Wednesday, May 16, 2012

Gempar !!! Peluang Apabila Harga Emas Turun

Harga Emas Semakin turun, jadi apa yang anda perlu lakukan. Mari saya beri beberapa tips.

Jika anda mempunyai modal sekarang, masa inilah yang masa terbaik untuk mengaut keuntungan maksimum.  Namun kepada yang tiada modal. maka ada 3 cara sahaja.

1) Jika anda mempunyai Emas. masa inilah untuk gunakan teknik Pajakan, bagi membeli lebih banyak aset. boleh pergi ke Agro bank ataupun nak lagi mudah gunakan kemudahan Public Safe.

2) Jika anda mempunyai emas perhiasan,  goldcoin, wafer, bar yang tidak boleh dipajak dan yang tidak digunakan dan ingin jadikan emas pelaburan kecik spread, maka anda boleh tukarkan kepada Public Gold. sekarang ada X-plan daripada Public Gold "Trade in emas lama kepada emas public Gold" dan promosi ini sehingga 30 jun 2012 sahaja.

3) Jika tiada emas . Boleh lah gunakan masa ini untuk membeli perak sahaja.

Jadi apa rasionalnya ada buat semua ini.

Baik graf emas sehingga ketika hari ini adalah seperti berikut dan harga telah pun mencecah $1556/0z.



harga emas 2 tahun lepas sehingga hari ini (16 May 2012)

dan mari lihat harga Public Gold pada hari entry ini ditulis


Harga PG 16 May 2012

Jika anda mempunyai modal yang banyak, saya syorkan beli emas yang berspread rendah iaitu, 4% -5%.dan pilihan terbaik adalah 100g sehingga 500g emas jongkong. ataupun 10 dinar dan juga 5 dinar. kerana lebih kecik spread. maka lebih cepat untung.

ini kerana cuba perhatikan graf dibawah pula.


harga emas 1 tahun lepas sehingga hari ini (16 May 2012)

Sekarang harga emas berada digarisan "Support".  Kebarangkalian harga untuk melantun semula membuar peadalah tinggi. walaubagaimana jika pada ketika ini harga emas still lagi turun, maka hentian yang seterusnya digarisan "Strong support".

Dan kedua-dua garisan ini jika ada membuat pembelian emas. maka keuntungan anda pasti akan anda miliki. jadi apa yang saya boleh syorkan, bahagikan modal anda kepada 30% & 70%.

Pada ketika "harga semasa" ,Beli pada ketika ini sebanyak 30% sahaja daripada modal, dan jika berlaku penurunan sehingga mencecah "Strong support" maka anda buat pembelian lagi dengan modal 70% yang telah anda sediakan sebelum ini.

Dan jika pada ketika "harga semasa". anda membeli sebanyak 30% daripada modal. namun harga emas tidak turun sehingga mencecah "strong support ". maka anda gunakan 70% tadi untuk membeli pada " harga semasa" .


Lihat Jan 2012 sehingga Hujung Feb 2012. Harga telah membuat pendakian dalam masa 1 bulan sahaja. Jadi dengan "spread" yang kecil ditambah pula dengan komisen sebagai dealer semasa membeli emas dan menjualnya kembali kepada PG menambahkan lagi keuntungan anda. Jika anda membuat pembelian sekarang dan kenaikan emas sebanyak 7% sahaja, anda sudah pun membuat untung yang besar.

Kesimpulan - beli sedikit dahulu pada ketika ini, dan lihat signal apa yang akan berlaku, kalau harga naik at least anda sudah membeli 30% semasa harga rendah. Kalau harga jatuh lagi, maka gunakan selebihnya modal anda untuk menambah aset emas anda..


Walau bagaimanapun ini adalah cadangan saya sahaja , jika anda sudah pergi k teknik 5B. pasti lain pula cara pembeliannya, yang penting anda mencapai keuntungan. Jadi ikut la mana-mana cara pun asalkan anda untung.

Untuk menempah emas anda. hubungi 019-2788739
Jika nak datang seminar 100% PERCUMA. boleh sms saya juga ok.

Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739 CEO solid profit enterprise

No comments:

Anda juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...