Tuesday, December 13, 2011

Public Gold - Platform terbaik untuk Pelaburan Emas dan Perak Fizikal

Saya terpanggil untuk mengupas tajuk pada hari ini kerana sekarang ini telah timbul isu panas mengenai Public Gold dan mempertikaikan tentang pelaburan emas dan peraknya .

Diharap kepada sesiapa yang ingin memulakan pelaburan emas dapat mengambil ini sebagai garis panduan sebelum anda memulakan pelaburan emas.

Entry ini sebagai pendapat. Bagi saya terpulang jika anda beli emas dan perak fizikal dari syarikat lain pun saya tidak menghalang. Anda nak simpan emas berkilo-kilo dari company A ke B ke ataupun C terpulang kepada. janji anda untung dan bahagia.

Dalam dunia pelaburan tiada orang yang dapat mengatakan apa yang anda buat itu salah atau tidak.itu hak anda yang penting anda tahu apa yang anda lakukan kerana kelak jika terjadi apa-apa anda yang akan menanggungnya. Saya sekadar menasihat kerana nasihat menasihati adalah salah satu langkah pembelajaran  pada saya untuk menambahkan ilmu saya sendiri.

Sebab itu saya galakkan jika anda mahu memulakan sesuatu pelaburan, sila kaji dahulu dari segi modal pusingan, pulangan serta matlamat pelaburan yang anda ingin ceburi. Jika ini tidak "clear" maka pelaburan anda didalam keadaan bahaya.

Saya sudah pun mengkaji itu semua dan saya tahu pilihan saya untuk memilih pelaburan emas bersama public gold adalah yang terbaik buat saya setakat ini kerana saya tahu apa yang saya rangkakan dalam jangkamasa pendek dan panjang akan mencapai kejayaan jika saya masih lagi mengikut plan saya.

Tidak kisah la ada rakan lain mengatakan company A memberi pulangan yang lebih menguntungkan dan ada juga mengatakan Company B memberi banyak kemudahan kepada pembelinya. saya tidak pandang itu semua. Apa yang pasti saya tahu apa yang saya lakukan kepada emas dan perak fizikal saya.

Berulang kali saya tegaskan, "investment is a plan not a product". jika anda mendapat sesuatu produk yang bagus pun namun jika anda tidak tahu untuk merangka strategi pelaburan anda maka saya rasa pelaburan anda bakal menanggung risiko yang amat tinggi.

Sentimen pasaran pelaburan adalah meluas, jadi kita kena bersiap sedia bagi segala kemungkinan yang bakal berlaku dari segala sudut untuk meminimakan risiko pelaburan anda.

Pelaburan sama seperti di medan peperangan. Jadi!! sebelum musuh datang menyerang kita kena tahu apa perlu untuk dilakukan untuk mencapai kejayaan. Bersiap sedia sebelum musuh datang adalah lebih baik daripada apabila musuh datang baru nak bersedia.

Apakah Kriteria dalam mencapai matlamat saya dalam pelaburan emas dan perak ini ?

1- Variasi Produk yang bersesuaian

Didalam pelaburan emas dan perak, saya menitik beratkan variasi emas yang bersesuaian dengan matlamat pelaburan saya. Justeru variasi pilihan mestilah memiliki bentuk, berat serta ketulenan yang sama supaya rangka pelaburan saya dapat diurus dengan baik.

Public Gold Mempunyai pelbagai variasi emas pelaburan


Emas perhiasan wajar dielakkan kerana ia tidak menepati citarasa saya sebagai medium pelaburan saya.
Jadi Public Gold mempunyai pilihan variasi ini dan sesuai untuk matlamat pelaburan saya.

2- Kadar Spread yang kompetatif

Ini adalah salah satu kriteria yang sangat-sangat penting bagi saya. Jika saya memilih produk pelaburan yang mempunyai spread yang besar akan menyebabkan keuntungan saya lambat untuk dicapai tempoh Breakeven (Balik Modal).

Di Public Gold, kadar Spread untuk Emas Fizikal yang dikenakan sekitar 4.5 - 8% bergantung kepada produk.  Jika menjadi dealer saya dapat mengecilkan kadar spread serendah 2% - 5.5%. bagi sesebuah pelan pelaburan spread antara 4%-6% adalah yang terbaik dan jika spread melebihi 10% maka adalah tidak sesuai untuk tujuan pelaburan. JADI sebab itu saya memilih emas Public Gold untuk pelaburan saya.

Harus diingat keuntungan dikira  pada waktu anda menjual emas dan bukan pada waktu anda membelinya, sebab itu saya menitik beratkan kadar spread ini bagi mencapai keuntungan maksimum kepada saya dengan lebih cepat.

3- Kecairan

Didalam entry yang lepas, saya sudah pun mengupas tentang maksud kecairan ini. Faktor ini juga memainkan peranan penting mengapa saya memilih produk public gold sebagai produk pelaburan saya.

Sebagai pelabur saya mahukan tahap kemudah cairan yang tinggi agar senang saya nak menjual balik kepada syarikat. Bermakna jika nak pakai duit cash senang.

Tak berbaloi jika saya membeli emas yang murah dari company A namun apabila ingin menjual kembali untuk mendapatkan sedikit tunai terpaksa memandu dari Selangor ke Penang. Setakat ini, tahap kemudah cairan produk Public Gold adalah yang tertinggi dan hampir setiap negeri mempunyai cawangan.

Harga belian serta jualan juga pula transparent tiada yang terselindung. Ini membolehkan saya merangka strategi yang seterusnya. Harga di Public Gold menggunakan harga antarabangsa , jadi dan yang paling penting boleh Jual balik kepada syarikat pada bila-bila masa mengikut harga yang antarabangsa.

Sebagai pelabur, yang menjadi perbandingan utama saya bukanlah "Harga Jualan" emas tersebut, sebaliknya "Harga Belian" baliknya yang perlu saya beri keutamaan kerana keuntungan saya ditentukan ketika saya jual, bukan ketika saya beli.


Kesimpulan :

Apa yang paling istimewa sebagai pelabur saya tidak mempunyai sebarang pesaing kerana Keuntungan saya adalah dari emas yang saya Beli dan Jual semula kepada Public Gold, dan bukannya dari komisyen jualan, atau komisyen mencari downline atau merekrut orang baru.

Kerana saya adalah seorang Pelabur emas dan Perak dan bukannya Peniaga emas dan perak yang mengaut untung hasil dari jualan kepada customer, ataupun mengutamakan pendapatan melalui networking yang memfokuskan kepada kemasukan orang baru.

Matlamat saya Adalah menjadi PELABUR Emas dan bukan PENIAGA Emas. dan Public Gold adalah platform terbaik Di Malaysia dalam mencapai matlamat saya setakat ini sebagai seorang PELABUR.

"Sharing is knowledge."

2 comments:

Skrol Saya said...

En Shahril,

Kalau boleh kongsi, apa isu panas Public Gold seperti yang dinyatakan pada awal artikel tu?

Emas Kaya said...

Isu tentang perbandingan antara Public Gold dan company lain, tapi saya sebagai pelabur tak mengatakan Public gold sentiasa betul dan company lain tidak betul.

jika Company A betul. silakan...

Anda juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...