Wednesday, May 4, 2011

Gold vs Money

Ramai yang bertanya pada saya, :
"apa kelebihan emas dan apa perbezaan dengan wang ringgit biasa, simpan duit pun boleh kaya apa".

Pada zaman dahulu duit kertas dicetak untuk mewakili berapa komoditi emas yang ada . sebagai contoh , jika wang kertas USD100 maka mereka perlu ada rizab emas yang bernilai sedemikian juga. dalam erti kata lain. kena ada gold dlu la baru boleh cetak duit kertas.

contoh : wang kertas USD100 dulu yang dicetak disandarkan pada emas (ada tulis gold) maknanya mesti ada rizab emas bernilai USD1oo baru leh cetak duit kertas ni dengan nilai 100.








contoh : wang kertas USD100 sekarang yang dicetak tidak disandarkan pada emas. (tiada nilai. hanya kertas semata-mata). xde rizab emas pun boleh cetak, lama2 banyak kertas kat pasaran. cuma no siri jer berbeza.






Dipendek akan cerita, sekarang ni. duit kertas telah dicetak tidak mewakili komoditi emas itu sendiri. akibat nya telah menyebabkan lambakan duit kertas di pasaran. dalam erti kata lain, duit terlebih dicetak berbanding komoditi emas yang ada. so inilah yang menyebabkan inflasi. makna nyer wang kertas yang kita guna setiap hari akan ada susut nilai setiap tahun.

contoh pasal wang kertas:

RM1 pada tahun 1980 tidak akan sama dengan RM1 pada tahun 2011. kenapa ?
sepatutnya sama ? kenapa tak sama lak ?

jawapan, kenapa tak sama, yelah pada zaman 1980 dengan nilai RM1 kite bleh beli macam2 jajan la, cikedis la, ais pong, nasi lemak, aiskrim, kuih 5 jenis, besar punyer kuih, . tp RM1 pada tahun 2011, hnya boleh beli kuih 3 jenis je. nampak tak... duit kertas yang sama, tapi tak dapat membeli benda yang sama kerana ada susut nilai.

contoh emas :

Perhatikan ini pula.

"sahabat Urwah diberi wang satu dinar oleh Rasulullah SAW untuk membeli seekor kambing. kemudian ia membeli dua ekor kambing dengan harga 1 dinar. Ketika ia menuntun kedua ekor kambing itu, tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dan menawarkan kambing tersebut.Maka ia menjual seekor kambing dengan harga satu dinar.Kemudian ia menghadap Rasulullah SAW dengan membawa satu dinar dan seekor kambing. Beliau lalu meminta penjelasan dan ia ceritakan kejadiannya maka beliau pun berdoa :Ya ALLAH berkatilah Urwah dalam perniagaannya:" --> Imam Ahmad Dalam musnadnya (IV/376), Bukhari (Fathul Bari VI/632),Abu Dawud (3348), Tirmidzi (1258) dan Ibnu Majah (2402)

Pada zaman Rasulullah S.W.T dahulu. harga seekor kambing bernilai linkungan 1/2 dinar dan 1 dinar sahaja.

info dinar

1 dinar = 4.25 gram , jenis emas 22 karat (916)

cuba perhatikan nilai semasa emas 916 segram pada tahun 2011 ?

SEKARANG harga emas 916 1 gram = RM165

1 Dinar = 4.25 gram X RM165 = RM701.25

harga kambing sekitar rm700 seekor pada tahun 2011, adakah tidak sama nilai dengan harga 1 dinar pada zaman Rasulullah ? sama bukan. setelah 1400 tahun, emas tetap kukuh sebagai komoditi kalis inflasi sehingga sekarang. tetapi wang kertas yang hanya beberapa tahun saja dah hilang nilainya.

jadi pikir-pikir kan. adakah menyimpan emas ini merugikan berbanding menyimpan wang kertas ?
JikA BERMINAT UNTUK MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD DENGAN SAYA,
TEL 019-2788739

No comments:

Anda juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...