Friday, May 25, 2012

Jangan takut menjadi Peniaga emas

Alhamdulillah, dapat juga saya menulis. menambahkan info di blog ini. harap para pembaca yang dihormati dapat kita mengambil manfaat bersama-sama.

Topik hari ini saya ingin mengutarakan permasalah yang sering berlaku jika saya menjual emas kepada pelanggan. Apabila mereka bertanya bagaimana menjana keuntungan dengan emas ini. saya memberi jawapan dalam 2 cara.

  1. Keuntungan melalui pelaburan
  2. Keuntungan melalui perniagaan.


Jujur didalam perniagaan sangat perlu dititik beratkan

Keuntungan melalui pelaburan memerlukan ilmu dan strategi. Jadi lagi banyak ilmu yang anda tahu maka lagi banyak juga strategi pelaburan yang anda boleh lakukan.Contohnya seperti Strategi 5B.

Namun pada entry ini saya ingin mengupas lebih banyak mengenai keuntungan melalui perniagaan.Bila sebut je berniaga. dalam kotak pemikiran mereka terbayang, bagaimana nak menjual.ada ke pembeli dan tak reti nak bercakap dengan orang lain.

Bagi saya itu semua tidak menjadi masalah. Kerana perkara pertama saya lakukan didalam pelaburan emas ini adalah saya mesti lakukan dahulu barulah saya boleh bercerita dengan orang lain.

Saya masih ingat pada tahun lepas masa mula-mula saya membeli emas. seingat saya saya membeli 6 keping 1 dinar.Pada masa tu tidak terlintas langsung nak jadi peniaga emas, cuma sekadar mahu menyimpan emas sebagai pelaburan sahaja. Namun apabila melihat ramai yang telah berjaya didalam emas ini saya pun menyimpan nekad untuk menjadi macam mereka. Orang yang menjual kepada saya tu pun tak perlu cakap banyak, hanya sekadar berkongsi kejayaan dan menjadi KAYA je sudah memadai untuk membuat hati saya ingin mengetahui lebih lanjut didalam bidang emas ini.

Emas ini ada aura, dan anda tidak perlu menjual pun. Bila kita lakukan sesuatu dan ia bermanfaat kepada kita, dan kita share kepada rakan-rakan, teman dan sahabat yang lain secara automatik mereka juga inginkan manfaat itu juga. dan itulah emas.

Macam saya, saya akan lakukan dahulu pelaburan emas. kemudian saya kaji bagaimana nak buat untung, dan mengelakkan risiko. apabila sudah untung. saya share dengan orang lain dan mereka berminat dan buat sama macam saya buat dan mereka pun untung. Jadi saya dan mereka bermanfaat bersama-sama. cuma yang berbeza adalah risiko yang menghalang mereka sudah pun mereka ketahui setelah saya lalui dahulu.

Tak dinafikan Public gold akan memberi komsiyen setiap kali dealer rangkaian saya membuat pembelian yang dipanggil "Overriding". Justeru saya membalas ganjaran itu dengan perkongsian ilmu yang saya ada dengan mereka.0.5% komisyen yang saya dapat daripada Public gold menjadi isu besar, berbanding anda yang untung 20% setahun saya rasa nilai 0.5% itu tidaklah begitu besar.

Sebab itu saya hairan. ada juga yang tidak mahu membeli emas daripada saya dek kerana tidak mahu memberi komisen secara PERCUMA kepada saya. walhal komisyen itu pun bukan anda bayar tetapi syarikat yang bayar. bayangkan jika ada membeli emas 1 dinar pada harga Rm700. saya hanya mendapat komisen maksimum 2% iaitu dalam RM14 sahaja dan itu pun menjadi isu besar kepada mereka yang tidak faham.

Saya juga percaya, Didalam 10 punca rezeki, 9 pintu rezeki datangnya daripada berniaga. Jadi saya tidak mahu bekerja makan gaji seumur hidup saya. dan dengan itulah saya telah menubuhkan solid profit enterprise bagi merealisasikan impian saya.

Ada juga yang ingin melihat saya Jatuh.. biasalah. saya dah faham sangat dunia perniagaan, tapi saya pegang kata-kata ini.

Jika ada peluang untuk menjadi kaya, kenapa tidak kita ambil peluang itu, daripada tiada buat apa-apa lebih baik lakukan sesuatu, mana tahu ada rezeki. at least dah ubah possibility untuk menjadi kaya, tak salah mencuba bukan..yang gagal saya dan yang berjaya pun saya, orang lain hanya nak lihat kita gagal

Justeru jangan takut menjadi peniaga. tak kiralah berniaga apa pun. tapi saya lebih syok jadi peniaga emas sebab kalau tak laku pun saya masih boleh menyimpan emas saya untuk dijadikan aset pelaburan.

Sentiasa jujur didalam semua perkara terutamanya Jujur pada diri anda.dan Kaya itu bukan suatu benda yang jahat. Selagi kita berpegang pada Al-Quran dan Hadis nescaya kita akan berjaya dunia dan akhirat.

Sempena harga emas tengah murah ini rebutlah peluang ini sebaik mungkin


Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739 CEO solid profit enterprise

Sunday, May 20, 2012

90% Menjangkakan Emas akan naik Minggu Depan

Menurut survey yang dibuat oleh KITCO, 90% mengatakan  harga emas bakal melonjak naik pada minggu hadapan. Ini boleh dikatakan berdasarkan penurunan harga yang sangat ketara pada minggu lepas. maka pada minggu ini dijangkakan harga bakal melonjak naik pada minggu ini.


' Gold made everybody right by the end of the week… bulls, bears, and fence-sitters alike can claim victory. Wednesday’s high-volume capitulation selling successfully … was followed by an impressive rally on Thursday that saw the largest one-day increase in  open interest (16,000 contracts) in quite a long time. Most of the big changes in open interest the past 2-3 months have been declining so a rise of this magnitude indicates money returning to gold. Examples of technical indicators such as this tend to endure the trend so I look for gold to trend a little higher in the week ahead, settling into a $1,600-$1,625-ish range,” said Ken Morrison, editor and founder of online newsletter Morrison on the Markets. ' - Kitco. com




jadi apa tindakan anda ???

Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739 CEO solid profit enterprise

Wednesday, May 16, 2012

Gempar !!! Peluang Apabila Harga Emas Turun

Harga Emas Semakin turun, jadi apa yang anda perlu lakukan. Mari saya beri beberapa tips.

Jika anda mempunyai modal sekarang, masa inilah yang masa terbaik untuk mengaut keuntungan maksimum.  Namun kepada yang tiada modal. maka ada 3 cara sahaja.

1) Jika anda mempunyai Emas. masa inilah untuk gunakan teknik Pajakan, bagi membeli lebih banyak aset. boleh pergi ke Agro bank ataupun nak lagi mudah gunakan kemudahan Public Safe.

2) Jika anda mempunyai emas perhiasan,  goldcoin, wafer, bar yang tidak boleh dipajak dan yang tidak digunakan dan ingin jadikan emas pelaburan kecik spread, maka anda boleh tukarkan kepada Public Gold. sekarang ada X-plan daripada Public Gold "Trade in emas lama kepada emas public Gold" dan promosi ini sehingga 30 jun 2012 sahaja.

3) Jika tiada emas . Boleh lah gunakan masa ini untuk membeli perak sahaja.

Jadi apa rasionalnya ada buat semua ini.

Baik graf emas sehingga ketika hari ini adalah seperti berikut dan harga telah pun mencecah $1556/0z.



harga emas 2 tahun lepas sehingga hari ini (16 May 2012)

dan mari lihat harga Public Gold pada hari entry ini ditulis


Harga PG 16 May 2012

Jika anda mempunyai modal yang banyak, saya syorkan beli emas yang berspread rendah iaitu, 4% -5%.dan pilihan terbaik adalah 100g sehingga 500g emas jongkong. ataupun 10 dinar dan juga 5 dinar. kerana lebih kecik spread. maka lebih cepat untung.

ini kerana cuba perhatikan graf dibawah pula.


harga emas 1 tahun lepas sehingga hari ini (16 May 2012)

Sekarang harga emas berada digarisan "Support".  Kebarangkalian harga untuk melantun semula membuar peadalah tinggi. walaubagaimana jika pada ketika ini harga emas still lagi turun, maka hentian yang seterusnya digarisan "Strong support".

Dan kedua-dua garisan ini jika ada membuat pembelian emas. maka keuntungan anda pasti akan anda miliki. jadi apa yang saya boleh syorkan, bahagikan modal anda kepada 30% & 70%.

Pada ketika "harga semasa" ,Beli pada ketika ini sebanyak 30% sahaja daripada modal, dan jika berlaku penurunan sehingga mencecah "Strong support" maka anda buat pembelian lagi dengan modal 70% yang telah anda sediakan sebelum ini.

Dan jika pada ketika "harga semasa". anda membeli sebanyak 30% daripada modal. namun harga emas tidak turun sehingga mencecah "strong support ". maka anda gunakan 70% tadi untuk membeli pada " harga semasa" .


Lihat Jan 2012 sehingga Hujung Feb 2012. Harga telah membuat pendakian dalam masa 1 bulan sahaja. Jadi dengan "spread" yang kecil ditambah pula dengan komisen sebagai dealer semasa membeli emas dan menjualnya kembali kepada PG menambahkan lagi keuntungan anda. Jika anda membuat pembelian sekarang dan kenaikan emas sebanyak 7% sahaja, anda sudah pun membuat untung yang besar.

Kesimpulan - beli sedikit dahulu pada ketika ini, dan lihat signal apa yang akan berlaku, kalau harga naik at least anda sudah membeli 30% semasa harga rendah. Kalau harga jatuh lagi, maka gunakan selebihnya modal anda untuk menambah aset emas anda..


Walau bagaimanapun ini adalah cadangan saya sahaja , jika anda sudah pergi k teknik 5B. pasti lain pula cara pembeliannya, yang penting anda mencapai keuntungan. Jadi ikut la mana-mana cara pun asalkan anda untung.

Untuk menempah emas anda. hubungi 019-2788739
Jika nak datang seminar 100% PERCUMA. boleh sms saya juga ok.

Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739 CEO solid profit enterprise

Thursday, May 10, 2012

Memikirkan Kegagalan atau Mengalami Kegagalan ?? Mana lebih Baik

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang masih lagi tidak putus memberi rezeki kepada saya, dan dengan rezeki ini saya akan zahirkan dengan ilmu yang saya ingin kongsikan secara PERCUMA kepada para pembaca sekalian, Jadi jangan lupa. tambahkan ilmu anda didalam pelaburan ya..nak tau lebih lanjut.boleh datang seminar yang diadakan setiap bulan.
Semalam semasa berjumpa dengan seorang pelanggan saya, saya sempat menjemput Rakan merangkap sifu saya datang bagi memeriahkan perjumpaan kami.Walaupun beliau didalam "mode" sibuk namun dapat juga beliau meluangkan sedikit masa untuk kami. ternyata kami dapat berkongsi maklumat serta pendapat yang bermanfaat bersama-sama.

Jadi untuk itu, saya ingin mengutarakan beberapa topik perbincangan kami semalam dan diharap juga, para pembaca blog emaskaya dapat manfaat bersama-sama.

Sila lihat tajuk entry pada kali ini, apakah perbezaan antara memikirkan kegagalan dengan mengalami kegagalan ?

Saya bagi contoh mudah.

Seorang tua menyuruh dua orang budak yang bernama Ahmad dan Ali pergi ke kedai membeli sayur. Ali seorang yang negatif, belum pun pergi dia telah pun berfikir beberapa persoalan didalam perjalannya ke kedai

  1. Bagaimana jika hari Hujan.
  2. Bagaimana jika tak cukup duit yang ingin dibawa untuk membeli sayur.
  3. Bagaimana jika bertembung dengan anjing liar

Dan akibatnya Ali membuat keputusan untuk TIDAK pergi ke kedai bagi mengelakkan perkara buruk berlaku terhadap dirinya.Lain pula cerita pada Ahmad, selepas dia tahu apa tujuannya, dia terus pergi menuju ke kedai.walaupun dia tahu segala perkara yang Ali cakap itu akan berlaku, namun dia tidak mengaku kalah.

Semasa didalam perjalanan, hujan turun dengan lebat. jadi Ahmad berhenti berteduh di bus stop dan menunggu sehingga hujan berhenti. Setelah Hujan reda barulah Ahmad meneruskan perjalanan.

Tiba-tiba anjing liar mengejar Ahmad, dan Ahmad pun berlari cuba mengelirukan anjing tadi, dan dia cuba melepasi anjing liar tadi namun tidak berjaya. pelbagai cara dia mencuba namun dia tidak berjaya. Dengan tidak semena-mena dia mendapat idea menghalau anjing tadi dengan menggunakan kayu, ternyata berhasil.  Ahmad meneruskan perjalanannya lagi.

Sampai sahaja dikedai. beliau mula memilih sayur yang ingin dibeli, namun malangnya duit yang dia bawa tidak mencukupi. Jadi Ahmad mendapat akal mencari di kedai yang  lain yang menjual sayur yang sama.Dan ternyata usahanya berhasil. dia menjumpai kedai yang murah serta sayur yang dijual juga sangat segar berbanding dikedai yang sebelumnya.

Dan dia kembali ke rumah dengan Sayur ditangan dan berjumpa kembali orang tua itu dan orang tua tadi menghadiahkan Ahmad dengan Upah yang lumayan, Semenjak itu setiap kali orang tua itu  ingin membeli sayur. Ahmad lah yang akan disuruh dan Ahmadlah yang akan mendapat upah.

Bgi Ahmad pula. dia sudah tahu bagaimana mahu berteduh jika hujan berlaku, dan jika anjing liar engejar apa yang perlu dilakukan. Dan lagi best dia sudah tahu kedai mana perlu ditujui bagi  mendapatkan keperluan. bahkan kesemua orang tua dikampung itu telah menyuruh dia pergi ke kedai. dan upah  dia semakin bertambah dan menjadikan dia antara kanak-kanak yang paling KAYA pada ketika itu

Tamat.




Kesimpulan moral of story,
Ahmad adalah seorang yang berani mengalami Kegagalan. namun dia bangkit walaupun pelbagai rintangan dilalui, dan mengajar dia menjadi lebih baik, semakin banyak rintangan semakin banyak yang dia pelajari. dan akhirnya perkara itu menjadi semakin mudah.dan upahnya semakin bertambah.
Begitu juga di dalam pelaburan serta perniagaan emas. pada permulaan bukannya mudah, saya juga dahulu mula menyimpan emas hanya dengan dinar. namun sikit-sikit, tambah "networking", tambah ilmu. tambahkan modal.


Berbanding Ali yang hanya asyik memikirkan kegagalan. tapi tak bergerak-gerak juga. dan akhirnya.
tiada apa yang berlaku. begitu juga dalam pelaburan emas. jika anda terlalu memikirkan perkara negatif sahaja dan tidak juga menyimpan emas maka sampai bila-bila pun anda tidak akan kemana-mana.

Jadi Mengalami Kegagalan adalah lebih bermakna daripada Memikirkan kegagalan

Waima anda tengok harga emas hari-hari pun dan kaji bertahun-tahun lamanya namun jika anda masih lagi tidak menyimpan emas, keuntungan yang anda mahukan PASTI tidak akan anda temui. Jadi mulai hari ini. sedialah mengalami kegagalan dan bukan asyik memikirkan kegagalan. kerana semakin kuat gagal, makin kuat la anda didalam kehidupan dan semakin TINGGI peluang untuk berjaya.

Allah telah jadikan kita sama sahaja. sebab itu kebanyakan orang KAYA berasal dari susah. yang penting bagaimana kita mahu menjadi KAYA dan apakah langkah-langkah perlu kita ambil bagi mencapai matlamat kita itu. Usaha , usaha dan terus berusaha.

Berjumpa lagi pada akan datang.
 
ingin menjadi dealer rangkaian solid profit KLIK sini . Nak tempah emas anda boleh hubungi saya


Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739 CEO solid profit enterprise

Monday, May 7, 2012

Seminar 100% PERCUMA May 2012

Seperti biasa, awal bulan saya akan menge"post" jadual seminar PERCUMA bagaimana strategi kaya dan berjaya dengan emas dan perak fizikal.


Seminar ini akan diadakan diseluruh negara Jadi sila lihat seminar berhampiran anda dan tempah seat anda sekarang kerana tempat adalah terhad.

SMS nama , lokasi , email , No tel & Berapa orang
HANTAR ke 019-2788739

contoh :
< Amran , PG ampang , amran87@yahoo.vom , 019-98764234 , 2 org >


Didalam pelaburan emas dan perak ini. Hampir 80% individu membeli emas dan mengalami kerugian adalah kerana tidak memahami konsep PELABURAN dan juga SIMPANAN.  Pelajari konsep ini di Seminar PERCUMA kami diseluruh negara. layari  http://www.emaskaya.com/ untuk maklulmat lanjut


 1- Siapa yang perlu hadir ke seminar 100% FREE ini?

  • Individu yang baru nak berjinak-jinak dalam pelaburan Emas dan Perak.
  • Individu yang ingin menambahkan ilmu / maklumat mengenai pelaburan ini.
  • Individu yang telah membeli, tapi masih tak tahu cara paling mudah dan efisyen untuk meraih keuntungan dari pelaburan ini.
  • Ejen / Dealer Public Gold. 

2- Apa manfaatnya hadir ke seminar ini?
Objektif utama seminar ini adalah untuk memberi pendidikan, pendedahan, garispanduan serta informasi penting mengenai pelaburan Emas dan Perak fizikal di Malaysia. Disebabkan pelaburan Emas dan Perak fizikal ini masih amat barudi Malaysia, maka tiada sebarang garis panduan yang boleh dijadikan rujukan kepadapelabur-pelabur yang baru nak bermula.

Ilmu dan maklumat adalah senjata utama bagi seorang pelabur. Lebih banyak ilmudan maklumat pelaburan yang diketahuinya, maka lebih BANYAK keuntungannya,lebih CEPAT pulangannya, serta lebih rendah risiko kerugiannya.


3- Antara topik-topik menarik yang akan  dikongsikan di seminar ini :

  • Faktor yang mendorong saya membuat pelaburan Emas dan Perak.
  • Informasi penting yang perlu diketahui berkenaan pelaburan Emas dan Perak diMalaysia.
  • Elemen-elemen penting yang wajib diperhatikan sebelum bermula.
  • Faktor lain yang membantu pelabur Emas dan Perak untuk meraih keuntungan dengan lebih cepat
  • Strategi-strategi pelaburan Emas dan Perak yang paling mudah, paling menguntungkan dan paling rendah risikonya.

Jadi Sebarang kekeliruan didalam pelaburan emas dan perak. boleh la datang sendiri seminar ini, kerana PASTI selepas anda datang seminar ini persepsi anda terhadap komoditi ini pasti akan merubah dan anda akan nampak potensi pelaburan dan emas ini.

Jangan lupa jika berminat membeli emas selepas SEMINAR dan juga berminat menjadi dealer boleh hubungi saya. emaskaya. sebagai medium emas anda. Saya sedia membantu anda bersama para speker seminar yang lain.


Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739 CEO solid profit enterprise

Thursday, May 3, 2012

Gempar!!! Strategi Terkini Nak Untung

Alhamdulillah. jumpa lagi kita, Kali ini saya nak bagi ilmu mengapa kita perlu menyimpan emas dan perak daripada sekarang. banyak yang saya nampak ramai orang beli emas tapi tak tahu KENAPA dan MENGAPA mereka perlu menyimpan emas. lagi parah, tak tahu bila nak dapat untung dengan emas.

Ada ayat yang saya dengar. "simpan emas tapi bulan-bulan kena makan megi juga ".

sebab apa ? sebab punyalah sayang dengan emas. Mula-mula beli nak jadikan sebagai aset pelaburan. tapi bila harge emas meningkat. keluar la pulak ayat ni

"Aiseh, harga dah naik ni, sayang la pulak nak jual. takpe tunggu lagi la. kot-kot naik lagi untung".

tunggu punya tunggu. tak jual-jual lagi ni, tiba-tiba zappp... harga emas drop. dah tak sempat nak amik untung. dan anda pun berkata

"Kalau la jual aritu kan dah untung" istila kalau tulah yang buat ada jadi merana

Jadi bagaimana nak mengelak kan perkara ini berlaku ??

Sebab tu saya cakap. senang je. jumpa saya. saya akan terangkan A sampai Z bagaimana nak jana untung semudah ABC tanpa perlu makan megi tiap hari, janji beli emas dan perak dari saya, InsyaAllah berhasil.

Strategi Untung

Saya bagi tips yang paling mudah bagaimana. teknik ni PALING senang dan tak merumitkan. ingat 2 kata kunci dibawah.

BELI pada bulan JANUARI
JUAL pada bulan DISEMBER


sebab apa saya kata camtu, jom lihat graf.


Harga emas daripada 2007 - 2012


Seperti anda dapat lihat. setiap awal tahun harga emas adalah yang terendah berbanding pada akhir tahun, jangan lihat harga yang bergerak setiap saat, hari , bulan or minggu, cukup sekadar beli bulan jan dan jual pada bulan disember anda PASTI untung.

Pengiraan

Saya bagi contoh mudah.

katakan anda mempunyai Modal RM20,000 dan kenaikan purata emas 10%.

Jadi Jan 2009 anda beli emas bernilai RM 20k. hujung tahun Disember 2009 anda jual kesemua emasanda dan anda untung RM2000 (10% kenaikan emas), untung anda ambil la buat tambah emas lagi ke untuk simpanan . kemudian

Jan 2010 anda beli lagi RM20k. Hujung tahun anda jual dapat lagi untung RM2000, tambah lagi emas or nak buat joli.

Jan 2011 anda beli lagi emas RM20k..dan anda ulang seterusnya, lihat!!! Modal anda tidak berkurang bukan, namun tiap-tiap tahun dapat balik modal. dan dapat lagi income untuk nak simpan emas ke atau nak tambah.

Jual bukan bermakna Habis terus, tapi nak ambil profit. Masalahnya ramai yang takut nak menjual dan sayang, sebab tu beli emas 20gram 2009, sampai sekarang tak tahu nak ambil profit bila.

Jadi apa lagi bagi yang dah untung tu. jual la emas anda sekarang, dan Lock emas baru dengan segera sementara harga tengah berada diparas RENDAH.

Hubungi saya ya untuk tempah emas anda dan saya akan reveal secara eksklusif teknik mudah jana keuntungan dengan emas PASTI BERJAYA. ;)

Jika mahu datang seminar PERCUMA bergerak kami diseluruh Malaysia. boleh hubungi saya.


Pelaburan - Simpanan - Perniagaan.
 solidprofitgroup@gmail.com
019-2788739 CEO solid profit enterprise

Anda juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...