Monday, April 30, 2012

May - June Promosi Trade in emas lain dengan emas PG

Kepada Sahabat-sahabat sekalian. bermula 1 May 2012 - 30 june 2012. Public gold akan mengadakan promosi trade in emas lama dengan emas baru yang dipanggil X-Plan.

Ini Kali ke 3 Public Gold membuat promosi seperti ini. dan ini menunjukkan Kekukuhan empayar Public gold. ia bukan sahaja dapat membeli balik emas yang dijual kepadanya malahan dapat membeli kembali emas-emas keluaran syarikat lain. harga belian best pulak tu.

Tidak kira la. barang kemas ke tomei ke GCP. Jongkong maybank ke. kijang emas ke.  anda boleh tukarkan kepada barangan public gold.

Yang lagi best. kalau transaksi mencecah RM20,000 boleh layak memohon untuk menjadi Dealer Public Gold. dah la beli dapat emas. pastu dapat lagi komisen seumur hidup dalam belian emas. perghh.. Peluang sangat menarik.

Jadi sesiapa yang dah terbeli emas keluaran syarikat lain dengan "SPREAD" yang agak besar. maka inilah masanya untuk membetulkan kesilapan anda. hubungi saya untuk maklumat lanjut.


Ingin menjadi peniaga emas yang berjaya ?? KLIK SINI



Rebut Peluang Keemasan ini










Pelaburan - Simpanan - Perniagaan.
solidprofitgroup@gmail.com
019-2788739
CEO solid profit enterprise

Wednesday, April 25, 2012

Kisah Benar !! - 9 bulan Aset 1 Juta

Assalamualaikum
Kepada semua diharap agar anda berada didalam keadaan sihat hendaknya, Maaf minggu ini saya agak kurang sihat, mungkin cuaca yang tidak menentu dan juga rehat yang tidak cukup. diharap agar para pembaca saya doakan kesihatan saya agar cepat sembuh ok.

Pada entry kali ini saya ingin menceritakan suatu kisah benar mengenai seorang pelabur tegar yang kini semakin kaya dan berjaya dengan pelaburan emas dan perak fizikal. dan dia adalah rakan karib saya.

Diharap dengan kisah ini anda semua lebih bersemangat bagi membuat pelaburan emas dan perak fizikal melalui rangkaian saya. Kerana untuk menjadi kaya dengan pelaburan emas ini adalah ILMU.



Rakan saya ini, dahulunya adalah seorang pekerja kerajaan dengan gaji RM 1400 sahaja. tetapi dengan ilmu yang beliau ada beliau telah menjana kekayaan dengan aset 1 juta dalam masa 9 bulan sahaja.Semuanya bermula dengan pelaburan emas dan perak fizikal.

Dan sekarang beliau menjadi pelabur sepenuh masa dan telah pun mencapai impian beliau menjadi orang kaya. Persoalannya bagaimana beliau lakukan ?

Inilah yang saya selalu tekankan. tiada yang mustahil jika anda fokus dan ingin mencuba sesuatu yang baru. dan yang paling penting gunakan emas dan perak fizikal. dan kembali kepada " wang sebenar" dan bukan "wang kertas".

Jika anda tidak pasti anda boleh cari seseorang yang boleh membimbing anda, dan bagi rangkaian saya. InsyaAllah saya akan bantu dengan segala ilmu yang saya ada.

TIADA MODAL BUKAN PENGHALANG UNTUK BERJAYA

Tiada modal ?? Rakan saya juga memulakan pelaburan emas dan perak fizikal dengan 0 modal. Tapu bagaimana beliau menjana dari 0 ke 1 Juta. Sila temui saya dan saya akan ajar bagaimana. Kami menggunakan teknik Other people Money (OPM) dan lagi nak tahu apa rahsia beliau yang telah saya korek ? boleh la jadi dealer emas rangkaian saya atau membuat belian dengan saya. Saya akan share.

Rata-rata yang telah mengetahui teknik manipulasi emas ini telah pun menjana keuntungan dan seterusnya memberi nilai tambah didalam kehidupan harian kita.

Simpan untung . Jadi dealer Untung.Buat Manipulasi pun lagi untung.

Sebab tu tak mustahil untung emas boleh mencecah 75% setahun. JADI JANGAN BERLENGAH LAGI.

Sekarang emas berada diparas $1643/oz. dan emas juga telah pernah mencecah $1900/oz. dan harga juga sedang cuba mendaki ke arah itu. jadi memang masa yang sangat-sangat sesuai utk start beli.

Nasihat saya dan juga rakan karib saya. sementara harga berada diparas rendah ini, sila ambil peluang ini bagi memulakan portfolio pelaburan anda sendiri dengan SEGERA. dan ingat harga tidak akan menunggu anda.

Hubungi saya untuk menempah emas dan perak fizikal anda sendiri dan jika nak tahu teknik manipulasi emas secara percuma. temui saya ok.


Untuk perkongsian ilmu pelaburan emas dan perak secara percuma. Hubungi saya di talian 019-2788739 atau email solidprofitgroup@gmail.com "To save your family, buy gold." "To help our nation, keep gold." "To follow your religion, use gold."

Friday, April 20, 2012

Bongkar !!! 3 Strategi Untuk Untung.

Bertemu kita lagi.

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan selamat datang kepada dealer rangkaian solid profit group. Diharap agar anda semua berada didalam keadaan yang baik. Dan kepada sesiapa yang ingin menjadi sebahagian keluarga kami. jangan segan untuk mendaftar ok.


Strategi amat penting untuk Kaya & Berjaya

Sempena harga emas yang tengah berada diparas yang rendah ini, saya tertarik untuk memberi beberapa tips penting bagi sesiapa yang ingin memulakan pelaburan emas dan perak ini. Ini kerana harga diparas ini amat sesuai untuk sesiapa yang ingin menjana keuntungan.

1) Beli item yang ber "spread" rendah.

Dengan pilihan emas yang spreadnya antara 4.5% - 8%. Public gold adalah pilihan terbaik setakat ini. Ini kerana jika pada paras harga rendah ini tiba-tiba kenaikan emas terjadi seperti bulan januari 2012 yang lalu dimana kenaikan sebanyak 8%. maka anda sudah pun boleh mengaut keuntungan ataupun sudah boleh balik modal.

contoh jika anda membeli emas 100g seketul dengan spread 5%, maka jika kenaikan emas 8% dalam masa terdekat ini, maka anda sudah pun untung 3% daripada emas 100g tadi.

Katakan emas 100g = RM18000. maka keuntungan adalah  RM18000 x 3% = RM 540.

2) Daftar sebagai dealer.

Istilah dealer ni ramai yang konpius. sebut pasal jadi dealer PG je, mesti  kena jadi jurujual. Ini adalah tanggapan salah. Konsep dealer didalam public gold ini adalah yang UTAMA nya untuk mengurangkan kadar " spread " apabila kita membeli emas ini.

Contoh katakan anda mendaftar sebagai Normal Dealer.  keistimewaan ND adalah seperti berikut

1- Setiap belian peribadi diberi komisyen -1.0%
2- Jual semula kepada PG/Dealer diberi komisyen -0.5%
3- Override ND rangkaiannya - 0.2%

Apa yang penting disini yang orang tidak nampak adalah komisyen belian dan jualan balik itu dapat mengurangkan kadar spread kita.

Contoh katakan anda membeli 100g tadi dan anda seorang Normal dealer.
kadar spread 100g adalah 5%, dan anda membeli sebagai dealer  mendapat komisyen 1%. jadi spread tadi dikurangkan menjadi 4%.

Didalam waktu terdekat ini jika kenaikan emas menjadi 8%. maka anda sudah pun untung 4%. kemudian anda  menjual emas anda pada Public gold. Pihak Public gold membayar lagi 0.5%. maka keuntungan anda adalah sebanyak 4.5% secara keseluruhannya.

Katakan 100g = RM18000. maka keuntungan anda adalah RM18000 x 4.5% = RM810

Dan yang paling Best. bila anda menjadi dealer, spread anda ini dapat dikurangkan sampai bila-bila. dan dengan Public gold maksimum spread anda boleh pegi sehingga  2.5%.

Woww.. spread 2.5% tu. sangat kecik. dan cepat menguntungkan. nak daftar dealer KLIK SINI.

3) Beli Dengan Lebih banyak.

Kepada sesiapa yang telah beli pada ketika harga Tinggi dan masih tidak menjual emas itu, maka sekarang adalah masa yang sesuai bagi membalancekan portfolio pelaburan anda.

Katakan anda membeli emas 1 dinar pada ketika RM800 sekeping dan anda tunggu harga naik lebih tinggi tak juga naik-naik. dan anda pun tidak membeli semenjak itu.Jadi pada ketika harga RM 1 dinar ini RM 743 saya syorkan anda membeli lagi 3 keping atau lebih.

rasionalnya

 RM800 - beli sekeping
 RM743 - beli 3 keping (total RM 2229 )


jadi total modal = RM 2229 + RM800 = RM3029
Purata sekarang emas anda adalah = RM 3029 / 4 = RM 757

Jadi sekarang anda sudah pun menurunkan RM800 tadi menjadi RM 757. Menarik bukan !!! tak semestinya beli emas pada ketika harga tinggi tidak boleh untung. yang penting ilmu.

Untuk impak keuntungannya anda perlu lah buat strategi ini, Kalau tak buat bagaimana nak tahu untung ke tidak. sebab emas ni memang kena buat, kalau tengok harga emas naik ke atau turun tapi  tak juga beli-beli maka tiada guna.

Keistimewaan Jadi dealer dibawah rangkaian saya. saya akan bagi strategi yang lagi power dari ini.
InsyaAllah. anda berjaya maka saya pun berjaya.

Nak lock emas dari saya pun boleh, hubungi 019-2788739. Hubungi saya untuk perkongsian teknik-teknik yang lebih menarik, dimasa ini cukup setakat ini. Jumpa lagi dilain masa.

Untuk perkongsian ilmu pelaburan emas dan perak secara percuma. Hubungi saya di talian 019-2788739 atau email solidprofitgroup@gmail.com "To save your family, buy gold." "To help our nation, keep gold." "To follow your religion, use gold."

Tuesday, April 17, 2012

Beli Emas Fizikal untuk Elak Skim Emas.

Tak serik-serik terlibat didalam pelaburan yang berbentuk skim.

Dah jenuh saya ingatkan kepada para pembaca sekalian mahupun dealer rangkaian solid profit group. Jangan la terjebak dengan skim pelaburan emas ni,kelak diri anda juga yang merana. Bila dah berlaku baru la nak mengeluh. sebelum terkena tak nak pula dengar cakap orang.



Tapi masalahnya orang kita ni nak yang mudah je. Bila sebut je pasal keuntungan berlipat ganda, tanpa perlu usaha keras maka semuanya berduyun-duyun nak join. Mulalah melabur tahap gaban, RM100k , RM200k pun sanggup dicari. janji dapat pulangan yang besar dan tak susah buat kerja. boleh goyang kaki je. dapat untung. lagi mudah tak buat kerja lagi banyak la melabur.

Duit modal bagi kat kompeni yang ntah boleh percaya atau tidak sewenangnya-wenangnya. Lepas tu mula la berangan-angan jadi orang kaya. Mula-mula ada la pulangan sikit mungkin dalam 10% daripada modal dah dapat balik,anda pun suka . Tiba-tiba company tu lesap dan duit anda pun hilang.. apa tindakan anda ?

Pergi ke pejabat company  tu mintak duit ? sudah tentu la dah takde. dah lesap.duit pun tak dapat. dan barulah terbit erti penyesalan dalam diri.

Prinsip asas menjadi kaya dan berjaya kita kena la BERUSAHA. Warren Buffet ( orang kedua terkaya dalam dunia ni )  pun dulu kerja sebagai penghantar suratkhabar jugak. Mana ada  kerja senang pun, selepas lebih 60 tahun barulah beliau menjadi senang dan kaya.

Sikap inilah yang masih menebal didalam masyarakat kita khususnya bangsa saya sendiri. Malasberusaha dan nak untung cepat je.tu yang ramai yang terjebak dengan skim emas ini.

Yang peliknya bila suruh beli emas fizikal, banyak la pulak alasannya, kononnya susah nak simpan la, bangsa lain yang kaya la dan sebagainya. Abis anda yang bagi company simpan tu tak bahaya ker ?? 

Saya ada baca buku kalau kita tak kontrol pelaburan kita maka itulah Risiko yang terbesar.

Jangan sebab nak kaya cepat anda terpaksa menanggung risiko yang besar. Menjadi Kaya ini bukan suatu pelumbaan yang mana perlu cepat ke lambat, tapi yang penting anda sampai ke destinasi iaitu Menjadi kaya. 

At least kalau emas fizikal. kalau company jadi apa-apa pun emas still dalam tangan kita. Dah berapa kali saya cakap. beli emas fizikal, perak fizikal. anda nampak barang dan anda sendiri yang lakukan dan jalankan pelaburan anda.

Ini tak, still percayakan orang lain menguruskan pelaburanan. alih-alih anda yang tertipu. So please la para pembaca sekalian, jangan la sekali-kali terjebak dengan pelaburan emas yang tiada emas ini, Bahaya besar woooo... lagi satu carilah emas yang spreadnya kecik seperti public gold ini. barulah anda untung dengan risiko yang kurang.

Hubungi saya  019-2788739 utk maklumat lanjut. nak perkongsian Strategi kaya dan berjaya dengan emas fizikal boleh la jumpa saya. jangan lepaskan peluang ini dan segera tinggalkan skim pelaburan emas anda.


Untuk perkongsian ilmu pelaburan emas dan perak secara percuma. Hubungi saya di talian 019-2788739 atau email solidprofitgroup@gmail.com "To save your family, buy gold." "To help our nation, keep gold." "To follow your religion, use gold."

Monday, April 16, 2012

SEMINAR STRATEGI KAYA DENGAN EMAS - AMPANG

Alhamdulillah

Review sikit seminar PERCUMA Bagaimana Strategi Kaya dan Berjaya dengan Emas dan Perak fizikalyang telah diadakan di Ampang pada Sabtu lepas.

Bagi yang telah datang. tahniah saya ucapkan, diharap agar anda mendapat manfaat dari ilmu yang telah disampaikan.

Banyak Syarikat yang telah mengeluarkan emas  fizikal pada ketika ini, malahan ada yang menawarkan emas dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran. Namun harga murah bukan menjadi jaminan untuk anda menjadi Kaya dan mengaut keuntungan.

Apa yang anda perlu tahu adalah.... ..sebab tulah kena datang seminar. banyak benda akan anda faham selepas itu.  dan tidak lagi hidup anda diselubungi Misteri. Dan yang pasti anda akan nampak yang sebenarnya Emas fizikal ini banyak manfaatnya jika anda tahu cara-caranya.

Orang yang tiada Modal pun boleh buat.

Daripada seminar PERCUMA inilah kita dapat menambah ilmu pelaburan kita, namun masih ramai lagi rakan-rakan saya diluar sana tidak mengambil peluang diatas seminar percuma ini.

Bukan apa. nak melabur kena ada ilmu, mana ada ilmu yang percuma seperti ini. Itu pun tak nak, nak kaya perlukan pengorbanan. Ini pun free. just korbankan sedikit masa je,


Seminar di Ampang 13 April 2012 - Bakal jadi Kaya

Saya sebelum adanya seminar ini, telah korbankan bukan sahaja masa, malahan wang ringgit untuk dapatkan ilmu. jadi mengapa mesti menunggu ? Tepuk dada tanya keinginan anda, dan ingat Allah suka kepada orang yang berusaha.


Bagi Kawasan Utara. jangan lupa minggu ini,

sms nama, no tel , email , berapa orang ingin hadir ke 019-2788739


Untuk perkongsian ilmu pelaburan emas dan perak secara percuma. Hubungi saya di talian 019-2788739 atau email solidprofitgroup@gmail.com "To save your family, buy gold." "To help our nation, keep gold." "To follow your religion, use gold."

Friday, April 13, 2012

Produk Baru - 10 Dirham kini Dipasaran

Alhamdulillah, Sekarang Public Gold telah mengeluarkan produk terbaru iaitu 10 dirham dengan berat 29.75g. Dirham ini silver 999 ok. Murah dan semua boleh beli.. Sesuai dijadikan hadiah perkahwinan atau pun hadiah harijadi. Nak tempah & lock boleh hubungi saya 019-2788739.




Untuk perkongsian ilmu pelaburan emas dan perak secara percuma. Hubungi saya di talian 019-2788739 atau email solidprofitgroup@gmail.com "To save your family, buy gold." "To help our nation, keep gold." "To follow your religion, use gold."

Thursday, April 12, 2012

Mengapa Perlu Jadi Peniaga Emas ?

Assalamualaikum, Peace yo (macam AC mizal la plak). Alhamdulillah. harga emas naik hari ini, best-best. kepada yang nak mulakan pelaburan emas dan perak. bolehlah hubungi saya 019-2788739 untuk menempah emas anda sekarang ok.
Saya dapat feedback positif mengenai entry saya yang lepas, bagaiamana dengan emas boleh bayar ansuran kereta. terima kasih saya ucapkan. diharap agar anda hargai ilmu yang percuma ini dengamembeli emas daripada saya atau letakan nama saya sebagai introducer supaya public gold dapat membayar gaji saya.


Nak kaya jadilah peniaga emas

Entry hari ini saya nak lebihkan fokus kepada sesiapa yang berminat nak berniaga dan menjadi kaya raya dengan emas. Jadi sesiapa yang nak kaya kena baca detail entry ini.

Beberapa hari yang lepas, saya telah mendapat soalan daripada sifu saya. Beliau bertanya

Adakah seorg saudagar minyak yg kaya raya, meraih hasil dari jumlah minyak yg dimilikinya atau yg dijualnya?

Atau adakah seorg yg kaya raya dgn hartanah, disbbkn byknya jumlah hartanah yg dimilikinya atau yg diraih hasil darinya?

Atau adakah billionaire Robert kuok (Raja Gula) mnjadi kaya raya disbbkn terlalu byk gula yg disimpan atau yg dijualnya..?

Persoalannya. Adakah anda faham dengan soalan sifu saya ini ?

Jika Ya, anda memang seorang yang bakal menjadi kaya, namun bagi sesiapa yang tidak faham, mari saya kupaskan.

Maksud persoalan diatas adalah. untuk menjadi kaya, kita perlu menjual dan bukan disimpan. Begitu juga dengan emas. Jika anda menyimpan sahaja emas anda, pasti keuntungan tidak akan terhasil. anda perlu menjual emas anda barulah anda tahu Untung.

Ramai yang saya jumpa mengatakan dah untung apabila harga emas mulai naik. Namun hakikat emas didalam tangan masih lagi tidak dijual @ dalam istilah lain dicairkan. jadi bagaimana anda kata  sudah untung ?

Nak tahu untung ke tidak. anda kena la jual emas anda dan tolaklah modal semasa anda membeli emas
anda, barulah anda tahu untung atau tidak.

Begitu Juga semasa harga emas mulai turun, Ramai dok cakap kan dah rugi. tapi emas dalam tangan masih lagi tersimpan lagi. jadi tang mana ruginya ??

Ingat Untung atau Rugi hanya dapat ditentukan pada ketika anda Menjual dan bukan pada waktu anda membeli.

Sebab tu Robert T.Kyosaki cakap. bukan emas yang buat anda kaya, tapi apa yang anda tahu pasal emas yang akan membuat anda kaya.

Sama juga seperti soalan yang diberikan oleh sifu saya, kebanyakan orang-orang kaya mereka memperbanyakan  menjual daripada menyimpan. Dan mereka menyimpan aset bagi menjana sesuatu yang dapat dijual bagi mengaut keuntungan yang lebih banyak, sebab tu mereka kaya.

Sebab tu tokey-tokey emas yang buka kedai emas mereka menjadi kaya bukan sebab mereka menyimpan emas. tetapi mereka menjual emas.

Jadi nak jadi kaya cepat. segeralah jadi penjual emas, bukan rugi pun, tak terjual pun takpe anda tetap dah menyimpan emas.dan dalam masa yang sama boleh buat manipulasi emas.. perghh...

Nak jadi dealer boleh klik kat SINI.

Modal pun beli emas bukan beli barang yang tiada nilai. Pusing-pusing pun ada gak untung. janji ada emas.

Jangan lupa nak beli emas boleh kontek saya ok. Saya akan share dengan anda teknik manipulasi emas secara PERCUMA. Dan saya sendiri pun menyimpan emas dan dalam masa yang sama menjual emas.

Untuk perkongsian ilmu pelaburan emas dan perak secara percuma. Hubungi saya di talian 019-2788739 atau email solidprofitgroup@gmail.com "To save your family, buy gold." "To help our nation, keep gold." "To follow your religion, use gold."

Tuesday, April 10, 2012

Beli Emas Semudah ABC

Assalamualaikum, yeah, masih lagi diberi peluang untuk menulis. Thank you Allah.

Kepada para pembaca sekalian, sudahkah anda memulakan pelaburan emas dan perak dengan teknik yang saya telah post di blog saya ini?

Jika belum segerakan tindakan anda, kerana anda buat baru anda dapat hasilnya. "Fast Action fast Result." Jangan lupa untuk pembelian pertama silaletakkan nama saya diruangan introducer ok.

Sekarang ini semua orang dah kenal dan tahu emas dan perak fizikal memang pelaburan yang menguntungkan. Tapi ramai lagi yang masih keliru dengan platform pelaburan yang selamat dan betul. Sebab tu masih ada lagi yang terlibat dengan pelaburan yang berbentuk skim, dan akhirnya diri sendiri yang merana.

Justeru kita hendaklah menggunakan platfrom yang selamat dan betul, seperti Public gold. Pelaburan emas dan perak menjadi semudah ABC. mana taknya


Beli emas semudah ABC dengan Public gold

Nak beli emas atau perak hanya dengan 3 cara mudah.

1) Tengok harga emas terkini kemudian call/sms saya untuk lock.
2) Bayar dan
3) ambil barang dicawangan berhampiran anda.

( Lock - Bayar - Ambil Barang.)

Begitu juga ingin menjual emas fizikal anda.

1) Tengok harga emas terkini kemudian call/sms saya untuk lock.
2) Bagi Barang
3) dapat cash

(Lock - Bagi Barang - Dapat cash )

Mudah bukan, dan yang paling best anda boleh buat disemua 14 cawangan public gold diseluruh Malaysia. mengikut Keselesaan anda.

Namun nak lagi mudah. jumpa saya. bagi duit saya bagi barang. Jadi tiada alasan lagi untuk menjadi kaya. dan "alasan" itu hanya direka oleh anda.

Lagi Best Daftar Dealer dengan saya. Saya jamin akan mengajar anda teknik serta ilmu pelaburan emas dan perak fizikal. secara Percuma.

Apa keistimewaan Dealer ?

Ni yang best. Setiap kali beli atau jual emas dan perak  dapat komisen. Tak perlu menjual barang kat orang pun. just beli dan simpan pun takpe. Tetap dapat komisen setiap kali pembelian kita. macam dapat diskaun la.

Jadi apa tunggu lagi. jadilah pelabur yang bijak mulai sekarang.

Untuk perkongsian ilmu pelaburan emas dan perak secara percuma. Hubungi saya di talian 019-2788739 atau email solidprofitgroup@gmail.com "To save your family, buy gold." "To help our nation, keep gold." "To follow your religion, use gold."

Tuesday, April 3, 2012

Menjawab Soalan Panassss

Alhamdulillah dan tahniah kepada sesiapa yang sudah mula menyimpan emas dan perak fizikal. Saya doakan Diharap agar anda semua menjana keuntungan dengan semaksimum yang mungkin.Kepada yang telah menyertai rangkaian solid profit enterprise juga saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah. jadi jika anda mempunyai masalah didalam pelaburan emas. boleh hubungi saya ditalian 019-2788739.

Jangan lupa semasa membeli emas dan perak di cawangan public gold berhampiran anda. sila letak kan nama saya sebagai introducer ok.InsyaAllah saya akan membantu saudara sekalian jika menjadi dealer dibawah rangkaian Solidprofit group.

Kali ini saya nak bukak topik panas sikit. Ada yang mengkondem saya kerana saya berniaga emas Public gold ini. Antara kata-kata mereka terhadap saya

" Kenapa menjual barangan keluaran bangsa lain. dan sampai bila nak jadi kuli batak cina. Mengkayakan mereka"



Jawapan saya mudah

Memang tidak dinafikan Public Gold ownernya Berbangsa Cina, Tapi matlamat saya bukan hanya setakat ini sahaja. Saya mahu menjadi kaya dan berjaya serta mengaut keuntungan dan public gold adalah tapak permulaan untuk saya berjaya.



Saya bekerjasama dengan mereka sebab saya ingin belajar dari mereka dan manfaatkan kepada bangsa saya sendiri supaya Cita-cita saya masih tinggi untuk melihat 10 orang terkaya di Malaysia terdiri dari bangsa saya sendiri.

Dan saya nampak potensi keuntungan saya secara maksimum hanya dengan Public gold. Bukan sebab saya nak mengkayakan mereka. Tapi saya nak mengkayakan diri saya sendiri.Bila saya dah kaya, barulah saya boleh kayakan keluarga saya serta rakan-rakan saya pula.seterusnya bangsa saya sendiri.


Bantu membantu

Sebab itu saya selalu tekankan, yang penting adalah "niat". Kalau niat dah tak betul macam mana bangsa kita nak maju. Pernah tak tengok cerita Seniman Bujang Lapuk lakonan S.Samsudin, P.Ramlee dan juga Aziz Satar.

Ada satu dialog diantara Ali (seorang pekerja distudio itu) dengan penjaga studio yang berbangsa Sikh ketika ketiga-tiga orang ini mahu mencari kerja di studio jalan Ampas.

Berikut sorotan dialognya

Ali : “Ini macam punya muka mahu jadi filem star ka?”
Singh bersahaja : “Lu pun satulah! Baru orang mintak kerja lu macam-macam cakap. Apa macam lu punya bangsa mahu maju?”


Ali terasa disindir dan terus menjawap untuk menutup kelemahannya.

Ali: “Ala, Singh lu bahasa sama gua nampak ni, Singh”.
Singh: “Bukan bahasa. Lu punya nasib lu makan, dia punya nasib dia makan. Apa salah kita makan sama-sama”.


Sungguh pedas dan siniskan cakap singh didalam cerita itu,  namun ada hakikat kebenarannya disitu. Sebab itu saya mewujudkan blog ini dan lakukan perkongsian ilmu bersama.

Niat saya ingin bersama-sama kita menikmati kemewahan bukan menghentam antara sesama kita. Yang penting kerja ini halal dan tidak timbul isu mengkayakan kaum tertentu.

Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi,

‏أَ"Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326,
2/841)

Nabi Muhammad SAW mencagarkan baju besi baginda yang hanya digunakan untuk berperang, ini membuktikan hukum berjual beli dengan bukan Islam termasuk Yahudi adalah  harus selagi mana cara aqad dan urusniaganya bertepatan dengan kehendak Islam.

Hadis ini boleh dikatakan hujah terkuat bagi membenarkan umat Islam membeli barangan keperluan dari Yahudi hatta makanan dengan cara berhutang sekalipun.

Adakah saya bersalah jika berniaga emas dan perak walaupun syarikat ini milik seorang yang berbangsa cina ??

Pemikiran inilah yang akan membuatkan bangsa saya yang tercinta ini makin lama makin terpinggir dari segi ekonominya.

Bila kita berjaya, orang akan cakap "buat apa kerja bawah bangsa lain, kayakan bangsa lain".

Bila kita gagal , orang akan cakap "Padan Muka, tula sapa suruh buat,Ko mesti tak berjaya punya".

Hakikatnya ramai yang nak lihat kita "GAGAL"berbanding nak lihat kita "BERJAYA". itulah realiti bangsa saya sendiri.

Saya pernah terbaca 3 kisah menarik

Kisah 1

Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari . Apa ada dalam fikiran melayu ? Sayang kucing ? Kucing makan banyak ?

Jawapan cina, " Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan . bagi duit mesti taknak . Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia ."

Kisah 2

Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk , hanya untuk melihat anak tuan kedai cantik . Satu hari gadis itu tiada , setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England . Apa ada dalam fikiran melayu ? Kedai buruk tapi duit banyak ? Bergadai tanah atau meminjam dari orang ?

Jawapan cina , "Saya dari keluarga Lim , bila anak saya nak pergi belajar , semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin . Tak perlu bayar balik , bila Lim miskin sudah jadi kaya , Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula ."

Kisah 3 

Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid , bajet hanya 20 ribu . Dicari kontraktor melayu . Apa dalam fikiran kontraktor melayu ? Sebut harga hanya 20 ribu katanya . Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina . Terkejut imam kerana harga hanya 12 ribu .

Jawapan cina ," Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang , tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah ."

Dan jangan terkejut. Semua kisah Diatas adalah BENAR. Renungkan

Saya bukan nak membanggakan bangsa lain dan mengkondem bangsa sendiri. tidak sama sekali. Saya seorang yang beragama Islam tapi saya sedih mengenangkan masih ada dikalangan bangsa saya sendiri yang mempunyai sifat serta sikap yang sedemikian rupa.

 Renungkan diri kita dan muhasabah diri, betulkan niat dan lakukan dengan ikhlas, InsyaAllah Pasti ada  hasil.

Apa-apa pun segala-galanya terletak kepada anda. Anda yang menentukan portfolio pelaburan anda.

Yang buruk datang dari saya, dan yang terbaik dari Allah jua.


Untuk perkongsian ilmu pelaburan emas dan perak secara percuma. Hubungi saya di talian 019-2788739 atau email solidprofitgroup@gmail.com "To save your family, buy gold." "To help our nation, keep gold." "To follow your religion, use gold."

Monday, April 2, 2012

Emas akan Menjahanamkan Yahudi !!!

Setiap kali saya melihat berita disiarkan dikaca TV pasti akan ada cerita yang sama sahaja diulang berkali-kali, baik berita didalam mahupun juga diluar negara. Persoalannya adakah anda mengambil iktibar dari segala yang ditunjukkan didalam berita dan apa kena mengena dengan anda  ??

Rata-rata saya bertanya ramai para penonton hanya mahu melihat slot sukan sahaja, slot yang lain just sebagai info semata-mata tanpa anda perasaan ingin tahu.Tetapi bagi saya setiap kali melihat berita semakin kita berada diambang akhir zaman.

Mengapa saya berkata begitu ?

Ada tak anda pernah  tengok atau dengar mengenai isu hutang negara eropah serta ekonomi global yang semakin meruncit.  Saya yakin mesti ramai yang tahu tentang isu  ini.Namun disebabkan di Malaysia ekonomi kita bergantung kepada perdagangan dengan China dan India khususnya Kelapa Sawit dan Petroleum   maka disebabkan ini kita tidak terasa sangat impaknya.

 Persoalanannya bersediakah anda apabila keruntuhan ekonomi dunia berlaku dan adakah Malaysia juga tidak terjejas khususnya anda ??. Sudah tentu juga kita juga akan menerima nasib yang sama.

Sistem ekonomi kini sedang berada diambang akhir. Didalam Al-quran juga anda menyebut

"Hai orang-orang Beriman,Bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa
riba." (al-Baqarah : 278)
Allah SWT telah pun mengingatkan kita namun perkara inilah yang menjadi senjata utama yahudi bagi menguasai dunia. Riba berlaku secara berleluasa tanpa kita sedari atau tidak. dengan mempergunakan bank sebagai medium perantaraan maka hal ini dapat ditutupi dengan bersandarkan nama "Sistem perbankan Islam" semata-mata.

Ada yang mengatakan bahawa yahudi akan memperkenalkan duit maya, iaitu duit dengan menggunakan kad kredit, debit dan sebagainya bagi mengantikan wang fizikal itu sendiri. dan akibatnya kita semakin sukar untuk memegang duit. Cuba kita lihat sekarang. sudah pun berlaku bukan ? Bayar semua buat "Internet banking" je.

Apabila sebut Yahudi, hati saya sangat benci dan sangat geram melihat mereka membuat sewenang-wenangnya kepada saudara  kita di Palestin. Namun tak bermakna kita tidak dapat menolong saudara kita disana.

Justeru cara yang terbaik yang dapat kita lakukan bagi menghalang rancangan jahat zionis terhadap umat islam terutama ekonomi islam ini adalah dengan menaikkan kembali matawang islam iaitu dinar emas dan dirham Perak.

Sebab emas dan perak mempunyai nilai instrinsik (intrinsik Value) yang tersendiri dan harganya ditentukan oleh komoditi itu sendiri dan bukannya seperti matawang yang kita gunakan sekarang dikawal oleh golongan tertentu.


Kita adalah umat akhir zaman, Zaman dimana munculnya Dajjal, Yakjuj Makjuj, Imam mahdi , Nabi Isa. Jadi sama-samalah kita berganding bahu dan melawan Ekonomi yahudi yang telah sedia ada sekarang ini.

Dri hadis Rasulullah SAW

"Akan Tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas dan Perak" (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal).


Harapan saya agar rakan pembaca sekalian segeralah berubah demi kesejahteraan anda sekeluarga, simpan lah emas dan perak mulai sekarang. tidak mampu emas, simpanlah perak kerana kedua-duanya mempunyai nilai kelak.

Sesal dahulu pendapatan Sesal kemudian tidak berguna lagi.



Hubungi saya di talian 019-2788739 atau email solidprofitgroup@gmail.com untuk perkongsian ilmu pelaburan emas dan perak secara percuma. "To save your family, buy gold." "To help our nation, keep gold." "To follow your religion, use gold."

Anda juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...