Monday, July 30, 2012

Personal loan beli emas memang untung !!

Ini adalah sedikit sambungan daripada entry yang lepas. Kira macam cerita lord of the ring la. ada sambungan tuu hehehe. anyway saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada para pembaca blog saya. ucapan terima kasih saya kepada anda kerana masih lagi memilih untuk mengikuti blog saya ini.

Baiklah Jika sebelum ini saya memberi sedikit pendedahan tentang bagaimana menyelesaikan hutang dengan cepat.Jadi kali ini saya ingin memberi sedikit ilmu pula tentang bagaimana dengan emas kita boleh bayar hutang kita dan dalam masa yang sama boleh buat untung.

Caranya adalah buat Personal loan. Namun cara yang saya gunakan ni ramai orang takut buat. sebut je pasal personal loan, orang dah asyik fikir macam mana kalau gagal bayar ?? banyak tu, kang timbul la masalah tu dan masalah ini. macam-macam lagi yang bermain difikiran.

Saya dahulu sampai tak tidur malam memikirkan rasionalnye buat loan beli emas. Tapi Alhamdullillah selepas tahu jalan. baru saya tahu kenapa orang kaya bertambah kaya dan orang miskin ingin menjadi kaya pun gunakan jalan yang sama.

Sudah menjadi lumrah manusia.mereka akan berfikir untuk yang benda selamat je, justeru apabila mendengar tentang personal  loan maka ramai diantara kita akan segera menolak idea ini kerana minda beranggapan ia tidak selamat dan membahayakan.

Seperti yang pernah saya dengar daripada pakar motivasi.. mana yang lebih baik mengalami kegagalan atau memikirkan kegagalan. dan tidak semestinya kita gagal itu kita gagal kesemuanya. pelaburan memerlukan strategi . Dan ini bukan skim yang nak untung sahaja dan tidak mahu rugi.

Saya beri contoh. didalam permainan badminton jika kita kalah pada set 1, manakala kita menang pada set ke 2 dan ke 3. maka kita adalah juara bukan !!!

Jika kita rugi RM100 tapi kita untung RM1000. kan berbaloi tu.
Sila lihat pada jadual dibawah.


Kenaikan emas daripada June - Mei tahun berikutnya

Saya ambil kenaikan ini daripada tahun ke tahun. meaning beli bulan jun tahun sebelumnya dan jual pada mei tahun berikutnya. dan kenaikan emas ini bukan saya reka ye.. anda boleh lihat menggunakan MT4 ataupun pergi kat website harga emas dunia.

lihat pada Jun 07 sehingga Mei 08 dengan bermodal RM100,000 daripada loan anda maka jika gunakan cara ini  anda dapat menjana keuntungan RM40k setahun . dan 40k ni terpulang la nak buat apa pun. ada dealer rangkaian saya untung ni dibuat bayar loan tadi supaya cepat habis loan beliau. jadi dalam masa 5 tahun loan anda habis dibayar dan emas dalam tangan masih anda. RM100k tu. Yang penting tahu nak pusing.

Tak tahu tapi nak untung ??? Takpe.. jumpa saya. saya ajar PERCUMA bagaimana nak buat dan jenis loan bagaimana yang anda boleh ambil dan bulan-bulan tak perlu mencekik makan megi.
Sebab tu orang kaya bertambah kaya dan golongan pertengahan tidak dapat melepasi kekayaan ini sebab tak tahu teknik ini.

Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739 CEO solid profit enterprise

Tuesday, July 17, 2012

Bagaimana Bayar Hutang dengan cepat dan pantas

Terima kasih kepada para pembaca blog saya sekalian. Apa khabar anda semua, harap berada didalam keadaan selamat dan dimurahkan rezeki hendaknya.

Baiklah seperti biasa, saya ingin berkongsi beberapa ilmu tentang pelaburan. Moga-moga kita sama-sama dapat manfaat daripadanya.


Entry pada ketika ini saya ingin menyentuh tentang pengurusan hutang.Saya tahu semua orang ada utang, malah ada yang hutang keliling pinggang. Saya faham keadaan mereka. Kerana saya juga pernah alui seperti mereka, jadi saya ingin berkongsi teknik yang amat berkesan jika anda mempunyai hutang yang banyak bagaimana nak selesaikan dengan cepat.

Diharap agar dapat membantu rakan-rakan diluar sana. Namun ini hanya dapat dilakukan dengan 2 syarat. Iaitu Disiplin serta ilmu.

Saya berikan kajian kes. Anda mempunyai hutang seperti berikut (Jadual dibawah). Dan anda hanya membuat bayaran minima setiap bulan namun ia mengambil masa yang agak panjang untuk selesai. Bila Hutang lambat selesai Maka peluang untuk pelaburan adalah rendah.

Jadi  bagaimana caranya supaya anda dapat selesaikan hutang anda dengan cepat dan dapat memulakan pelaburan ?



Caranya adalah
1) susun hutang daripada paling sikit kepada paling banyak
2) Kena cari extra duit RM200 setiap bulan. Tak kira la daripada mana pun, janji mesti ada extra ni. Nak kje part time ke. Itu terpulang kepada anda. nak potong ASTRO ke, itu idea masing-masing ok.

Dengan extra RM200 tadi buat bayaran kepada hutang rakan anda. Dahulu anda bayar RM200 je. Sekarang anda bayar RM400 pula.



Jadi dalam masa setahun, hutang anda kepada rakan anda dapat dibayar sepenuhnnya.

Selepas selesai hutang kepada rakan maka anda lebihan wang RM400 setiap bulan hasil daripada peruntukan untuk membayar hutang rakan anda tadi, maka buat pula pembayaran untuk hutang yang ke 2 iaitu kredit kad.Dan ia juga hanya mengambil masa 1 tahun untuk diselesaikan.

Selepas kredit kad selesai anda mempunyai lebihan wang RM600 setiap bulan. Dan anda ulang lagi seperti yang saya tunjukkan tadi untuk membayar hutang-hutang yang lain pula.

Jadi jika anda buat pasti hutang anda cepat untuk dilangsaikan.

Sekarang anda boleh keluar daripada masalah hutang dengan lebih pantas dan cepat.

Nak lagi cepat kaya ?? boleh combine dengan pelaburan emas.. ini kena jumpa saya atau beli emas daripada saya sahaja akan saya ajar hehehe.


Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739 CEO solid profit enterprise

Monday, July 9, 2012

Kenapa Perlu beli emas sekarang !!!

Sering kali saya post di facebook supaya anda semua mula menyimpan emas daripada sekarang. kepada yang telah mengorak langkah pertama saya ucapkan tahniah. Jom join rangkaian saya bagi menambah ilmu pelaburan emas secara PERCUMA dan kami akan membimbing anda dari A sampai Z.

Namun masih ramai lagi yang tidak mahu memulakan langkah pertama mereka. Justeru saya perlu menyedarkan anda mengapa kita perlu menyimpan emas daripada sekarang. sebelum terlambat.

1) Krisis Ekonomi EURO akan memberi impak kepada Malaysia

Sekarang ini ekonomi dinegara Euro semakin meruncing.

Sebagai contoh krisis kewangan Greece susulan hutang dan perbelanjaan awam terlalu tinggi sehingga gagal ditampung pendapatan kerajaan, wajar dijadikan pengajaran betapa perlunya langkah perbelanjaan berhemah dan rombakan model ekonomi seperti yang sedang diusahakan Kerajaan Malaysia, dilaksanakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, baru-baru dilaporkan berkata, jika Malaysia terus berkeadaan begini tanpa melakukan sesuatu termasuk menyusun semula struktur subsidinya, negara kita akan muflis pada 2019 dengan jumlah hutang meningkat kepada RM1.16 trilion.



Negara-negara EURO yang sedang diambang kegawatan

Lazimnya jika sesebuah negara memiliki hutang yang tinggi. nilai matawang negara berkenaan akan susut bagi mengimbangi masalah itu. Jadi mulai dari hari ini kita perlu menyimpan sesuatu yang bernilai jika ini berlaku di Malaysia, walaupun anda bergaji RM4000 sebulan pun belum tentu dapat menyaingi sara hidup yang tinggi.


2) Kenaikan emas yang konsisten memberi pulangan Purata 26% setahun.

Jika dilihat kenaikan emas selama 10 tahun, ia masih lagi kosisten berbanding komoditi yang lain. Ini kerana ia bergantung kepada "Supply & Demand" dan bukan bergantung kepada spekulasi.


Sangat Konsisten - Kenaikan purata emas 26% setahun


Jadi emas menjadi keperluan didalam perhiasan wanita. dan bilangan wanita bertambah saban tahun. Ini membuatkan emas kosisten dari segi permintaan manakala penghasilan emas pula amatlah sedikit setiap tahun


3) Simpanan Aset kekal

Bila sebut pasal aset. Ramai yang masih keliru. Ada yang lebih parah, tidak tahu membezakan aset sebenar didalam kewangan mereka. Ada yang mengatakan kereta adalah aset. Ini adalah tanggapan salah. Kereta sebenarnya adalah liabiliti.  nak tahu pasal aset & liabiliti sila KLIK SINI .

Rumah adalah 1 contoh aset, begitu juga dengan tanah sawit, getah dan sebagainya . Tetapi bolehkah anda membeli tanah sekaki persegi konsisten setiap bulan. sudah tentu tidak boleh. anda perlu membeli tanah or rumah dengan kondisi yang sudah siap dalam amaun se-ekar ataupu dengan saiz yang tertentu.

Dan modal yang diperlukan juga amatlah tinggi Justeru bagi yang tidak berkemampuan untuk mengumpul aset, cara yang paling mudah adalah dengan mengumpul emas fizikal. Jika anda mampu membeli 1 dinar setiap bulan pun takpe. at least anda sudah pun mengumpul emas.

Ada juga rakan saya mengumpul duit setiap bulan dan beliau hanya mampu membeli 1 dinar selepas 3 bulan secara konsisten. sangat bagus bukan !!.


Emas adalah aset kekal
Kesimpulan

Sebab itu saya katakan pucuk pangkal yang penting diri anda. jika setiap kali anda memberikan alasan sebenarnya anda memberikan alasan kepada diri anda sendiri. ingat jika anda menyimpan emas. anda yang untung. bukan orang lain. hubungi 019-2788739 utk menempah emas anda sekarang


Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739 CEO solid profit enterprise

Thursday, July 5, 2012

Seminar Strategi kaya dan berjaya dengan emas JULY 2012

Seminar Strategi  kaya dan berjaya dengan emas kembali lagi.
Jadi ambil peluang ini dan lapangkan hari anda ye. maaf lambat inform.

Didalam seminar ini ada beberapa perkara yang akan disentuh oleh speaker terkemuka yang telah menjana aset 1 juta dalam 9 bulan sahaja. dan antara pengisian didalam kelas adalah.

1 - Mengapa Perlu Melabur ?
2 - Mengapa Pilih pelaburan Emas ?
3 - Bagaimana Cara pelaburan Emas ?
4 - Apakah Strategi terbaik & menguntungkan ?
5 - Berapa banyak Keuntungannya ?
serta yang paling ramai orang suka dengar dan berjaya
6 - Rahsia meraih Pulangan Cepat & Banyak ?





Apa tunggu lagi, dail no ini 019-2788739 dan tempah seat PERCUMA anda sekarang.


Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739 CEO solid profit enterprise

Anda juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...