Friday, July 26, 2013

3 Perkara Wajib tahu Sebelum Raya

Hari raya bakal menjelang tiba. Bila raya je dah jadi macam trend di Malaysia dimana bila time perayaan je perbelanjaan akan meningkat dengan mendadak.

Ada yang kata. "Maklumla Setahun sekali". Nak beli itu. nak beli ini. Ye.. tau la setahun sekali tapi kita harus berpada-padalah dan jangan terlalu boros didalam perbelanjaan.  Kebiasaannya selepas raya baru rasa akibatnya.


Jadi sempena nak raya ni saya nak bagi beberapa tips sikit

1) Kena Tahu Perbezaan Keperluan (Needs) Dan Kehendak (Wants)

Anda perlu tahu membezakan dimana keperluan dan dimana kehendak. Dalam bahasa mudah, Keperluan ni macam "Mesti kena ada" kalau takde tak boleh. Tapi kehendak ni lebih kepada keinginan dan tidak berapa penting sangat.


Keperluan (Needs) & Kehendak (Wants)

Saya bagi contoh mudah

Ahmad Memperuntukan RM1000 sebagai persiapan raya. Jadi perbelanjaan untuk barang keperluan raya termasuk perbelanjaan baju raya, kuih raya & balik kampung dan sebagainya, adalah lebih kurang Rm1000. Dalam masa yang sama. Isterinya meminta untuk menukar sofa lama dirumah mereka kepada yang baru, Sofa baru juga bernilai Rm1000. Jadi apakah keperluan dan kehendak Ahmad ??

Modal Raya : Rm1000
Keperluan : Perbelanjaan Hari raya
Kehendak : Sofa Baru

Jadi bagi saya adalah lebih baik duit itu digunakan untuk perbelanjaan  hari raya dimana ia lebih penting berbanding sofa yang masih boleh digunakan.

Namun setiap keadaan bergantung kepada individu masing-masing. Pilih dengan bijak.

2) Jangan terlebih Belanja

Pastikan Perbelanjaan anda dirancang dengan teliti. terutama bagi yang makan gaji. Kena tengok duit yang dapat cukup tak untuk belanja sehingga mendapat gaji yang seterusnya.

Ada juga kes yang sanggup berhutang keliling pinggang semata-mata mahu mencantikkan rumah mereka dengan barangan serta perabot yang baru untuk tatapan rakan-rakan yang berkunjung dirumah mereka. akibatnya selepas 6 bulan. Perabot serta barangan rumah mereka telah dilelong. dan nama mereka telah disenarai hitamkan. Kan dah menambahkan masalah

Ingat !! Bila anda ada masalah kewangan. anda yang perlu selesaikan. dan tiada orang lain boleh tolong. Ukur Baju dibadan sendiri. Pedulikan apa orang nak kata. Asalkan kemudian hari anda tidak dibebani masalah yang lebih rumit. Orang hanya boleh bercakap dan yang menanggungnya adalah anda.

3) Modal Kecemasan

Ini penting. sebagai contoh. kalau selepas raya tiba-tiba ada hal kecemasan yang memerlukan duit seperti kereta rosak , Rawatan klinik dan sebagainya.

Justeru mana nak "Cekau" duit. inilah gunanya modal kecemasan ini. Seboleh bolehnya. ia tidaklah dalam bentuk duit, sebab kalau duit cepat je nak guna.

Bagi saya, saya suka menyimpan Dirham. Sebab harganya yang tidaklah terlalu mahal dan mampu milik. Jadi bila lepas raya ada hal kecemasan boleh la jual balik. Dan kalau takde kecemasan boleh teruskan simpanan untuk raya tahun depannya pula. Dirham makin lama simpan makin tinggi nilainya. Jadi tidak rugi pun anda simpan.


10 Dirham sangat bermanfaat untuk simpanan dimasa kecemasan

Cukup setakat ini dulu tips perbelanjaan dihari raya. Ingat !!! belanjalah secara Bijak dan Berkhemah. Jangan ikut orang lain. Wang anda hak anda.






Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739

Wednesday, July 10, 2013

Promosi Ramadhan - Jangan dilepaskan

Rasa dah lama tak menulis. Maaf para pembaca sekalian. 

Jadi sempena 1 ramadhan yang telah pun tiba saya berharap dapat berkongsi ilmu dengan masyarakat diluar sana tentang pelaburan emas. Disamping itu juga  marilah kita (termasuk diri saya sendiri) dapat bersama-sama memperbanyakan amalan kita dibulan yang mulia ini. Bulan yang penuh rahmat.

Seperti yang ramai ketahui , sepanjang dua tiga bulan lepas harga pasaran emas dunia telah pun merudum jatuh. Begitu juga emas semasa di PUBLIC GOLD. Jadi ramai lah yang mula membuka mata untuk mula menyimpan emas daripada menyimpan wang kertas.

Jadi Sempena bulan Ramadhan dan juga sempena harga murah ni pihak PUBLIC GOLD ada menyediakan peluang keemasan bagi sesiapa yang ingin menjadi peniaga, pelabur serta penyimpan emas dengan mendapatkan harga diskaun.


Jadi jangan lepaskan peluang keemasan mendapatkan diskaun seumur hidup anda bersama PUBLIC GOLD. hubungi 019-2788739 untuk maklumat lanjut.

Kalau "sesak-sesak" dihari raya boleh gunakan kemudahan PSP oleh public gold. Tapi hanya untuk dealer sahaja. Jadi cepat-cepatlah jadi dealer ye..

Dikesempatan ini saya juga mengucapkan selamat berpuasa semua kepada umat islam diluar sana.

Anda juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...