Thursday, July 21, 2011

Aset Dan Liabiliti

Alhamdulillah Bertemu lagi kita,

Disebabkan ramai yang masih tidak jelas tentang apa itu aset dan juga, apa itu liabiliti, maka saya akan cuba mengupas topik ini supaya anda lebih jelas lagi.

Ok. penerangan mudah ialah
Aset - ialah sesuatu yang memberi pulangan masuk ke dalam poket anda
Liabiliti - ialah sesuatu yang perlu keluar dari dalam poket anda.

cuba lihat dibawah untuk lebih pemahaman

Wang tunai
Aset - Anda simpan wang tunai di Bank atau koperasi yang memberi pulangan faedah melebihi               kadar inflasi semasa.
Liabiliti - Berbelanja tahap "gaban", "shopping biar papa asal bergaya"


Harta
Aset - Harta yang anda beli akan meningkat nilai seperti emas dan perak
Liabiliti - Harta yang anda beli semakin susut nilai seperti kereta


Pelaburan
Aset - memberi pulangan keuntungan yang positif contoh hartanah buat rumah sewa
Liabiliti - memberi pulangan yang negatif contoh hartanah pastu anda duduk dirumah itu dan             anda membayar sewa bulanan bagi rumah itu.


Saya pernah terbaca suatu artikel yang mengatakan. didalam dunia ini 99% manusia telah membazirkan usia membeli Liabiliti, hanya 1 % manusia sahaja yang betul-betul membeli ASET. Apabila kita dapat membezakan apa itu ASET dan apa itu LIABILITI, maka kita berpeluang tinggi untuk mencapai tahap JUTAWAN.

Jadi SYARAT UTAMA jika anda mahu mencapai "financial freedom" anda mesti MEMBELI ASET yang betul dan MENGELAKKAN diri daripada membeli LIABILITI.

Inilah sebab utama mengapa orang kaya bertambah kaya dan orang miskin bertambah miskin. Orang kaya menambah aset. dan orang miskin menambah liabiliti.

Anda bagaimana ? mahu menambah aset atau liabiliti ?

hubungi saya untuk membeli aset emas dan perak anda pelajari teknik manipulasi emas secara percuma.

No comments:

Anda juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...