Ya, memang benar, sekarang ini dunia kita adalah sebegini rupa. Dunia kapitalisme. Penuh dengan pelbagai cabaran. orang kaya bertambah kaya dan orang miskin bertambah miskin. ada perbezaan ketara yang dapat dilihat. mungkin kita tidak merasainya kerana mungkin kita rasa hidup kita sudah cukup selesa. tetapi hakikatnya tidak. jurang perbezaan itu tetap ada. cuma kita saja tidak merasainya.
Jadi untuk mengetahui kenapa orang kaya bertambah kaya, kita kena selidik apa yang mereka lakukan untuk menjadi kaya. harus diingat, sebelum mereka menjadi kaya, mereka sudah melalui pelbagai kesusahan dan keperitan hidup. malahan ada diantara orang kaya, tidak pandai membaca, tidak habis sekolah, hutang keliling pinggang dan ada juga sudah disahkan bankrap. cuba lihat contoh, Bill gates, Donald Trumph.. ramai lagi..dan kaji kehidupan mereka, anda mungkin tak akan percaya jika dengan apa yang anda ketahui.
Realitinya, kaya atau miskin seseorang itu bergantung kepada sikap dan kemahuan diri sendiri. Jika diri sendiri yang ingin melakukan perubahan ke arah kekayaan, maka ia akan berusaha bersungguh-sungguh. Allah akan bukakan rezeki seluas-luasnya jika kita berusaha. Jadi kita perlu berpikir sebagai mana orang kaya berpikir.
Orang kaya berpikir bagaimana ingin meningkatkan tahap kewangan mereka dari pelbagai aspek dengan menambahkan financial IQ mereka. Tetapi orang miskin mereka menambahkan beban kewangan dengan hutang rumah, kereta dan sebagainya tanpa memikirkan akibatnya dimasa akan datang dengan harapan gaji mereka dapat membayar semua itu..Lebih teruk tanggapan orang miskin ialah masalah kewangan adalah suatu masalah besar pada mereka yang tiada jalan penyelesaian.
Inilah punca utamanya, Bukan Wang yang dapat menyelesaikan masalah kewangan, tetapi bagaimana untuk menyelesaikan masalah kewangan itu yang lebih penting. Orang kaya akan berpikir sebegitu, Bagaimana.. Bagaimana dan Bagaimana.. mereka akan cuba menyelesaikan masalah. Tetapi bagi orang miskin sikap negatif seperti "Malas" , "takut Mencuba" dan setiasa playsafe" itulah yang akan membuatkan masalah kewangan mereka bertambah buruk tanpa mereka sedari pada masa akan datang.
Jadi tukarkan pemikiran anda ke arah yang lebih baik seperti contoh dibawah
SEDERHANA & MISKIN
-Rumah saya adalah harta saya!!
-Saya tak mampu la...
-Awak bolehla, saya ni banyak tanggungan..
-Saya tak minat la benda2 pelaburan ni..
-Saya tak berani la ambik risiko, rugi nanti!!
-Keluar modal dulu, untung kemudian
KAYA
-Rumah saya adalah tanggungan saya!!
-Apa perlu dibuat supaya saya mampu ye?
-Disebabkan saya banyak tanggungan,saya mesti berusaha!
-Pelaburan adalah kunci kekayaan!! Saya mesti pilih!!
-Saya mesti belajar bagaimana mengurus risiko!
-Saya mesti ambik untung dulu, itu adalah gaji saya!
jadi bertindak sekarang. sebelum terlambat. saya hanya menyediakan Kail dan mengajar anda cara untuk menanggap ikan. selebihnya anda yang akan lakukan. pucuk pangkal diri anda. simpanlah emas anda sekarang untuk masa depan anda juga.
No comments:
Post a Comment