Kenapa la setiap kali saya bercerita pasal emas pelaburan kat orang-orang diluar sana, "mindset" diorang mesti pandangan negatif. bahayalah. risikolah. susah nak pajaklah dan pelbagai lagi alasan daripada mulut diaorang.
Saya senyum je kat diorang, ada gak cakap saya menipu dan mengeji saya. saya senyum je, yelah sebab Rasulullah s.a.w dulu pun masa nak sebarkan islam kena baling batu . Saya belum lagi kena baling batu hehehhee. Jadi sikit je dugaan yang saya terima kalau nak dibandingkan dengan Rasulullah S.a.w.
Yang bestnye saya sudah pun menyimpan emas, kalau mereka masih tidak menyimpan emas dan masih lagi berpikiran negatif, saya tetap membuat untung hasil dari plan serta strategi pelaburan saya. pendek kata " Yang penting aku dah ada emas, ada aku kisah korang nak kata apa heheheheh..". Niat saya menolong bagi orang yang inginkan ilmu.
Berbalik pada tajuk entry kali ini. saya nak bukak mindset masyarakat kita mengenai pajakan @ didalamperbankan islam dipanggil Ar-rahnu. Saya yakin masih ramai lagi masyarakat diluar sana perlukan pencerahan mengenai pajakan ini. Bagi saya Pajakan ini adalah suatu teknik yang boleh digunakan bagi menjana keuntungan ataupun modal apabila didalam keadaan terdesak.
Namun ia adalah teknik. kalau ada takpe. tak ada pun tak apa. tapi pajakan ini kalau takde ilmu
tetap berisiko.
TEKNIK MEREMPIT PAJAKAN
Pernah dengar Teknik Rempit ?? Ada yang beli emas lepas tu pajak. kemudian dapt cash hasil dari pajakan tadi, beli lagi emas. pastu pajak lagi. begitulah diulang- ulang, beli-pajak , beli-pajak. last skali "jammed" . Pinjaman Ar-rahnu tak terbayar, pastu plak upah simpan kena bayar. Akhir sekali emas kat dalam pajakan tadi kena lelong sebab tak bayar.Ish..ish..sedih.
merempit pun kena la berhemah dan berilmu. contoh mudah tak kan kita dah tau ada polis lagi mau bawak laju-laju. Itu cari nahas namanya.
Ada segelintir peniaga emas dan perak di Malaysia ini menggunakan Ar-rahnu sebagai medium utama pelaburan mereka. Jadi tugas saya hanya menyedarkan rakan-rakan saya mengenai pajakan adalah salah satu teknik manipulasi dan bukan digunakan sebagai bahan niaga.
Apa-apa pun keputusan setiap portfolio pelaburan masih lagi terletak kepada individu itu sendiri. sebab tu saya selalu cakap. tepuk dada tanya ilmu anda.jangan nak tengok untung je. kelak diri merana (macam Pantun la Pulak).
Tidak dinafikan Saya juga menggunakan teknik Ar-rahnu ini didalam portfolio pelaburan saya bagi menjana keuntungan yang maksimum. Tapi saya tahu KENAPA saya gunakan Ar-rahnu dan UNTUK APA saya pajakan emas saya. serta BILA saya perlu pajak.
PAJAKAN JUGA ADA RISIKO
Berlainan pula bagi yang baru mula-mula ingin menceburkan diri didalam pelaburan emas. Saya syorkan anda minta dahulu khidmat nasihat daripada mentor pelaburan anda. tak salah bertanya bukan ??. daripada anda rugi ribu-raban pada masa akan datang, baik anda luangkan masa untuk sedikit ilmu yang dapat mengelakkan anda daripada mengalami kerugian.
Bagi peniaga emas rangkaian Solid Profit Enterprise. saya telah pun memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang sewajarnya mengenai topik ini dan rata-rata mereka sudah tahu bagaimana menjana keuntunga dengan teknik pajakan ini. Malahan ada yang lebih kreatif daripada saya. Tahniah saya ucapkan kepada mereka.
![]() |
Harga Untuk pajakan di Bank Rakyat |
Kalau dulu nak pajak emas je mesti fikir "Kedai Pajak" tapi sebenarnya sekarang ini sudah banyak institusi pajakan ini di Malaysia ini. Contohnya institusi perbankan dan juga badan koporat seperti Bank Rakyat, Agro Bank ,dan juga Yapeim.
![]() |
Yapeim juga ada menyediakan kemudahan Ar-rahnu |
Ini bukan sahaja dapat mengelakkan penipuan didalam urusniaga pajakan (kerana institusi ini diiktiraf) malahan upah simpan yang dikenakan juga sangat-sangat la kompetatif. Banyak lagi tempat untuk memajak sebenarnya, cuma kena la pandai-pandai pilih ok.
![]() |
Ar rahnu Agro bank |
Kesimpulan Pajakan adalah satu teknik manipulasi dan pastikan anda berbaloi lakukannya.Nak tahu lebih lanjut teknik manipulasi emas menggunakan teknik pajakan ni. temui saya.
InsyaAllah saya akan terangkan cara yang selamat serta effisyen secara PERCUMA. Beli emas dan perak dari saya ok ; )
Jika anda mahu menjana keuntungan 3 dalam 1 dengan menjadi dealer sila KLIK SINI
Jika anda mahu melihat harga terkini emas dan perak Public Gold KLIK SINI
No comments:
Post a Comment