Wah!! dah sebulan tidak menulis di blog. rasa macam banyak info je nak tulis. Namun apakan daya. Disebabkan kesibukan menyambut kedatangan orang baru didalam keluarga saya telah membataskan aktiviti penulisan didalam blog ini.
Apa-apa pun saya ucapkan tahniah kepada yang telah memulakan pelaburan emas fizikal ini pada masa sekarang inikerana maklumlah harga emas dan perak berada diparas "diskaun" sekarang. Jadi sesiapa yang melepaskan peluang keemasan sekarang ni amatlah rugi.
Saya rasa kalau nak diceritakan pasal kebaikan dan kebagusan menyimpan emas fizikal ni rasa-rasa dah banyak kali kot saya ulang. jadi hari ni saya nak cerita pasal benda lain pula.
Baru-baru ini saya ada la terbuka "Discovery Channel" mengenai pencarian emas didalam lautan ais. (Wow dalam air laut sejuk tu). Nama rancangan tu seperti gambar dibawah.

Ini bukan tipu tau. Betul-betul emas. Mereka perlu mengorek ais yang setebal 1 meter kemudian perlu lakukan selaman dan menyedut emas didasar laut.
Apa yang menariknya mereka bergadai nyawa demi mencari beberapa ounce emas sahaja. Mereka perlu menyelam didalam air yang sangat sejuk serta dipermukaan atas hanya ditutupi ais. kalau anda ada penyakit klaustrofobia (ala penyakit fobia kepada keadaan yang terkurung) rasa-rase kerja ni bukan untuk anda la .
Mereka menyelam memerlukan oksigen dan juga air panas yang dipam terus dari atas permukaan terus kedalam sut selaman mereka. Kebiasaannya mereka perlu berada didalam ais selama 8 jam. perghh.. lama tu. tapi hasilnya kadang-kadang agak mengecewakan. sebab diorang sedut je apa yang ada kat dasar laut tu. kat atas baru tapis ada emas ke tak.
![]() |
Emas fizikal sedang terdampar didasar laut |
Dan kos mencari emas ini yang perlu ditanggung mencecah ribuaan ringgit sehari. Kalau dapat emas hari tu boleh la cover. kalau tak dapat.. faham-faham sudah.
Saya pun terfikir. kita di malaysia nak mendapatkan emas pun punyalah senang. lock harga bayar terus dapat (bagi PG la). harga emas naik, jual dah dapat untung. harga pula tak la terlalu banyak berbeza kalau nak dibandingkan dengan yang "Raw". Ini kerana Public Gold mengenakan cas yang minimum bagi pembuatan emasnya supaya pelabur dapat Untung dengan cepat dan pantas.
Sebab tu nak buat pelaburan emas kena cari premium atau kos yang rendah serta harga jual balik yang tinggi. Kalau harga je time beli murah tapi nak jual balik tak laku pun tak guna juga.
Jadi kepada yang nak menempah emas anda dan mulakan pelaburan emas fizikal boleh hubungi saya. tak perlu menyelam pun. dah boleh dapat emas fizikal yang cantik dan berkilauan
Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739