Selamat Melangkah ke tahun baru 2012. Ini adalah entry pertama pada tahun ini, diharap kepada para pengikut blog saya dapat mengambil ikhtibar dan pengajaran dari ilmu yang saya ingin sampaikan pada tahun lepas.
Dan pada tahun ini juga. saya ingin mengembangkan sayap pelaburan emas dan perak saya dengan lebih jauh lagi. Bersyukur kepada Allah, saya telah pun mendaftar peniagaan saya dengan nama "Solid Profit Enterprise".
Pelbagai suka duka dan juga pahit maung didalam pelaburan emas dan perak telah saya lalui pada tahun lepas dan membuatkan saya semakin matang didalam dunia pelaburan.
Seperti kata buku, "Pengalaman adalah sekolah yang terbaik ". Memang benar, jika saya tidak lalui bagaimana saya nak rasainya. Sebab itu saya galakan sesiapa yang mahu memulakan pelaburan emas beli baru tunggu, bukan tunggu baru nak beli, kemudian harga naik, tunggu lagi, lama-lama harga semakin tinggi dan anda hendak membeli ketika itu sudah terlambat.
Dan azam saya pada tahun ini agar dapat melonjakkan lagi jenama perniagaan ke arah yang lebih positif dan jika anda juga ingin bersama-sama saya didalam pelaburan emas dan perak fizikal harap mari kita sama-sama berganding mahu dan juga berkongsi ilmu dan mencapai keuntungan bersama-sama. Sambil kita bekerja makan gaji dalam masa yang sama kita menjana kekayaan melalui pelaburan emas dan fizikal. Amin..
Nasihat saya perbanyakkan membaca serta tambahkan ilmu anda.
Mulakan pelaburan emas dan perak anda sekarang sebelum terlambat.
No comments:
Post a Comment