Thursday, May 19, 2011

Tips Penting : Sandarkan Emas Anda

Entry pada kali ini saya ingin mengajak anda supaya lebih berfikir lagi tentang kelebihan membeli emas fizikal ini. Ilmu ini saya belajar dari guru saya dan saya kongsikan kepada anda.

Pada entry yang lepas , saya telah mengupas tentang wang kertas yang tiada nilai, justeru sebagai pelabur yang bijak anda perlu menyandarkan emas anda sebelum membeli barang yang akan susut nilai.

Contoh :

Rakan saya mempunyai wang tunai sebanyak RM 100k di dalam dana pelaburan ASB .
Dalam masa yang sama juga dia ingin membeli sebuah kereta yang berharga RM 70k untuk kegunaan keluarganya. Jadi bagaimana dan apakah langkah yang patut beliau lakukan ?

1. Membuat pinjaman Bank sebanyak 70k untuk membeli kereta itu dan membayar installment bulanan sebanyak RM 770 sebulan selama 9 tahun dan downpayment sebanyak RM 8000. Dan divident dari ASB purata 8% setahun untuk membayar installment kereta itu.

(RM100,000 - RM 8000) x 8% = RM 7360 setahun
Installment kereta setahun = RM 770 x 12 = RM 9240
Jadi beliau kena 'topup' hujung tahun sebanyak RM 1880 lagi setiap tahun untuk membayar installment kereta.

total yang perlu dibayar selama 9 tahun = RM 1880 x 9 = RM 16920
itu tidak termasuk kos-kos sampingan termasuk maintenance dan sebagainya.


2. Tetapi jika beliau seorang pelabur yang bijak, saya cadangkan beliau membeli emas dengan duit tunai beliau RM100,000 kemudian pajak kan di Ar-rahnu dan mendapat 70% nilai pajakan beliau sebanyak RM 70,000. kemudian dengan duit RM 70,000 tadi beliau membeli kereta itu.

Dengan Kenaikan purata emas sebanyak 25 % (fakta) maka pada tahun ketiga kenaikan harga emas beliau telah menjadi 75 % iaitu RM 175,000. Pada ketika itu Beliau boleh menjual emas tersebut.

Upah Sewa di Ar-rahnu selama 3 tahun = 100,000 / 100 x 0.75sen x 36 bulan = RM 27000

nilai semasa - pinjaman - upah simpan = untung dalam tangan
RM175,000 - RM70000 - RM27000 = RM 78000

Setelah 3 tahun, beliau telah mendapat semula RM 78000

jadi modal asal RM 100,000 - untung dalam tanganRM 78000 = RM 22000

Jadi beliau telah membeli kereta itu yang berharga RM 70,000 dengan hanya membayar RM 22,000 sahaja .


tanpa perlu 'topup' lagi duit anda setiap tahun. dan upah simpan pun beliau boleh bayar setiap bulan sebanyak RM 750 lebih kurang dari installment kereta secara bulanan. Jadi anda boleh kira sendiri berapa perlu dibayar ? Menguntungkan bukan ?

Anda nampak betapa mudahnya jika kita tahu untuk memanipulasikan kewangan melalui pelaburan emas. jangan bazirkan setiap sen wang anda. sentiasa sandarkan kepada emas

Konsep pelaburan emas ini sangat subjektif dan mudah, yang penting anda tahu cara pengurusannya. Anda tak perlu bayar untuk ilmu yang tidak bernilai ini, cukuplah sekadar anda memahami konsep ini dan bertindak sekarang untuk mengelakkan kerugian demi kerugian beli emas dari saya.

Membeli emas = Menginsurankan & Meningkatkan Nilai wang anda.

itu purata kenaikan emas sebanyak 25 %, jika 30 % atau harga minyak dunia naik. jadi fikir-fikir kan dan selamat beramal

4 comments:

Bun said...

Salam tuan, kalau misal kata xde duet cam kat atas 2.. camner nak buat?? Bole bg idea?? yg cnth kat atas 2 xpe la sbb die ade RM100k sendiri, tp klu somebody nak beli kete tp nak sandarkan kat emas dulu pas2 beli kete, tp beliau xde duet bnyk 2, camner nak buat?? tq..

Emas Kaya said...

Gunakan teknik OPM, yang paling senang, Bank. Buat loan

Skrol Saya said...

"Pada ketika itu Beliau boleh menjual emas tersebut"

-maksud beliau boleh menjual emas tu jual pada siapa? Atau maksud Tuan bagi bank lelong?

Emas Kaya said...

Jual emas tu mean jual kepada orang yang nak beli surat pajak kita, klau bank lelong biasa akan ada kos, tak tau la plak brapa kosnya.

Anda juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...