Baiklah kali ini saya ingin membawa anda supaya berfikir dan membuat keputusan dengan betul.Tahukah anda sejarah telah membuktikan bahawa wang kertas telah mengalami kegagalan yang teruk ?
ini fakta dan bukan auta tau.
kalau cari kat wikipedia memang ada tentang ini dan dipanggil hyperinflation.
apakah hyperinflation ?
hyperinflastion - terlalu banyak wang kertas didalam pasaran. Dalam erti kata lain ialah wang kertas tersangat lah banyak dicetak sehingga menyebabkan ia tiada nilai langsung.
Disini saya ingin mengambil contoh beberapa negara yang pernah mengalami hyperinflation
Republik Weimer Jerman - 1922-1923
Selepas Perang Dunia pertama, Jerman perlu menanggung kos yang amat tinggi untuk membayar pampasan. Jadi mereka telah mencetak wang kertas mereka dengan banyak bagi menanggung kos ini. akibatnya berlaku lambakan wang dipasaran mereka.
Bayangkan 450gram roti bernilai 3 Billion Deutchmark atau Mark. Kadar inflasi negara mereka pada ketika itu mencecah 325,000,000 %.
 |
German 1923 - wang kertas telah kehilangan nilai begitu banyak sehingga ia digunakan sebagai kertas dinding |
Hungary, 1945–46
Hyperinflation yang paling teruk pernah dicatatkan didunia adalah di negara Hungary ini.
sehinggakan inflasi mereka mencecah 130,000,000,000,000,000 % sebulan.
Harga barang menjadi 2 kali ganda setiap 15 jam.
dan 1 USD = 80,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000 pengo.
(pengo adalah matawang Hungary sebelum bertukar ke "forint")
Pekerja dibayar gaji setiap hari, Ahli keluarga setiap petang menunggu diluar pejabat. Apabila dapat je gaji, terus bagi kat ahli keluarga dan terus beli barang keperluan sebab barang akan naik harga dengan cepat dan duit mereka semakin tidak laku.
Bayangkan kalau perkara ini terjadi di Malaysia ?
 |
Sedang menyapu duit kertas yang tiada nilai lagi di Hungary |
Zimbabwe - 2004
Robert Mugabe pada tahun 1998 telah memulakan satu program pembaharuan tanah yang fokus
utamanya untuk mengambil tanah daripada petani kulit putih dan pengagihan semula harta dan aset
kepada petani hitam, namun pengeluaran yang dihantar adalah makanan dan hasil daripada eksport makanan telah jatuh.
 |
100 Billion Zimbabwe hanya boleh membeli 3 Biji Telur |
Hasilnya untuk membayar perbelanjaan kerajaan Mugabe, Bank Gideon Gono. Reserve mencetak nota yang lebih banyak dengan nilai-nilai muka yang lebih tinggi.
pada 2008 inflasi mereka telah mencecah 231,150,888.87%
 |
Nak "Ngeteh" pun kena bawak duit berguni-guni |
dan 1USD = $Z2,621,984,228
 |
Disebabkan tak larat nak mengira, maka guna timbang jer. |
Kesimpulan :
Apakah yang akan menyelamatkan kewangan anda jika hyperinflasi ini berlaku secara tiba-tiba di Malaysia ?
Sudah tentu akan kembali kepada emas dan juga perak. Emas dan Perak akan menjadi kewangan
yang paling stabil.
Kita beruntung kerana negara kita aman dan tenteram. Dalam situasi yang politik dan ekonomi yang tidak stabil, emas akan menjadi penyelamat nyawa kita dan keluarga kita. Inilah yang akan menjadi wang nanti.
Mulakan simpanan emas fizikal ini sekarang, dan insurankan kewangan keluarga anda. Jangan jadi sebegini baru nak mencari emas. Renung-Renungkan
Emas bukan sahaja sebagai aset pelaburan, malahan jauh lebih bermakna lagi.
"lakukan perubahan keatas diri anda sekarang "