8%
Emas Bar 999 20g - Spread 6%
Emas Bar 999 50g - Spread 5.5%
Emas Bar 999 100g - Spread 5%
Emas Bar 999 250g - Spread 4.5%

Emas 1 Dinar - Spread 6%
Emas 5 Dinar - Spread 5.5%
Emas 10 DInar - Spread 5%

Sebagai Dealer, kadar spread mereka akan lebih rendah lagi, bergantung kepada level Dealer tersebut.

Contoh:

Normal Dealer - Setiap kali beli Emas dapat komisyen 1%, dan bila jual semula kepada Public Gold dapat komisyen 0.5%. Total komisyen untuk setiap kali transaksi Belian dan Jualan adalah 1.5%.


Priority Dealer - Setiap kali beli Emas dapat komisyen 1.5%, dan bila jual semula kepada Public Gold dapat komisyen 0.5%. Total komisyen untuk setiap kali transaksi Belian dan Jualan adalah 2%.

Master Dealer - Setiap kali beli Emas dapat komisyen 2%, dan bila jual semula kepada Public Gold dapat komisyen 0.5%. Total komisyen untuk setiap kali transaksi Belian dan Jualan adalah 2.5%.



Katakan anda seorang Normal Dealer dan membeli Emas 1 Dinar yang kadar spread nya adalah 6%, selepas ditolak dengan kadar komisyen 1.5% setiap kali transaksi, 6% - 1.5% = 4.5%, kadar spread nya tinggal 4.5% sahaja!


5. Public Gold Mempunyai Rangkaian Yang Luas.

Public Gold memiliki cawangan di setiap bandar-bandar besar di seluruh negara. Ini memudahkan untuk anda menjual semula Emas anda tidak kira di mana saja anda berada.

Bukan setakat itu sahaja, Dealer Public Gold juga kini mempunyai Dealer yang telah mencecah sehingga 17,000 orang di seluruh negara yang mana kebanyakannya sedia untuk membeli balik Emas anda dimana-mana sahaja di seluruh negara!



Jika anda ingin membeli atau mendaftar sebagai Dealer, sila hubungi klik SINI

Promosi Bulan Februari

Maaf, Saya lambat membuat pemberitahuan tentang promosi ini.
Didalam bulan febuari ini ada 2 promosi yang telah dibuat oleh Public gold. Jadi jangan lepaskan peluang ini. Rebut peluang ini secepat mungkin bagi memaksimumkan pelaburan anda. Emas keluaran lain tiada promosi seperti ini.


Promosi X-Plan - "Trade in" Mana-mana Emas keluaran pihak lain untuk ditukarkan dengan emas Public Gold dengan harga yang tinggi. Yang Bestnye, boleh direct jadi dealer kalau trade-in RM20k.

Contoh :  katakan anda anda ingin mendaftar sebagai Dealer Public Gold, tetapi anda tidak mempunyai tunai untuk membuat belian minima sebanyak RM20,000, tetapi dalam masa yang sama anda memiliki sejumlah Emas bernilai RM15,000, anda boleh membuat Trade-In Emas tersebut dan ditukar kepada Emas Public Gold.




Promosi I-Series - Pembelian i-series dengan berat 100g. dapat voucher RM100. Best betul.


Saturday, February 11, 2012

Pelaburan bermatlamat II

Assalamualaikum para pembaca blog saya. Sudah hampir seminggu tidak menulis. Maklumla saya selama seminggu bercuti di Cameron Highland. Lepak di hotel  dan kesejukan cuaca disana membuatkan saya terasa tidak mahu balik. Hasil daripada keuntungan pelaburan emas saya manfaatkan masa dengan isteri dan anak anak.

Baiklah, cukup mukadimah tadi. Kali ini saya ingin memperincikan tentang pelaburan bermatlamat. Bagi yang telah pergi ke seminar percuma public gold pasti tahu tujuan konsep pelaburan bermatlamat ini, namun tidak lah diterangkan secara terperinci.

Justeru saya dengan ini mengikut permintaan ramai akan mengupas tentang pelaburan bermatlamat ini, diharap agar kita dapat manfaat . masih ramai yang keliru bagaimana dengan emas dapat menjana keuntungan  terutamanya dengan emas public gold ini.

Didalam pelaburan bermatlamat ada 3 perkara yang perlu anda jelas
1)      1) Tujuan atau Matlamat
2)      2) Tempoh pelaburan
3)      3) Jumlah @ keuntungan yang ingin dicapai.

Dimana  secara ringkasnya saya  membuat contoh supaya anda mudah faham

Katakan En. Ahmad ingin membuat persediaan bagi anaknya untuk masuk ke university lagi 7 tahun . Dan beliau memerlukan  RM 20,000 bagi 5 tahun pengajian (perbelanjaan RM4000 setahun). Jadi Bagaimana beliau lakukan ?

Jadi

1)      Tujuan atau Matlamat – Anak Ingin masuk University
2)      Tempoh pelaburan – 7 tahun
3)      Jumlah @ keuntungan yang ingin dicapai – RM20,000

      Cara pertama :

RM20,000 / 7 tahun / 12 bulan = RM238.10 sebulan.
Beliau menyimpan RM 238.10 setiap bulan selama 7 tahun bagi mendapatkan RM20,000.
Namun beliau rasa cara ini tidak efisyen, jadi beliau memikirkan cara lain.


Cara Kedua :

 Beliau membeli emas sekaligus dengan modal RM 6700. Dengan purata prestasi kenaikan emas adalah 20% setahun. Maka pada 7 tahun akan datang emas yang beliau simpan akan menjadi RM20,000. Mari kita buktikan :

Tahun 1  RM 6700 x 1.2 = RM8040
Tahun 2 RM 8040 x 1.2 = RM9645
Tahun 3 RM 9645 x 1.2 = RM11,574
Tahun 4 RM 11,574 x 1.2 = RM13,889
Tahun 5 RM13,889 x 1.2 = RM16,667
Tahun 6 RM16,667 x 1.2 =  RM 20,000
Tahun 7 RM20,000

*** 1.2 adalah peningkatan 20%  keatas nilai sebelumnya.

Maka dalam masa 7 tahun En. Ahmad dapat menyimpan  RM20,000 dengan modal RM 6700 sahaja. Dan jika beliau tiada modal (RM6700) dan membuat loan maka beliau hanya membayar RM 70 sebulan sahaja selama 5 tahun.

Jadi Cara kedua memang sangat-sangat berbaloi. Dan beliau lebih rela membelanjakan RM 70 berbanding RM 238 setiap bulan.

Kesimpulan setelah melihat cara diatas,

Apakah keputusan anda ? Hubungi saya dengan segera untuk menempah emas dan perak anda sekarang,  dan pelajari lagi teknik hebat yang boleh dipraktikan.

Jika anda mahu jadi pengedar juga amat-amat dialu-alukan. Saya akan membimbing anda bagaimana menjana keuntungan dengan emas dan perak. 019-2788739

Friday, February 3, 2012

Ada Duit bukan tiket Untuk Menjadi Kaya

Assalamualaikum, Bertemu kita lagi.
Semalam semasa mengemas buku-buku pelaburan saya, saya ternampak dengan sebuah buku yang saya baca beberapa bulan yang lalu, buku ini ditulis oleh Robert T.Kyosaki (RTK).

Soalan pertama dari RTK kepada Para pembaca adalah " Adakah Duit boleh membuat anda kaya ". Jawapannya adalah TIDAK. yang membuatkan anda menjadi kaya bukan duit itu, tetapi "Financial knowledge " yang akan membuat anda menjadi kaya. Bagaimana anda mengolah duit anda supaya menjana kewangan yang kukuh.

Sama seperti ada seorang pemain golf, Setiap tahun beliau membelanjakan ribuan ringgit untuk membeli kayu golf, namun permainannya tetap sama, tetapi jika dia membelanjakan sedikit duit untuk mempelajari teknik permainan golf, maka jika dia menggunakan kayu golftahun lepas. pasti setiap tahun kejayaan bakal berlaku.

Banyak yang kita dapat lihat, ada ramai manusia yang pada hari ini seorang yang kaya-raya, namun dalam masa 3 tahun akan datang telah menjadi bangkrap dan sebagainya. Sebab itu saya cakap. Duit bukan punca masalah. Bagaimana mahu menjana duit itu yang lebih penting.


Imu adalah tangga kejayaan didalam apa jua bidang pelaburan

Sama juga didalam didalam pelaburan emas dan perak.

Saya pernah melalui situasi yang sama. Bermula dari tiada modal, saya pelajari bagaimana mencari modal dalam pelaburan dan mempelajari teknik pelaburan emas dan perak yang selamat dan betul. Saya control pelaburan saya seluruhnya, Berhabis ribuan ringgit untuk ilmu dan melalui beberapa kerugian dan kegagalan juga dalam perjalanan sebelum saya menjumpai keuntungan.

Sekarang !!!  Jika harga akan datang Naik atau Turun saya tetap untung. Itulah ilmu yang penting. Yang penting anda mahu mencuba untuk berubah.Sebab itu saya tak heran. sebab saya ada ilmu kalau dulu hari-hari tengok harga emas.sekarang rilek, kalau harga jatuh pun saya tetap untung.

Silalah tambah ilmu pelaburan anda, nescaya jika ada melabur didalam "ilmu" pasti anda akan dapat mengelak kerugian ribuan ringgit pada masa hadapan kelak.

Contoh macam anda dari Kuala lumpur nak pergi Kedah la. Anda ada kereta, tapi jika anda tidak tahu jalan maka, pasti anda tidak sampai ke destinasi, dan "jalan" itulah perumpamaan bagi ilmu. ilmu dari saya akan saya ajar percuma, cuma kalau nak beli emas dan perak bolehlah hubungi saya ok ;) - 0192788739

Wednesday, February 1, 2012

Analisis Teknikal: Harga terkini Emas dan Perak

Assalamualaikum semua.

Sekarang ini harga emas melonjak-lonjak naik. Saper yang telah mempelajari teknik 5B pasti tidak akan kecewa melihat harga emas ini. Dan rata-rata mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan.

Dah lama tak membuat analisis teknikal bagi pergerakan harga emas dan perak ini. Jadi saya bagi tips seperti dibawah.

Gold Analisis


Harga emas pada malam ini berlegar-legar pada paras $1730/oz. namun harga ini telah pun melepasi paras resistance yang terdahulu iaitu $1610.30. Jadi kebarangkalian untuk melonjak naik adalah tinggi.
Dan paras yang mungkin boleh dicapai adalah pada $1821/oz.

Jadi walaupun harga emas tengah tinggi sekarang ini, Namun ia masih lagi berada diparas yang masih lagi boleh untuk memulakan pelaburan emas ini sebelum ia cuba untuk melepasi paras $1821/oz.


Silver Analisis


Sekarang ini harga silver cuba melepasi paras resistance iaitu $33.98/oz. Apabila paras ini dilepasi, maka destinasi harga silver adalah $43.96/oz.

Sejarah telah membuktikan bahawa silver peranah mencecah sehingga $49.98. Jadi tidak salah jika sekarang pun ada mula menyimpan perak ini kerana perjalanannya masih jauh. dan adalah sejarah bakal berulang.
Mari kita sama-sama tunggu dan lihat.

Beli dlu baru boleh tengok graf. bukan Tengok graf hari-hari namun still tak beli-beli

Anda juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...