Wednesday, December 28, 2011

Cepat!!! Bermula sekarang takut tertinggal jauh

Hai semua, bertemu lagi kita,

Kali ini saya ingin menyeru lagi. Silalah mulakan pelaburan emas dan perak sekarang. Nak tahu, jumpa saya. Kita kongsi ilmu mengenai teknik manipulasi emas.

kenapa saya berkata begitu ?


Price gold  sekarang berada di paras "support"

Harga Gold sekarang ini berada di paras Support yang agak kuat, kebarangkalian untuk harga turun melepasi paras ini agak sukar, tapi sebarang kebarangkalian boleh berlaku.

Tapi kalau anda masih belum mula membeli Gold, sila mulakan sekarang kerana harga ketika ini berada di paras Support yang amat sesuai untuk Entry Point (Mula Membeli)

Seperti yang sebelum ini, Ingat bagi pelaburan emas dan perak kita hanya ketahui keuntungan bila kita "liquidkan". untuk keuntungan maksimum Buy sekarang dan liquidkan apabila mencapai matlamat kita.



begitu juga silver.



Price Silver juga berada diparas "Support" yang kuat.

Sekarang ini juga silver berada di paras support yang kuat. Kalau anda perhatikan, sekarang ini harga Silver sedang mencuba paras Support untuk kali yang ketiga, menunjukkan yang ketika ini adalah paras harganya yang sesuai untuk anda mula membeli atau menambah stok Silver anda. Dan lagi best silver pulangan lebih tinggi berbanding emas.

1) Bagi yang ingin memulakan pelaburan emas dan perak, segerakan lah niat anda sekarang.
2) Bagi yang sudah memulakan pelaburan emas dan perak, silalah tambah stok anda sekarang untuk menggunakan teknik averaging dan mendapat keuntungan maksimum.

Mula sekarang baru tunggu, bukan tunggu tapi tak beli-beli.

Sunday, December 25, 2011

Pengumuman !!!! Harga Semasa Emas dan Perak Keluaran Public Gold

Disini saya ada satu pengumuman.

Harga Semasa Public Gold yang pada kebiasaannya akan terpampang di kiri dan kanan blog saya telah mengalami masalah. Ini disebabkan oleh proses menaik-taraf website Public Gold itu sendiri.

Jangan Risau !!! Harga semasa Public Gold anda masih dapat melihat seperti link berikut.

Website Public Gold :

http://www.publicgold.com.my/v1/


atau

http://www.publicgold.com.my/v1/components/com_publicgold/wb/liveprice.php

Jadi sebelum saya dapat meletakkan kembali price semasa Public Gold di blog saya, maka sila gunakan kedua-dua link ini jika ingin menempah serta membeli barang dari saya..

"Sharing Is knowledge"

Friday, December 23, 2011

Tips mencari introducer

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah yang telah memberi rezeki kepada saya.

Terima kasih saya ucapkan kepada pembaca blog saya. Meminjam kata-kata Dr Azizan "Semoga anda menjadi kaya dan kaya lagi"

Pada entry kali ini saya ingin mengupas tentang bagaimana mengenal pasti introducer yang baik. Memang seperti yang sedia maklum, jika menjadi dealer public gold, introducer akan bakal mendapat komisen setiap kali pembelian dari dealer-dealernya. dan komisen ini mengikut peringkat anda didalam public gold.

Saya cerita sikit tentang bagaimana saya mencari introducer yang terbaik dalam pelaburan saya. Saya mula berminat mengenai pelaburan emas ini sejak bermula dari tahun 2007 semasa saya mula-mula kerja dahulu. Namun disebabkan ketiadaan Modal dan juga kurangnya ilmu pelaburan adalah faktor saya menyimpan sahaja cita-cita saya untuk membeli emas.

Dan selepas itu saya mula menceburkan diri didalam bentuk pelaburan yang lain. Namun kesemuanya agak mengecewakan dan merbahaya.

Pada Awal tahun 2011, semasa saya mengeluarkan duit KWSP setelah 4 tahun bekerja. Saya berniat untuk memulakan 1 era pelaburan yang baru dalam hidup saya dan lebih selamat dan stabil. Jadi saya mula mencari-cari jenis pelaburan yang terbaik pada ketika ini. Dan Allah telah memberikan kembali ilham  kepada saya supaya membuat pelaburan emas dan perak.


"Sharing is Knowledge"

Dari situ la bermulanya saya mula mencari-cari pelaburan emas dan perak yang paling sesuai. Setiap hari saya mencari di internet pelaburan emas apakah yang paling terbaik pada ketika itu.Dan akhirnya setelah meneliti secara terperinci saya memilih pelaburan emas bersama Public Gold kerana ia adalah yang terbaik dan menepati konsep serta pelan pelaburan yang bakal saya lakukan.

Kemudian saya mencari introducer Public gold secepat mungkin dan ingin bertanya lebih lanjut. Ternyata beliau mempunyai ilmu yang lebih banyak didalam dunia pelaburan meskipun umur beliau lebih muda dari saya. Dari beliau saya belajar lebih mendalam tentang dunia pelaburan. sehingga kini saya masih lagi berkawan dengan beliau dan bertukar pandangan dan idea bagi menjana teknik manipulasi emas yang terbaru.

Ya. introducer adalah umpama guru kita. Paling penting kita kena cari introducer yang dapat membimbing kita didalam pelaburan dunia pelaburan bila kita mempunyai kemuskilan dan bukan seorang introducer yang hanya mahu mengaut keuntungan dari segi komisen sahaja.

Ada juga introducer yang hanya mahu mengaut keuntungan dari segi jualan sahaja dan tidak mahu langsung berkongsi ilmu dengan pelabur-pelabur. Pada saya, saya lebih suka menggunakan pendekatan "Sharing is Knowledge".  Bila kita share secara tidak langsung kita telah menambah ilmu kepada orang lain dan menambah "networking" bila kita mahu mencairkan emas kita nanti. Berpegang "Bila kita bagi 1 Allah akan Bagi 10 kepada kita".


Kerjasama antara anda dan "introducer" akan dapat mengurangkan risiko pelaburan melalui perkongsian ilmu dan maklumat

Jadi jika ingin mencari introducer, perkara pertama yang perlu kita titik beratkan adalah ilmu . Saya pun masih lagi belajar benda baru setiap hari. Dan apa salahnya kita belajar bersama-sama dan mengaut keuntungan bersama-sama.Bukan dengan Menjatuhkan antara satu sama lain. Saya menyeru supaya buangkan sifat hasad dengki ini kerana ia adalah kunci perpecahan ummah.


Setiap orang ada rezeki mereka masing-masing dan ilmu yang berkekalan adalah harta sebenar kita DISANA nanti.

jika ada sebarang kemusykilan tentang pelaburan emas. InsyaAllah saya akan cuba membantu anda dan bersama-sama menjana kekayaan dengan emas dan perak fizikal. Hubungi 019-2788739 untuk maklumat lanjut.

Tuesday, December 20, 2011

Pusingan modal adalah penting.

Selamat bertemu lagi kepada para pelabur emas dan perak diluar saya, terima kasih kerana masih lagi memilih untuk membaca blog saya ini.


Modal dan Keuntungan perlu seiring

Harga Emas dan perak dunia telah turun sekarang, jika mahu memulakan pelaburan emas dan perak masa inilah masa yang sesuai.

Didalam mencapai financial freedom. salah satu perkara penting yang perlu kita titik beratkan adalah mengenai modal.Banyak yang saya temui mereka tidak tahu bagaimana mahu menggunakan modal yang mereka ada.

Sebab itu mereka gagal untuk mengenal pasti pelaburan yang mereka ceburi itu berbaloi atau tidak.

Baik saya bagi tips yang basic :

1) Asing Modal - Sila asingkan modal anda dan ia tidak digunakan ketempat lain. Maksudnya modal inilah yang anda mahu gunakan untuk tujuan pelaburan bukan untuk benda lain. Jika anda untung, ambik keuntungan dan gunakan kembali modal asal anda yang mula-mula tadi untuk melabur kembali. Kena Disiplin.

2) Konsisten  - Beli secara berkala, naik ke turun anda tetap untung.Gunakan modal tadi dan beli secara berkala dan konsisten. bila capai keuntungan. "liquid " atau cairkan keuntungan dan asingkan modal kembali.

3) Pecahan - Pecahkan modal anda mengikut situasi semasa membeli emas. jika emas drop, beli 50% daripada modal anda dan lagi 50% standby untuk beli bila harga jatuh atau naik selepas itu sebab kita tidak tahu sentimen pasaran. kita pelabur bukan gambler, klau beli 100% kemudian kalau  harga selepas tu jatuh, kan rugi. dan kalau naik pun kita boleh buat averaging dengan sebelumnya. so win win situation untuk anda.

Boleh juga jadikan kesemua keuntungan anda tadi sebagai modal pelaburan anda yang baru dan menjana keuntungan yang lebih banyak lagi

Ini hanya tips basic saya berikan, jika mahukan yang lebih advance dan menjana keuntungan boleh masuk kelas 5B kami ok. atau pun jika anda beli emas dari saya, akan saya guide anda bagaimana mahu menggunakan modal anda denga betul dan efisyen mengikut situasi semasa.

" Beli emas dan perak sekarang,kemudian baru tunggu. Bukannya tunggu kemudian emas dah naik baru nak beli "

"sharing is knowledge"

Thursday, December 15, 2011

Pelaburan Emas Public Gold Dengan Strategi 5B

KEPADA PARA PEMBACA SEKALIAN
KALI INI SAYA INGIN MEMBONGKARKAN TENTANG TEKNIK PELABURAN YANG SANGAT-SANGAT PERLU ANDA SEMUA HADIR JIKA MAHU MENJANA KEKAYAAN DENGAN EMAS DAN PERAK

DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK 5B

1- Apa itu Strategi 5B?
Strategi 5B adalah satu strategi khusus untuk pelabur Emas & Silver keluaran Public Gold dimana ianya merangkumi 5 kaedah unik yang telah dipermudahkan bagi kefahaman dan penguasaan menyeluruh bagi semua lapisan masyarakat dan peringkat usia.

2- Apakah kaedah-kaedah unik tersebut ? Ianya adalah kaedah untuk mengenalpasti;
- Bila Nak Beli
- Bila Nak Jual
- Berapa Banyak Nak Beli
- Berapa Banyak Nak Jual
- Bila Nak Beli Semula

3- Apakah manfaatnya mengetahui kelima-lima kaedah ini?
Dalam pelaburan Emas & Perak fizikal, saya mengkategorikan konsep pelaburannya kepada 4 bahagian, iaitu :

a) Konsep pelaburan melalui simpanan secara berkala dan konsisten, pulangannya melalui Pemurataan Nilai Ringgit (Dollar Cost Averaging).
b) Konsep pelaburan bermatlamat, pulangannya melalui kenaikan nilai semasa (Capital Gain).
c) Konsep Trading, pulangannya melalui kenaikan harga semasa (Buy Low, Sell High).
d) Konsep pelaburan melalui modal pinjaman tunai, pulangannya melalui Pemurataan Nilai Ringgit (Dollar Cost Averaging).

Dalam kebanyakan masa, para pelabur lebih cenderung kepada Konsep Trading, kerana cara ini memberikan Aliran Tunai yang baik dan juga memberikan keuntungan dalam jangkamasa pendek dan sederhana.

Saya sendiri dalam kebanyakan masa mempraktikkan konsep ini. Namun masalah yang dihadapi oleh para pelabur lain adalah mereka gagal meraih keuntungan daripada konsep ini kerana bila mereka mula membeli, harganya tiba-tiba turun pula disebabkan mereka tidak tahu "Bila Nak Beli".

Ada yang membeli pada harga rendah, dan apabila harga Emas naik, sepatutnya mereka dah untung jika mereka menjualnya, tapi tak sempat jual harga dah turun semula disebabkan mereka tak tahu "Bila Nak Jual".

Lebih parah lagi, kegagalan mengurus modal kewangan untuk mempraktikkan konsep ini, akan menyebabkan mereka tidak tahu "Berapa Banyak Nak Beli". Justeru, bila harga Emas tiba-tiba turun, belian pertama dengan amaun yang paling bayak digadaikan dan digunakan untuk membuat belian tambahan ketika harga rendah.

Bila turun lagi, ia digadaikan lagi menyebabkan lama kelamaan belian pada harga paling rendah semakin kecil. Ini membuatkan pelaburan Emas fizikal yang sepatutnya tidak menggunakan Margin Equity, kini menjadi pelaburan yang menggunakan Margin Equity dan setiap kali harga Emas turun, Equity mereka semakin susut!

Kegagalan mengurus modal kewangan dalam konsep ini juga mengakibatkan ramai yang tidak tahu "Berapa Banyak Nak Jual". Biasanya mereka akan menjualkan kesemuanya sekaligus, dan kesannya mengakibatkan persoalan pada B yang ke lima iaitu;

"Bila Nak Beli Semula", kerana bila semuanya telah dijual, dan harga terus menerus naik, maka mereka bukan sahaja tiada untung jika ingin membeli lagi, bahkan mereka perlu menambah wang lagi untuk membeli dalam kadar yang sama seperti sebelumnya.

Bukan itu sahaja, "Bila Nak Beli Semula" juga sangat mengelirukan dalam situasi harga Emas sedang turun. Kebanyakan pelabur membeli semula setiap kali harga Emas turun RM1, RM2 dan RM3, menjadikan bila harga menjunam turun sampai RM50, mereka dah kehabisan modal untuk membeli lagi.

4- Adakah kaedah 5B ini sama seperti Analisis Teknikal?

Tidak sama sekali. Dalam menganalisis pasaran, ada 4 perkara yang perlu dikuasai, iaitu;
-Analisis Teknikal
-Analisis Fundamental
-Pengurusan Kewangan
-Pengurusan / Kawalan Emosi

Dalam strategi 5B ini, keempat-empat perkara diatas telah dipermudahkan dan dicompile menjadi satu Strategi Taktikal yang amat mudah difahami dan dikuasai hanya menggunakan beberapa formula pengiraan sahaja.

Dengan strategi ini juga, semakin banyak harga Emas turun, maka semakin banyak keuntungan yang diperolehi menyebabkan pelabur yang mempraktikkan strategi ini tidak akan risau dengan penurunan harga kerana ianya adalah bonus untuk keuntungan yang lebih banyak.

Strategi ini sesuai dan menguntungkan baik untuk Dealer ataupun bukan Dealer, tetapi advantage kepada Dealer kerana % komisyen yang diperolehi akan memberikan keuntungan yang lebih tinggi.

5- Siapa Yang Perlu Hadir Ke Training & Coaching 5B ini?
Mereka yang mahukan pendapatan pasif dari pelaburan Emas & Perak fizikal.
Mereka yang mahukan Aliran Tunai yang positif dalam pelaburan Emas & Perak.
Mereka yang mahu meraih keuntungan ketika harga turun ataupun naik.
Mereka yang mahu meraih keuntungan berulang kali dalam pergerakan harga yang volatile.

6- Bagaimana mahu mendapat maklumat lanjut mengenai tarikh, lokasi dan bayarannya?

Bayaran adalah sebanyak RM399 termasuk Makan tengah hari serta makan tengah hari dan petang selama 2 hari. (Tempat tidur tidak disediakan).


Tempat Terhad Untuk 20 orang sahaja supaya coaching dapat dijalankan dengan efisyen dan lebih mendalam.

Lokasi dan tarikh adalah seperti berikut :


 17 & 18 Dec  - Thistle Hotel, Johor Bahru
 24 & 25 Dec  - Eastin Hotel, Penang
 31 Dec & 1 Jan - Vistana Hotel , Kuantan
 6 Jan & 7 Jan  - Crown Garden Hotel, K.B
 14 & 15 Jan  - Holiday inn, Melaka
 21 & 22 Jan  - Ipoh (tempat diberitahu kemudian)
 27 & 28 Jan  - Vista Hotel K.T

Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya ditalian - 019-2788739
atau email saya solidprofitgroup@gmail.com

Tuesday, December 13, 2011

Public Gold - Platform terbaik untuk Pelaburan Emas dan Perak Fizikal

Saya terpanggil untuk mengupas tajuk pada hari ini kerana sekarang ini telah timbul isu panas mengenai Public Gold dan mempertikaikan tentang pelaburan emas dan peraknya .

Diharap kepada sesiapa yang ingin memulakan pelaburan emas dapat mengambil ini sebagai garis panduan sebelum anda memulakan pelaburan emas.

Entry ini sebagai pendapat. Bagi saya terpulang jika anda beli emas dan perak fizikal dari syarikat lain pun saya tidak menghalang. Anda nak simpan emas berkilo-kilo dari company A ke B ke ataupun C terpulang kepada. janji anda untung dan bahagia.

Dalam dunia pelaburan tiada orang yang dapat mengatakan apa yang anda buat itu salah atau tidak.itu hak anda yang penting anda tahu apa yang anda lakukan kerana kelak jika terjadi apa-apa anda yang akan menanggungnya. Saya sekadar menasihat kerana nasihat menasihati adalah salah satu langkah pembelajaran  pada saya untuk menambahkan ilmu saya sendiri.

Sebab itu saya galakkan jika anda mahu memulakan sesuatu pelaburan, sila kaji dahulu dari segi modal pusingan, pulangan serta matlamat pelaburan yang anda ingin ceburi. Jika ini tidak "clear" maka pelaburan anda didalam keadaan bahaya.

Saya sudah pun mengkaji itu semua dan saya tahu pilihan saya untuk memilih pelaburan emas bersama public gold adalah yang terbaik buat saya setakat ini kerana saya tahu apa yang saya rangkakan dalam jangkamasa pendek dan panjang akan mencapai kejayaan jika saya masih lagi mengikut plan saya.

Tidak kisah la ada rakan lain mengatakan company A memberi pulangan yang lebih menguntungkan dan ada juga mengatakan Company B memberi banyak kemudahan kepada pembelinya. saya tidak pandang itu semua. Apa yang pasti saya tahu apa yang saya lakukan kepada emas dan perak fizikal saya.

Berulang kali saya tegaskan, "investment is a plan not a product". jika anda mendapat sesuatu produk yang bagus pun namun jika anda tidak tahu untuk merangka strategi pelaburan anda maka saya rasa pelaburan anda bakal menanggung risiko yang amat tinggi.

Sentimen pasaran pelaburan adalah meluas, jadi kita kena bersiap sedia bagi segala kemungkinan yang bakal berlaku dari segala sudut untuk meminimakan risiko pelaburan anda.

Pelaburan sama seperti di medan peperangan. Jadi!! sebelum musuh datang menyerang kita kena tahu apa perlu untuk dilakukan untuk mencapai kejayaan. Bersiap sedia sebelum musuh datang adalah lebih baik daripada apabila musuh datang baru nak bersedia.

Apakah Kriteria dalam mencapai matlamat saya dalam pelaburan emas dan perak ini ?

1- Variasi Produk yang bersesuaian

Didalam pelaburan emas dan perak, saya menitik beratkan variasi emas yang bersesuaian dengan matlamat pelaburan saya. Justeru variasi pilihan mestilah memiliki bentuk, berat serta ketulenan yang sama supaya rangka pelaburan saya dapat diurus dengan baik.

Public Gold Mempunyai pelbagai variasi emas pelaburan


Emas perhiasan wajar dielakkan kerana ia tidak menepati citarasa saya sebagai medium pelaburan saya.
Jadi Public Gold mempunyai pilihan variasi ini dan sesuai untuk matlamat pelaburan saya.

2- Kadar Spread yang kompetatif

Ini adalah salah satu kriteria yang sangat-sangat penting bagi saya. Jika saya memilih produk pelaburan yang mempunyai spread yang besar akan menyebabkan keuntungan saya lambat untuk dicapai tempoh Breakeven (Balik Modal).

Di Public Gold, kadar Spread untuk Emas Fizikal yang dikenakan sekitar 4.5 - 8% bergantung kepada produk.  Jika menjadi dealer saya dapat mengecilkan kadar spread serendah 2% - 5.5%. bagi sesebuah pelan pelaburan spread antara 4%-6% adalah yang terbaik dan jika spread melebihi 10% maka adalah tidak sesuai untuk tujuan pelaburan. JADI sebab itu saya memilih emas Public Gold untuk pelaburan saya.

Harus diingat keuntungan dikira  pada waktu anda menjual emas dan bukan pada waktu anda membelinya, sebab itu saya menitik beratkan kadar spread ini bagi mencapai keuntungan maksimum kepada saya dengan lebih cepat.

3- Kecairan

Didalam entry yang lepas, saya sudah pun mengupas tentang maksud kecairan ini. Faktor ini juga memainkan peranan penting mengapa saya memilih produk public gold sebagai produk pelaburan saya.

Sebagai pelabur saya mahukan tahap kemudah cairan yang tinggi agar senang saya nak menjual balik kepada syarikat. Bermakna jika nak pakai duit cash senang.

Tak berbaloi jika saya membeli emas yang murah dari company A namun apabila ingin menjual kembali untuk mendapatkan sedikit tunai terpaksa memandu dari Selangor ke Penang. Setakat ini, tahap kemudah cairan produk Public Gold adalah yang tertinggi dan hampir setiap negeri mempunyai cawangan.

Harga belian serta jualan juga pula transparent tiada yang terselindung. Ini membolehkan saya merangka strategi yang seterusnya. Harga di Public Gold menggunakan harga antarabangsa , jadi dan yang paling penting boleh Jual balik kepada syarikat pada bila-bila masa mengikut harga yang antarabangsa.

Sebagai pelabur, yang menjadi perbandingan utama saya bukanlah "Harga Jualan" emas tersebut, sebaliknya "Harga Belian" baliknya yang perlu saya beri keutamaan kerana keuntungan saya ditentukan ketika saya jual, bukan ketika saya beli.


Kesimpulan :

Apa yang paling istimewa sebagai pelabur saya tidak mempunyai sebarang pesaing kerana Keuntungan saya adalah dari emas yang saya Beli dan Jual semula kepada Public Gold, dan bukannya dari komisyen jualan, atau komisyen mencari downline atau merekrut orang baru.

Kerana saya adalah seorang Pelabur emas dan Perak dan bukannya Peniaga emas dan perak yang mengaut untung hasil dari jualan kepada customer, ataupun mengutamakan pendapatan melalui networking yang memfokuskan kepada kemasukan orang baru.

Matlamat saya Adalah menjadi PELABUR Emas dan bukan PENIAGA Emas. dan Public Gold adalah platform terbaik Di Malaysia dalam mencapai matlamat saya setakat ini sebagai seorang PELABUR.

"Sharing is knowledge."

Monday, December 12, 2011

Membongkar Rahsia 5B

Hari ini saya ingin menceritakan tentang seminar yang telah dibuat oleh saudara pelabur jutawan (PJ) dan juga saudara pokli pada 10 dan juga 11 Dis 2011.



Seminar ini bertempat di Palm Hotel, Putrajaya dan penyertaan hanya dihadkan kepada 20 orang sahaja, supaya proses coaching ini dapat di sampaikan dengan lancar kepada kesemua para peserta.

Dengan bayaran RM400 bagi 2 hari coaching beserta makan di hotel 5 star, pada pendapat saya sangat-sangat berbaloi. ini kerana ilmu yang dapat boleh digunakan untuk menjana ribuan rinngit dan berkali-kali ganda lebih tinggi dari modal seminar.

Sesi coaching ini  mengupas dan membongkar bagaimana PJ  dan juga Pokli menjana kekayaan dengan emas dan perak ini hanya menggunakan Trading chart & kalkulator sahaja secara mudah dan padat. 

Support dan juga Resistance memainkan peranan yang penting didalam analisis telah dikupas secara jelas.Setelah dibongkar baru lah kesemua peserta tersenyum puas dan tidak sabar untuk memulakan langkah yang pertama didalam pelaburan emas. 

Frankly speaking, memang sangat-sangat berbaloi kalau hadir, teknik yang mudah serta ditambah pula dengan contoh-contoh yang bernas membuatkan para peserta senang untuk faham.

Teknik  dan Strategi 5B yang dapat kami ketahui adalah
1) Bila nak Beli
2) Bila nak Jual
3) Berapa banyak nak beli
4) Berapa banyak nak jual
5) Berapa banyak nak beli balik.

** Maksud Jual dalam 5B ni bukan kena pegi cari customer. Just jual balik kat Public Gold  je. atau pun dealer-dealer PG yang berhampiran.  Jual Pakai harga PG buy. tapi still untung tahap gaban.

Dengan menggunakan kesemua teknik ini. jika harga emas dan perak turun atau naik anda tetap untung.
Saya berasa amat bertuah menjadi pelopor bagi teknik 5B ini.

Jangan risau !! sesiapa yang berminat untuk menyertai Personal coaching ini anda boleh hubungi saya di talian 019-2788739 untuk pendaftaran next session kat Johor dan juga Penang. 

Jadi jika anda mahukan kekayaan dengan emas dan pasti berbaloi, modalkan lah RM400 ini, dan boleh dipakai ilmu ini untuk menjana kekayaan untuk sepanjang Bull Market ini. Pasti selepas ini anda akan tersnyum sendiri mengira keuntungan anda.

" Sharing is Knowledge "


Friday, December 9, 2011

Pelaburan Halal dan Pelaburan Haram I

Terpanggil daripada pihak pembaca blog saya yang ingin mengetahui tentang tajuk pada hari ini maka saya akan cuba untuk menerangkan disini, diharap dapat manfaat bersama.

Saya akan mengupas tentang pelaburan emas sahaje, pasal pelaburan lain  kena lah tanya orang lain yang lebih pakar ok.

Baiklah..sebelum melalut lebih panjang meh kita kaji bersama-sama lagi.

Bank Negara telah pun mengeluarkan akta seperti berikut

" Menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu, iaitu boleh menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan (ABIK) 1989 ".

Jadi Jika berlaku seperti diatas maka adalah haram disisi undang-undang Malaysia.

Dan yang paling popular didalam dunia pelaburan emas ini adalah yang berbentuk skim cepat kaya seperti skim piramid, Pak Man Telo & Skim Ponzi.

Pada kebiasaannya antara ayat-ayat skim cepat kaya adalah:-

1) Anda tidak perlu berbuat apa-apa. Hanya tunggu wang terkumpul dalam akaun anda...."

2) Dijamin tiada risiko, dan wang akan dipulangkan kembali.

3) Orang berkenaan (individu, syarikat atau organisasi) menerima, mengambil atau menyetuju terima deposit daripada orang awam tidak mempunyai lesen di bawah seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989.

4) Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit dengan atau tanpa faedah atau pulangan (faedah atau pulangan pelaburan dijanjikan untuk dibayar dalam suatu tempoh masa dan dalam bentuk wang atau nilaian wang, sebagainya); dan

5) Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit pokok apabila pembayaran balik dituntut atau pada suatu masa atau mengikut hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat bayaran itu dan orang yang menerimanya, dengan apa-apa balasan berupa wang atau nilaian wang (pembayaran pelaburan pokok adakalanya dimasukkan sekali dalam faedah atau pulangan tetap yang dijanjikan).

Langkah-langkah yang anda perlu ambil bagi mengetahui pelaburan itu halal atau haram

1) Jadi dalam pelaburan emas dan perak kena la kaji latar belakang company atau individu yang menjual produk komoditi itu sendiri. Ada tak sijil atau pengesahan dari Bank negara Malaysia atau tidak.

2)Setelah pasti mereka menjual benda yang betul maka kemudian check plak sama ada company itu dah establish atau belum. Kalau boleh kenal owner company tu, nti apa-apa hal senang.

3) Jika Document dah cukup, dan Bank Negara pun tiada masalah, check plak emas dan perak fizikal mereka keluarkan pengesahan atau tidak. kalau Public Gold ada "Assayer". Kena ada ni, klau emas xde assayer alamatnyer berhati-hati la. takut emas yang dijual mungkin curi dari Bank.

4) Selepas itu cuba try skit2 dahulu kalau tak berani la. Kalau anda seorang yang duit banyak dan tak kisah duit tu hilang, xpe la. Kalau Public Gold memang dah sah- sah betul so xde was-was la.

Pendapat Ikhlas saya, kaji dlu, invest dalam knowledge dahulu k, tak salah dan tak keluar duit kalau invest dalam knowledge.Bila dah puas ati, baru lah start, so kalau nak tau lebih lanjut dalam pelaburan emas dan perak bersama public gold boleh hubungi saya 019-2788739.

Anda pegang dan lihat sendiri emas fizikal anda, tiada selindung.

Tuesday, December 6, 2011

Kecairan dan juga matlamat pelaburan

Dalam pelaburan Emas dan Perak konsep kecairan adalah penting, Emas dan perak fizikal hanya memberi kenaikan dari segi  nilai atau pun "capital gain" sahaja. Justeru untuk mendapatkan keuntungan ataupun "profit" anda perlulah menjual emas dan perak fizikal anda barulah anda mendapat  "cash"  dan inilah yang dipanggil kecairan.


Emas keluaran Public Gold adalah yang terbaik  untuk dicairkan
 
Jadi jika anda membeli emas dan perak fizikal anda hendaklah tahu dimana mahu menjualnya kembali untuk mendapatkan untung.Walaupun anda membeli berkilo-kilo emas dan perak tetapi susah untuk dicairkan tiada
guna juga.

Dan kebanyakan orang mereka lebih suka melabur didalam skim yang memberikan pulangan secara bulanan.Ini kerana mereka tidak mahu susah-susah tentang kecairan ini. bagi modal dan kemudian tunggu pulangannya.

Tetapi bagi saya ini adalah sangat-sangat berisiko kerana kebanyakan pelaburan emas dan perak jenis skim ini hanya akan menunjukkan kenaikan emas dan perak sahaja.

Cuba kita reverse balik, jika harga emas turun. adakah mereka akan membeli emas kita dan memberi pulangan yang sama setiap bulan?

Sudah pasti syarikat tidak akan membeli emas anda jika mereka sudah pun rugi. Ramai berkata bahawa emas tidak akan turun, tetapi adakah anda sudah mengkaji atau mengikut sahaja kata-kata orang ?

Emas pernah tidak naik selama 10 tahun. Jika anda dapat bertahan selama 10 tahun tanpa mengusik emas anda, tahniah !! anda memang seorang yang kaya.Tetapi bagi golongan pertengahan serta miskin yang sangat-sangat sentiasa  memerlukan cash adalah amat sengsara selama 10 tahun melainkan terpaksa let's go emas itu bagi menampung kehidupan.

Ada juga syarikat yang menggunakan teknik pajakan sebagai modus operandi. 35% kita bayar ke syarikat kemudian baki 65% lagi kita bayar setelah mendapat cash dari pajakan. seterusnya, kita membayar bulan-
bulan untuk menebus emas kita tadi barulah emas tadi menjadi milik kita.Jika emas naik takpe, tetapi jika nilai emas turun macam mana cerita plak ??

Selepas 6 bulan apabila menukar surat pajakan sudah tentu anda perlu membayar lebihan cash lagi,
saya tidak mahu sebut syarikat apa tetapi anda boleh kaji sendiri ok. sekadar memberi
penyedaran. tepuk  dada tanya akal anda.

Mungkin anda sudah pun mengaut keuntungan kerana anda sudah lama menyimpan dalam skim ni tetapi ingatlah sejarah bakal berulang, bagi yang ingin memulakan pelaburan emas ini janganlah terjebak.

FIZIKAL lagi bagus, anda pegang. at least anything happen kat syarikat, emas masih ada
dalam tangan. dan tanpa pajakan pun anda masih mampu menjana keuntungan.Bermula dari sikit takpe janji selamat. Pelaburan bukan skim cepat kaya, hari ini masuk besok untung.



 
Sebab itu kena tahu matlamat pelaburan. Jika matlamat sebagai simpanan jangka panjang seperti untuk berkahwin atau pun naik haji goldbar 999 serta silver 999 adalah yang terbaik.

Tetapi jika untuk simpanan jangka pendek, Emas Dinar adalah pilihan terbaik kerana jika inginkan "cash" cukup sekadar menjual dinar emas anda sekadar yang perlu sahaja.tak kan nak pakai RM400 anda perlu menjual goldbar 20g anda. sudah tentu jual 1 dinar sudah memadai.

Menjadi kaya bukan suatu pelumbaan, ilmu pelaburan yang penting. semoga anda cepat sedar dan mulakan langkah pertama anda dengan  betul, hubungi saya untuk bimbingan dan teknik manipulasi emas. jika nak tempah emas anda beli lah beberapa ketul dari saya k.

Thursday, December 1, 2011

Teknik Averaging II

Disebabkan atas permintaan ramai yang ingin mengetahui tentang teknik mudah menjana keuntungan.
mari sama-sama kita buat calculation skit k. hope sumer puas aty.

Turun ker naik ker harga emas, anda tetap untung jika menggunakan teknik ini.

Katakan setiap bulan start dari bulan januari hari itu anda membeli emas 1 dinar.dan harga "PG sell" yang tertinggi adalah seperti berikut

Januari      -  RM 611
Febuari     -  RM 627
March       - RM 630
April         - RM 650
May         - RM 670
June         - RM 690
Julai         - RM 711


jadi jumlah  yang anda sudah bayar dari januari hingga Julai adalah RM 4589 dan dinar yang anda
sekarang adalah sebanyak 7 keping.


Pada Bulan August harga PG adalah seperti berikut




PG Buy adalah sebanyak RM 778

maka 7 keping X RM 778 =  RM 5446


modal anda hanya RM4589 dan jika anda menjual kembali ke Public gold anda sudah pun mengaut keuntunga sebanyak RM 857 iaitu lebih kurang keuntungan sebanyak 18.6%

itu tidak termasuk komisyen jual beli jika anda menjadi dealer.

jadi inilah teknik yang saya praktikan. sedappp.. bukan.

Anda juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...