Friday, June 29, 2012

Untung Ke Beli emas pada ketika sekarang ni !!!

Hari-hari ada orang tanya saya soalan ni. Untung ke beli emas sekarang ???. Sudah tentu YA..100% YA. Harga turun seringgit or dua ringgit dah kata rugi.

Suka saya ingatkan emas ini adalah antara pelaburan jangka masa panjang antara 1 tahun keatas, dan ia bukanlah beli hari ini kemudian besok jual dah untung KECUALI jika anda seorang peniaga emas macam saya.

Peniaga emas kalau beli arini pastu jual besok pun boleh buat untung tapi kalau untuk pelaburan sahaja saya rasa kena ada ilmu yang mendalam didalam bidang emas boleh la.

Tapi macam biasa saya permudahkan urusan anda. Simple je sebenarnya nak untung. Gunakan strategi seperti dibawah. Tak perlu pening kepala.
Gunakan strategi tetapan masa.

1) Sediakan modal untuk pelaburan emas anda mengikut kemampuan anda sendiri tapi bagi emas public gold yang paling minimum adalah 1 dinar.

2) Buat pembelian anda  dan simpan emas anda selama 12 bulan. Buat rekod setiap kali pembelian untuk rujukan anda.

3) Jual kembali emas anda kepada pelanggan atau dealer PG yang lain. Nak lagi mudah jual kembali kepada PG branch yang berhampiran anda apabila cukup tetapan masa anda. Contoh jika beli emas jun 2012, jual pada mei 2013.

Percaya tak jika gunakan teknik ini 10 tahun tak pernah rugi dan pulangan lebih tinggi daripada unit amanah.


Purata keuntungan 26% setahun selama 5 tahun

Kalau anda tidak percaya, saya bagi pengiraan supaya senang nak tengok untung. lagi besar modal lagi tinggi untung. UNTUNG & SELAMAT.


5 tahun kosisten untung


Barang ada, Untung pun dapat. jadi tidak ada penipuan seperti yang dibuat oleh company lain. Amacam best tak kira untung.

Nak jadi dealer bleh klik SINI.
Kalau nak jumpa saya anda tahu bagaimana mahu menghubungi saya. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menjadi kaya dengan selamat dan effisyen.


 Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739 CEO solid profit enterprise

Wednesday, June 20, 2012

EURO 2012 dengan Pelaburan emas Fizikal ??

Emas dan EURO 2012 apa kaitan ?? Sekarang ini demam Euro 2012 sedang melanda seluruh dunia, tidak dinafikan di Malaysia juga terjebak dengan demam ini termasuk saya sekali.Ada yang menyokong pasukan kegemaran mereka seperti Jerman , Belanda , England dan sebagainya.Sebut sahaja nama pemain, pasti ramai yang dah tahu biodata mereka.




Saya ada rakan yang sangat meminati sukan bola sepak sampaikan nama pemain serta  kesebelasan utama pasukan bola sepak dalam dan luar negara pun dia boleh hafal. Ada juga yang sanggup bersengkang mata (Tahan mata letak mancis) untuk menunggu siaran secara langsung perlawanan bola sepak yang pada kebiasaanya pada awal pagi walaupun tahu besok nak masuk kerja pagi-pagi. begitulah penangan bola sepak.

Namun disebalik kejohananan EURO ini ada suatu agenda yang diharap rakan-rakan diluar sana dapat faham dan segeralah mengambil ikhtibar, Jadi persoalannya apa kaitan EURO 2012 dengan pelaburan emas ini. Nampak macam tiada kaitan bukan, namun jika dikaji secara mendalam ini adalah salah satu cara bagi menaikan matawang EURO yang agak tidak stabil kebelakang ini. Lihat matawang ini adakah

Sebelum ini negara GREECE telah pun mengalami krisis kewangan yang sangat teruk sehinggakan negara Greece diminta keluar daripada negara EURO.Namun dengan adanya EURO 2012 ini telah menurunkan sedikit krisis kewangan mereka dan dapat mengembalikan keyakinan pelabur kepada negara Greece.

Pernah kah anda tahu bahawa Jerman pernah mengalami kegagalan didalam sistem kewangan mereka. Ya... pada suatu ketika dahulu Jerman telah mengalami Hyperinflation.

Republik Weimer Jerman - 1922-1923

Selepas Perang Dunia pertama, Jerman perlu menanggung kos yang amat tinggi untuk membayar pampasan. Jadi mereka telah mencetak wang kertas mereka dengan banyak bagi menanggung kos ini. akibatnya berlaku lambakan wang dipasaran mereka.

Bayangkan 450gram roti bernilai 3 Billion Deutchmark atau Mark. Kadar inflasi negara mereka pada ketika itu mencecah 325,000,000 %. Lihat ini adalah salah satu kegagalan wang yang dicipta oleh manusia sendiri.

EURO 2012 dengan emas Fizikal. German pun pernah mengalami kegagalan kewangan

Kita seronok melihat perlawanan bola sepak namun kita tidak nampak yang apa yang sedang dan telah berlaku. SETIAP tahun PASTI inflasi akan memakan wang kertas kita. cuma kita je tak nampak. setiap tahun kerajaan mengunjurkan kadar inflasi negara, namun tiada siapa pun yang ambil peduli.

Tapi bila barang naik, sumer akan terasa bukan. yang sebenarnya bukan barang yang naik. tetapi wang kertas kita semakin tiada nilai. bayangkan 20 tahun dahulu, 20 sen boleh membeli nasi lemak. tetapi sekarang ini, RM1.50 barulah anda boleh membeli nasi lemak yang sama.

Justeru untuk melawan inflasi ini salah satu cara adalah dengan menyimpan aset kekal iaitu emas dan perak. Ini kerana kedua-dua ini adalah pelindung serta menjadi insuran kepada kewangan anda. Emas telah menjadi medium penting. selama 1400 tahun kalis inflasi. jadi jika anda menyimpan emas secara tidak langsung anda sudah pun mengekang kadar inflasi wang anda.

Bukan modal menjadi ukuran. tapi yang penting bagaimana anda menjana kewangan anda.waima anda membeli 1 dinar setiap bulan ataupun 10 dirham setiap bulan, anda sudah pun selangkah kehadapan dalam meyelamatkan kewangan anda.

Saya pernah terdengar cerita tentang Rakyat Vietnam semasa perang vietnam pada tahun 60an dahulu. kebanyakan rakyatnya mangsa pelarian meninggalkan negara mereka tidak membawa wang kertas, sebaliknya  membawa kepingan emas bagi menyara kehidupan mereka di negara lain. Memang Benar. hanya emas sahaja yang laku. Matawang mereka langsung tidak laku. dan orang-orang kaya yang  menyimpan wang kertas pada ketika itu ramai yang menjadi bangkrap dan miskin sebaliknya yang menyimpan emas menjadi kaya sehingga kini.

Jadi apa tindakan anda ?? EURO 2012 kita saksikan namun dalam masa yang sama kita kena lihat pengisianya juga. dan yang lagi penting saya melihat EURO dan dalam masa yang sama ada emas didalam pegangan saya. anda bila lagi ?? .So enjoy.

hubungi saya untuk menempah emas dan perak anda dan pelajari strategi Mudah menjana keuntungan dengan emas fizikal.


Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739 CEO solid profit enterprise

Monday, June 18, 2012

Potensi Dirham lebih Power !!!


Bertemu lagi kita. Weekend lepas pergi ambil stok. Alhamdulillah. Ada juga rezeki saya. Harap-harap rakan-rakan serta para pembaca sekalian juga sudah pun menjana keuntungan dengan teknik yang saya tulis diblog ini.

Sekarang ini, pelaburan emas dan perak telah pun mencapai tahap sangat popular. Pelbagai syarikat telah pun mengeluarkan komoditi ini mengikut dan masing-masing ada kekuatan masing-masing. Tapi saya masih lagi tetap memilih emas PUBLIC GOLD kerana spreadnya masih lagi rendah berbanding emas keluaran lain. Jadi tujuan kena jelas OK.

Entry saya pada kali ini ingin saya terangkan tentang Silver atau dalam bahasa melayu dipanggil perak. Ramai yang tidak nampak potensi silver ini. Yelah semua orang asyik mencari emas je maka terlepas pandang komoditi berharga yang satu lagi ni.

Silver bukan sahaja lebih murah berbanding emas, malahan harganya juga amat mampu milik bagi golongan yang ingin menceburkan diri didalam pelaburan. sebab itu saya sendiri juga telah pun menyimpan koleksi silver sebagai aset simpanan saya sendiri.

Public Gold sendiri juga telah mengeluarkan silver didalam bentuk Jongkong yang terdiri daripada pelbagai variasi berat diantara 100g sehingga 1000g (sekilo).



Target !!! 10 Dirham setiap Bulan

DIRHAM

Saya selalu mendapat pertanyaan mengenai DIRHAM. adakah DIRHAM Ini silver. Jawapannya YA. dirham adalah silver.

Beratnya telah ditetapkan.Umar alKhattab selaku Khalifah Umat Islam, telah menetapkan :

”(berat) 7 dinar perlu bersamaan 10 dirham”

jadi 1 dinar = 4.25g. maka 10 dirham = 7 x 4.25g = 29.75g

Oleh sebab itu bagi mengembangkan lagi pelaburan emas dan perak di Malaysia. Public Gold telah mengeluarkan silver didalam bentuk Dirham yang mampu dimiliki.


Strategi Pelaburan Dirham

Disebabkan harganya yang murah. saya syorkan ia dijadikan simpanan setiap bulan. kalau dinar susah sikit. sebab harganya yang agak mahal. namun bagi yang tidak berkemampuan. silalah simpan dirham ini secara berkala. Daripada anda menyimpan duit kertas Rm100 setiap bulan. lebih baik anda menyimpan 10dirham. harga lebih kurang sama. namun dirham lebih tinggi kenaikannya berbanding wang kertas.

Anda juga boleh membuat penukaran daripada dirham ke dinar apabila sampai masanya. jadi dirham dapat dinar pun dapat. sapa kata modal yang sedikit tidak boleh melabur didalam emas dan perak fizikal. yang penting anda berusaha.

Cuba bayangkan, anda mula menyimpan dirham mulai bulan ini, dan perhatikan apabila setahun anda sudah pun mendapat 120 Dirham. kan banyak tu. sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Analisis silver @ dirham

Silver ini telah ramai diperkatakan sebagai "future gold". Ini kerana harganya pada awal keluarannya tidaklah begitu berharga, namun sejak akhir-akhir ini dengan kepesatan teknologi telah membawa satu lembaran baru pada komoditi ini.



Harganya semakin meningkat dan mendapat permintaan tinggi, pernah terjadi pada tahun 2011. harganya melambung dengan begitu mendadak dan telah mencecah 100% kenaikan. Pada ketika itu ramai yang baru tersedar tentang kewujudan silver ini.

Ini kerana silver banyak digunakan didalam barangan yang berteknologi seperti Harganya agak vilotile, namun harganya masih lagi berlegar-legar diparas yang rendah sebelum berlakunya kenaikan yang mendadak seperti apa yang telah berlaku pada 2011.

Dirham jadikan simpanan kekal. Beli 10 dirham setiap bulan. pasti akan memberi kesan kepada kewangan anda


Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739 CEO solid profit enterprise

Friday, June 15, 2012

Pajakan = Berhutang

Assalamualaikum. lama dah tak update blog. takut rindu lak hahahaha. just joke, terima kasih kepada yang masih sudi membaca blog pelaburan saya ini. kepada para pembaca yang baru. diharap blog ini dapat memberi banyak manfaat kepada anda didalam menentukan portfolio pelaburan yang sesuai dengan anda.

Jadi teruskan membaca ya. kita tambah ilmu pelaburan bersama-sama.

Seperti biasa nak update harga dahulu. Sekarang harga emas telah naik sedikit, namun relax. pada pemerhatian saya ia masih lagi berada diparas rendah. dan masih lagi revelen untuk entry point. Jadi jangan risau untuk membeli emas sekarang ini.Tapi kalau beli emas hari ini besok dah nak Untung maka saya rasa pelaburan emas fizikal ini bukanlah portfolio yang tepat untuk anda.

Emas dan perak fizikal agak memerlukan masa untuk Untung, ia bukan seperti Saham BSKL, FOREX dan sebagainya. Walaupun emas fizikal ini ia agak lambat untuk untung. namun keuntungannya kosisten dan terjamin berbanding didalam pelaburan yang lain.Dalam masa yang sama ia juga menjadi pelindung kepada kekayaan anda. jadi mindset kena ubah daripada sekarang ok.



Beberapa hari yang lepas saya selalu mendapat pertanyaan mengenai Teknik Pajakan. jadi pada entry kali ini saya ingin memberi sedikit penjelasan mengenai pajakan ini yang ramai orang tidak tahu.

Pajakan ini dalam sistem islam di panggil Ar-rahnu. dalam istilah kita ni ia adalah salah satu cara untuk
berhutang dengan memajakan emas kita untuk mendapatkan wang.Ada syarikat yang menawarkan pembelian emas melalui teknik ini, namun bagi saya beli emas dengan konsep pajakan bukan ini lah cara yang effisen untuk menjana keuntungan yang maksimum. banyak lagi cara sebenarnya.

Begitu juga pelbagai e-book yang menerangkan tentang teknik pajakan ini. tapi bagi saya agak buang masa.Kalau anda seorang peniaga emas dan membeli surat or barang pajak untuk tujuan perniagaan itu takpe la. Tapi kalau untuk pelaburan agak tidak berbaloi.

Dah la tu sekarang ini banyak institusi pajakan dah tak terima goldbar dan dinar untuk barang pajakan. Jadi sudah tentu kalau nak pajak kena beli emas perhiasan. Apabila membeli emas perhiasan spread tentulah lingkungan 18%-22%. jadi bila spread ini besar melebihi 10% maka ia sangat tidak sesuai dijadikan medium pelaburan.  

Sebab itu saya cakap, pajakan pun memerlukan ilmu. jangan main ikut cakap orang je, kaji dahulu. apabila berlaku sesuatu anda juga yang akan menanggungnya.jika silap langkah buruk padahnya. silap hari bulan duit terpakai, barang pun tergadai.

Pajakan dalam erti kasarnya adalah berhutang. jadi nak berhutang kita kena tahu bila nak habiskan bayar hutang.sebab itu kena rangka plan.

contoh katakan nak pajak emas 100gram. kita kena la ambil tahu berapa perkara seperti upah simpan, marhun dan tempoh kena tebus balik.

Jadi seelok-eloknya. belilah emas fizikal dahulu kemudian barulah anda pajakkan jika ingin mengambil cash. tempah la dinar anda sekarang juga. Kalau ada modal lebih belilah goldbar. Pendek kata tak rugi menyimpan emas.


Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739 CEO solid profit enterprise

Tuesday, June 5, 2012

Gempar !!! Strategi BSN jana keuntungan berlipat ganda

Harga emas dunia sekarang berada diparas kuning iaitu diparas berjaga-jaga. that mean ia mungkin akan berlaku peningkatan pada bila-bila masa sahaja. Amacam ?? laporan macam laporan paras air empangan tak hehehee.

But its true. Bagi yang telah membeli dan menyimpan emas sila tunggu dan siap sedia untuk ambil profit insyaAllah. Bagi yang belum menyimpan emas. masa ini masih lagi boleh mula menyimpan emas.


Jika anda putus asa, Kejayaan makin jauh dengan anda


Hari ini saya berbesar hati nak share 1 lagi teknik yang paling simple untuk buat untung didalam pelaburan emas dan perak ini.Tak payah pening kepala and tak payah tengok chart hari-hari.

Dan teknik ini sangat sesuai bagi golongan yang agak berumur kerana ia mudah & effisyen.InsyaAllah anda keuntungan jika ia dilakukan secara betul dan konsisten.

Saya gelar teknik ini adalah STRATEGI BELI & SIMPAN NILAI (BSN)

1) Sediakan modal utk pelaburan
2) Beli emas keluaran Public Gold. kalau boleh cari  variasi emas yang ber "spread" kecil.
3) Simpan sementara menunggu kenaikan harganya atau tetapkan masa untuk jual (Biasanya secara tahunan) contoh : beli jan 2011 & jual jan 2012.
4) Apabila dan boleh ambil profit, Jual kembali kepada Public Gold
5) Ambil profit dan asingkan modal. kemudian modal tadi buat pembelian kembali.

Saya ambil contoh mudah bagi menerangkan cara-cara 1 hingga 5 diatas diatas. Dengan purata kenaikan emas selama 10 tahun adalah 17% - 25%, jadi saya gunakan 20% sahaja setahun didalam penerangan saya.






Anda mempunyai modal RM100k. kenaikan emas adalah 20% Setahun. Jika RM100k x 20% maka ema anda telah menjadi nilai RM120k.

ingat ayat ini :

RM 20K adalah untung pelaburan anda dan boleh digunakan  manakala RM100k adalah modal asal anda dan digunakan untuk modal membeli lagi dan menjualnya pada penghujung tahun akan datang. Keep modal asal. dan ambil profit sahaja.

Namun ada juga yang terkeliru dengan teknik ini. Justeru anda diantara mereka mengatakan

" harga dah tinggi, tahun ini jual, pastu nak beli balik harga dah mahal dan emas yang kita beli makin sikit la dapat?? "

Betul, disebabkan kenaikan emas itu sendiri maka kita akan hanya dapat membeli emas sedikit sahaja berbanding tahun tahun-tahun yang sebelumnya. Tetapi modal asal anda tetap sama.dan profit juga sama
.
Itu yang lebih penting, walaupun anda dapat beli sikit sahaja emas namun nilainya tetap RM 100k. dan jika kenaikan emas sekali lagi menjadikan emas anda RM120k maka anda menjualnya pada tahun berikutnya anda masih lagi untung 20k. walaupun emas yang anda dapat beli saban tahun semakin kurang beratnya.

fahamkan ayat ini :

JANGAN PANDANG PADA KUANTITI, PANDANG PADA NILAINYA.

Untuk itu, lakukan dan InsyaAllah keuntungan akan menanti anda, Jika kenaikan emas berlaku di pertengahan tahun, dan anda lakukan perkara yang sama (langkah 1 sampai 5) maka tidak mustahil dalam setahun anda dapat membuat profit berulang kali.

Saya dah lakukan, anda bagaimana ???

hubungi saya segera untuk menempah emas fizikal anda sekarang dan pelajari Strategi terkini didalam pelaburan emas bagi mengaut keuntungan Maksimum secara PERCUMA melalui rangkaian saya.


Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739 CEO solid profit enterprise

Friday, June 1, 2012

Jadual Seminar Bulan Jun 2012

Bagi Menambahkan ilmu pelaburan anda.
Anda semua dijemput hadir ke seminar PERCUMA kami diseluruh negara.

Jadual seminar Jun 2012
Untuk mendaftar SMS
NAMA , LOKASI , NO TEL , EMAIL DAN BERAPA ORG.
hantar ke 019-2788739

Jadi rebutlah peluang keemasan ini. Strategi Penting didalam pelaburan emas dan perak juga dapat dimudahkan didalam seminar ini.

Opss... Kepada warga LEMBAH KELANG. jika tidak mahu dtg seminar juga pun boleh, hubungi saya. kita minum teh saya share teknik & strategi pelaburan emas secara PERCUMA..

Jom kita tambah ilmu dan menjadi kaya

Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739 CEO solid profit enterprise

Emaskaya.com dalam Harian METRO 26 Jun 2012


Alhamdulillah syukur kepada Allah. Dikurniakan rezeki. harapan saya agar pembaca blog saya pun dimurahkan rezeki juga.




Harian Metro Sabtu 26/5/2012

Pada hari sabtu yang lepas adalah hari yang bertuah bagi saya, mana taknya  testimoni saya mengenaiemas pelaburan ini telah pun tersiar didalam surat khabar harian METRO.(Sabtu 26hb May 2012).

Mungkin ada yang beranggapan .

Ala....baru kuar suratkhabar dh kecoh.. bukan ada muka pun, Just tulisan je..

Tapi bagi saya rasa syukur dengan pemberian Allah ini. Mana taknya dapat promosi percuma. Lagipun kali ini tulisan je, mana tau esok lusa gambar saya pula terpampang didalam dada akhbar.

Setiap kata-kata kita adalah DOA. jadi kalau kita selalu cakap benda yang elok terhadap kita, maka ia akan menjadi 1 doa. sebab itu kalau kita nak kaya, selalu lah cakap benda yang positif dan membina diri kita.Dan saya InsyaAllah pasti akan ada kejayaan.

JADI nak tau strategi yang betul didalam pelaburan emas dan perak fizikal ini, bolehlah hubungi saya dan
saya akan terangkan kepada anda. Sambil menyimpan emas boleh juga menjana keuntungan dengan emas.


Pelaburan - Simpanan - Perniagaan. solidprofitgroup@gmail.com 019-2788739 CEO solid profit enterprise

Anda juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...